Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 10 >> 

1SUBARMULA maka sutlah dipanggil ulih Isa akan kudua blas muridnya, lalu dibrikannyalah kuasa padanya, supaya marika itu bulih mumbuangkan sagala jin yang nujis nujis, dan munyumbohkan sagala junis punyakit dan sagala punyakitan.

2Maka inilah nama kudua blas rasul itu; Purtama tama Simon, yang burgular Petros, dan Andria saudaranya; Yakob ben Zabdi, dan Yahya saudaranya;

3Philipus, dan Bartholomu; dan Thomas, dan Mathius yang mumugang chukie itu; dan Yakob ben Albius, dan Libius, yang burgular Thaddius;

4Simon anak nugri Kanaan, dan Judas Iskariot, iya itulah yang munyurahkan Isa, dungan tipunya.

5Maka kudua blas orang itulah disuruhkan ulih Isa, surta iya burpusan padanya, katanya, Janganlah kamu skalian purgi kanugri orang susat, dan janganlah kamu masok kudalam nugri orang Samaria:

6Mulainkan turutamalah kamu purgi kapada kambing yang hilang, iya itu kaum bunih Israil itu.

7Maka sambil kamu burjalan itu, ajarkanlah, katakan, Krajaan shorga sudah dukat.

8Sumbohkanlah orang yang sakit, dan suchikanlah orang kusta, hidopkanlah orang yang mati, buangkanlah sagala jin; bagimana dungan kumurahannya kamu tulah mundapat, dumkianlah dungan murahnya juga kamu bahgikan.

9Maka janganlah kiranya kamu mumbawa bukal mas, atau perak, atau tumbaga digandonganmu:

10Maka janganlah kamu mumbawa bukal makanan kapada purjalananmu, dan lagi jangan kamu burbaju dua lapis, dan jangan burbukal trompah, atau tongkat; kurna dapat tiada orang yang bukurja itu, patutlah akan mundapat upahnya.

11Shahadan dinugri, atau didusun yang mana pun baik, kamu masuki, tanya ulihmu siapa dalamnya yang baik, maka dirumahnyalah kamu tinggal sampie kamu kluar deri tumpat itu.

12Maka apabila kamu masok kudalam sa'buah rumah, brilah slam kapada isi rumah itu.

13Maka jikalau layak kiranya orang dirumah itu, maka biarlah slammu itu didapatinya, tutapi jikalau iya tiada layak, maka kombalilah pula slammu itu kapadamu.

14Maka barang siapa yang tiada munurima kamu, dan tiada munurut purkataanmu, maka apabila kamu kluar deri dalam rumah itu, atau deri dalam nugri itu, maka kubaskanlah abok yang lukat pada kakimu itu.

15Maka sasungguhnya aku burkata padamu, bahwa turlebih ringan pula seksa orang nugri Sodom, dan Gomorha pada hari kiamat deripada orang nugri itu.

16Tengoklah, bahwasanya aku munyuruhkan kamu ini, sapurti domba masok diantara sirigala; subab itu handaklah kamu bijaksana sapurti ular, dan tulus sapurti murpati.

17Maka ingat ingatlah kamu deripada manusia, kurna marika itu akan mumbawa kulak kamu kadalam bichara, dan dalam kanisanya marika itu akan munyusah kamu.

18Dan lagi akan dibawanya kamu kahadapan punghulu punghulu, dan raja raja, ulih subab aku, supaya kamu munjadi saksi bagie marika itu, surta orang susat.

19Tutapi apabila disurahkan orang akan kamu kadalam bichara, maka janganlah kamu munaroh fikiran, bagimana, atau apa yang handak kamu kata, kurna pada sa'at itu juga akan dikurniakan padamu apa yang patut kamu burkata kata,

20Kurna bukannya kamu yang burkata, mulainkan Roh Bapamu yang burkata kata didalammu itu.

21Maka sa'orang saudara akan munyurahkan saudaranya supaya dibunuh, maka bapa pun burbuat kapada anaknya dumkian: dan anak anak akan burbangkit mulawan ibu bapanya, sahingga kaduanya itu dibunuh.

22Maka kamu ini akan dibunchi ulih sagala orang deri subab namaku: tutapi barang siapa yang burtahan sampie kusudahan, maka iyalah mundapat slamat,

23Maka apabila diannyayai orang akan kamu dalam nugri ini, larilah kamu kusa'buah nugri asing: kurna sasungguhnya aku burkata kapadamu, tiada akan habis pukurjaanmu dalam nugri nugri Israil itu, kalau subulom datang anak manusia.

24Maka tiadalah murid itu turlebih deripada gurunya, dan tiada pula hamba itu turlebih deripada tuannya.

25Maka chukuplah kiranya bagie murid itu, jikalau bursamaan dungan gurunya, dan dumkian pula hamba itu pun dungan tuannya. Jikalau orang mungatakan tuan yang ampunya rumah itu Bilzebab, istimewa pula orang isi rumahnya itu?

26Maka subab itu bahwa janganlah kamu takot akan marika itu: kurna susuatu pun tiada yang turtutup itu, mulainkan turbuka juga: dan yang tursumbunyi itu pun akan nyata.

27Maka barang suatu purkataanku kapadamu yang dalam glap itu, maka handaklah kamu katakan dalam trang: dan barang yang kudungaran kutlingamu, handaklah kamu mashorkan itu deri atas rumah.

28Dan janganlah kamu takot kapada orang yang mumbunuh tubuh, tutapi tiada kuasa iya mumbunuh nyawa: maka turutamalah kamu takoti akan yang burkuasa mumbinasakan nyawa, dan tubuh kuduanya itu kudalam naraka.

29Maka bukankah dijual orang burung pipet itu, dua ekor sa'duit? Bahwa sa'ekor jua pun tiada bulih jatoh kutanah, jikalau tiada dungan kahandak Bapamu.

30Lagi, pun sagala rambut kupalamu ada dungan bilangannya.

31Maka subab itu, janganlah kamu takut, adapun kamu ini turlebih indahnya deripada burung pipet yang banyak itu.

32Maka subab itu, barang siapa yang mungaku akan daku dihadapan manusia ini, bahwa aku pun mungakulah kulak akan dia dihadapan Bapaku yang ada dishorga.

33Tutapi barang siapa yang munyangkal akan daku dihadapan manusia ini, maka aku pun akan munyangkal dia kulak dihadapan Bapaku yang ada dishorga.

34Maka janganlah kamu kirakan, bahwa aku datang ini mumbawa damie kaatas bumi: bukannya damie, mulainkan pudang.

35Kurna kudatanganku ini mungadu anak dungan bapanya, dan anak prumpuan dungan ibunya, dan munantu prumpuan dungan muntua prumpuannya.

36Orang yang sa'rumahnya juga akan munjadi musohnya.

37Maka barang siapa yang mungasihi bapanya atau ibunya turlebih deripada aku: bahwa iya itu tiadalah layak pada aku, dan barang siapa yang mungasihi anaknya laki laki, atau prumpuan, turlebih deripada aku, maka iya itu pun tiadalah layak pada aku.

38Dan barang siapa yang tiada mumikul salibnya lalu mungikut aku maka iya itu pun tiada layak pada aku.

39Maka barang siapa yang mumliharakan dirinya, iya akan munghilangkan: dan barang siapa yang munghilangkan dirinya, ulih subab aku, maka iya itulah akan mundapat dia pula.

40Maka barang siapa yang munyambut kamu, surasa iya munyambut aku, dan barang siapa munyambut aku, surasa iya munyambut akan yang tulah munyuruhkan aku.

41Barang siapa yang munyambut nabi, subab burnama nabi, maka orang itu akan mundapat faala nabi, dan barang siapa yang munyambut orang bunar, subab burnama bunar; maka orang itu akan mundapat faala orang bunar.

42Dan barang siapa yang mumbri minum ayer sujok sa'chawan sahja, kapada barang siapa yang turkuchil skalipun deri orang ini, subab iya burnama murid, maka sasungguhnya aku burkata kapadamu, Bahwa skali kali tiada akan hilang faalanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2018
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran