Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 23 >> 

1MAKA sagala bulatantara deripada marika itupun bangunlah, lalu dibawanya akan dia kapada Pilatus.

2Maka dimulainyalah ulih marika itu munudoh akan dia, katanya, Kami tulah mundapat iya ini mungachaukan bangsa ini, dan mularangkan mumbayar chukie kapada Kiesar, katanya, iya sundiri Almasih sa'orang Raja.

3Maka ditanya ulih Pilatus akan dia, katanya, Angkaukah Raja orang Yahudi? Maka jawabnya akan dia surta katanya, Angkau tulah burkata itu.

4Sutlah itu maka kata Pilatus kapada kupala kupala imam dan kapada kaum itu, Aku tiada mundapat salahnya orang ini.

5Maka marika itu munjadi turlebih garang, katanya, Iya munggalakkan kaum ini, mungajar burkuliling sagala tanah Yahuda, purmulaannya deri Galilia sampie katumpat ini.

6Maka apabila Pilatus munungar deri hal Galilia, ditanyanya kalau orang ini orang Galilia.

7Maka surta dikutauinya iya itu dibawah prentah Herodis, maka disurohnya hantarkan kapadanya, kurna Herodis tulah ada pada masa itu diJerusalem.

8Maka apabila dilihat ulih Herodis akan Isa, maka iya pun. sukachitalah sangat: kurna niatnya handak mulihat dia lama sudah, kurna iya tulah munungar banyaklah purkara purkara deri halnya, maka haraplah iya handak mulihat barang mujizat yang diadakannya.

9Sutlah itu maka disualnyalah akan dia dungan bubrapa purkataan; tutapi suatu pun tiada dijawabnya akan dia.

10Maka kupala kupala imam dan khatib khatib burdiri dungan krasnya munudoh akan dia.

11Maka Herodis surta orang orang prangnya, munghinakan dia, mungolok olok akan dia, surta dipakiekannya suatu baju mulia, lalu disurohnya hantarkan akan kapada Pilatus.

12Maka pada hari itu juga Pilatus dan Herodis tulah munjadi sahabat: kurna duhulu marika itu tulah burmusoh diantaranya.

13Maka apabila tulah dipanggil ulih Pilatus kupala kupala imam dan punghulu punghulu kaum itu bursama,

14Katanya kapada marika itu, Kamu tulah mumbawa orang ini kapada aku, sapurti sa'orang yang mungachau akan kaum ini: maka sasunggohnya, aku tulah mumreksai akan dia dihadapan kamu, tiada didapati salahnya orang ini deri hal purkara purkara yang kaum tuduh akan dia:

15Tidak, miskipun Herodis: kurna aku sudah hantarkan kamu kapadanya; maka sasunggohnya suatupun tiada yang patut hukum mati dipurbuat kapadanya.

16Maka subab itu bulihlah aku susah akan dia, surta mulupaskan dia.

17(Kurna dapat tiada patutlah Pilatus mulupaskan sa'orang kapada marika itu dalam hari raya itu.)

18Maka burtreaklah marika itu skaliannya skaligus, katanya, Hambuskanlah orang ini, dan lupaskanlah bagie kami Baraba:

19(Iya itu kurna deri hal durhakah yang tulah dipurbuat dalam nugri, dan kurna mumbunoh orang, iya tulah dimasokkan kudalam punjara.)

20Maka subab itu Pilatus handak mulupaskan Isa, burkatalah iya pula kapada marika itu.

21Tutapi marika itu burtreak, katanya, Salibkanlah dia, salihkanlah dia.

22Maka katanya kapada marika itu katiga kali, Mungapa, apakah jahat yang tulah dipurbuatnya? aku tiada mundapat suatu subab yang bulih dibunoh akan dia: maka subab itu bulihlah aku susah dia, surta mulupaskan dia purgi.

23Maka dungan sugranya marika itu muminta dungan suara yang nyaring, supaya iya disalibkan. Maka suara marika itu dan suara kupala kupala imam mumbantutkan.

24Maka Pilatus pun mumbri hukum supaya jadilah sapurti purmintaan marika itu.

25Maka dilupaskannya kapada marika itu orang yang kurna deri hal durhaka dan mumbunoh yang tulah dimasokkan kudalam punjara, dan yang tulah dipinta marika itu; mulainkan disurahkannya Isa kapada kahandak marika itu.

26Maka tungah dibawa ulih marika itu akan dia, lalu ditangkapnya sa'orang Kisarian, Simon namanya, yang kluar deri nugri; maka dilutakkannya kayu salib itu atasnya, supaya dipikulnya itu deri blakang Isa.

27Maka adalah mungikut akan dia itu turlalu banyak orang dan prumpuan, yang ada burdukachita dan muratapkan dia,

28Tutapi Isa burpaling kapada marika itu, katanya, Hie anak anak prumpuan Jerusalem, janganlah munangis subab aku, mulainkan munangiskanlah kurna dirimu sundiri, dan kurna anak anakmu.

29Kurna sasunggohnya zaman kulak akan datang, pada masa itu marika itu akan burkata, Slamatlah kiranya mandul dan rabim rahim yang tiada purnah mungandong, dan tetek yang tiada purnah mumbri susu.

30Maka pada masa itu kulak marika itu akan mumulai burkata kapada gunong gunong, Timpahlah kaatas kami; dan kapada bukit bukit, Tutoplah akan kami.

31Kurna jikalau marika itu burbuat purkara purkara ini dalam sa'pohon kayu muda, butapa kulak akan jadi dalam yang tua?

32Maka adalah dibawa ulih marika itu dua orang lain pun yang durhaka, yang handak dibunoh.

33Maka apabila sampielah marika itu kapada tumpat yang burnama Kalvari, maka disanalah disalibkannya akan dia, dan orang orang yang durhaka itu, sa'orang disa'blah kanan, dan sa'orang disa'blah kiri.

34Sutlah itu kata Isa, Bapa, ampunilah akan marika itu; kurna tiada dikutaui marika itu apa yang dipurbuatnya. Maka dibahgi ulih marika itu pukieannya, dungan mumbuang undie.

35Maka kaum kaum itupun burdirilah mulihatkan. Maka punghulu punghulu pun bursama sama sundiri, jikalau iya Almasih, yang tulah turpileh ulih Allah.

36Maka soldadu soldadu itupun mungolok olok akan dia, datang kapadanya, surta dibrinya akan chuka,

37Maka katanya, Jikalau angkau raja orang orang Yahudi, lupaskanlah dirimu sundiri.

38Maka suatu punudohan pun tulah dituliskan diatasnya dungan huruf Greek, dan Rom, dan Hibrani, INILAH DIA RAJA ORANG YAHUDI.

39Maka adalah sa'orang deripada orang orang durhaka yang tulah digantong itu munista akan dia, katanya, Jikalau angkau sunggoh Almasih, lupaskanlah akan dirimu surta kami.

40Tutapi yang lain munjawab surta ditungkingnya akan dia, katanya, Tiadakah angkau takut akan Allah, sudang angkau murasai akan sama hukoman?

41Maka kami ini sunggoh dungan sa'patut patutnya; kurna kami munarima akan balasan yang patut atas purbuatan kami: tutapi orang itu suatu pun tiada purbuatannya yang salah.

42Maka katanya kapada Isa, Tuhan, ingatlah akan daku apabila kulak angkau masok dalam krajaanmu.

43Maka kata Isa padanya, Sasunggohnya aku burkata kapadamu, Pada hari ini angkau bursama sama dungan aku dalam fardus.

44Maka adalah kira kira pada jam yang kaanam, maka tulah jadi suatu gulap diatas bumi sampielah pada jam yang kasambilan.

45Maka mata hari pun gulaplah, dan tirei kaabah pun charelah tungah tungahnya.

46Maka apabila burtreaklah Isa dungan nyaring suara, katanya, Bapa, dalam tanganmulah aku surahkan rohku: maka sutlah sudah iya burkata dumkian, maka putuslah nyawanya.

47Maka apabila dilihat ulih punghulu sa'ratus orang purkara yang tulah jadi itu, iya pun mumuliakan Allah, katanya, Sasunggohnya ini sa'orang yang bunar.

48Maka sagala kaum itu yang datang bursama sama handak mulihat itu, maka dilihatnyalah akan purkara purkara yang tulah jadi itu, ditupoknya dadanya, lalu pulang.

49Maka sagala kunal kunalannya, dan prumpuan prumpuan yang mungikut akan dia deri Galilia, burdirilah jauh jauh, mulihatkan purkara purkara ini.

50Maka sasunggohnya adalah sa'orang yang burnama Yusof, orang bichara; iya itu sa'orang baik, lagi bunar,

51(Maka orang inilah yang tiada mululuskan dalam manfakat purbuatan marika itu;) adalah iya itu orang Arimathia, suatu nugri orang Yahudi: maka adalah iya sundiri pun munantikan krajaan Allah.

52Maka purgilah orang, itu kapada Pilatus, dipintanya mayat Isa.

53Maka diturunkannya itu, surta dikufannya dungan khasa, maka dibawanya itu kapada lobang kubor yang tulah dipahat dalam batu, yang bulom purnah disana dahulu orang burtanam.

54Maka hari itu kulangkapan, dan hari sabtu hampir sampie,

55Maka adapun prumpuan prumpuan pun yang tulah datang dungan dia deri Galilia itu, mungikutlah diblakang, dan mulihat kubor itu, dan bagimana mayatnya tulah ditanam.

56Maka pulanglah marika itu, surta munyudiakan rumpah rumpah dan minyak bahu bahuan; maka pada hari sabtu itu burhintilah marika itu sapurti hukumnya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 23 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran