Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 21 >> 

1SUBARMULA sutlah marika itu hampir kunugri Jerusalem, lalu sampielah iya kaBethpagi, iya itu dukat bukit Zeton, maka tutkala itu disuruhkan ulih Isa dua orang muridnya, katanya kapadanya,

2Purgilah kamu kapada dusun yang bursubrangan dungan kita ini, maka sakutika kamu akan mundapat sa'ekor kaldie turtambat, surta dungan sa'ekor anaknya bursama sama: luchutkanlah akan dia, bawa kapada aku.

3Maka jikalau barang siapa burkata apa apa kapadamu, maka jawablah kamu, bahwa ada gunanya pada tuhan maka nuschaya dungan sakutika juga, iya akan munyuruhkan iya datang.

4Adapun sagala purkara ini tulah jadi, supaya gunaplah barang yang dikatakan ulih nabi, katanya,

5Katakanlah kapada anak prumpuan Zion, Tengoklah Rajamu yang rundah hatinya datang kapadamu, burkundraan diatas sa'ekor kaldie, dungan sa'ekor anaknya.

6Maka purgilah muridnya, burbuat sapurti yang disuruhkan Isa padanya itu.

7Maka dibawanyalah kaldie itu, surta dungan anaknya, maka dikunakannyalah pakeiannya kaatasnya, lalu didudukkannya Isa kaatasnya.

8Maka bubrapalah banyak sangat orang yang mumbantingkau pakieannya pada jalan; dan ada pula orang yang munguratkan ranting ranting deripada pokok pokok, surta dikaparkannya dijalan.

9Maka sagala orang yang burjalan dahulu, dan yang mungikot dia itupun bursrulah, katanya, Slamatlah kiranya bagie anak Daud, dan burbahgialah iya yang datang dungan nama Tuhan; Slamatlah kiranya iya dalam tumpat tinggi.

10Maka apabila iya masok kadalam Jerusalem, gumparlah sagala isi nugri, mungatakan, siapakah iya ini?

11Maka burkatalah orang orang itu, iya inilah Isa nabi deri Nazareth tanah Galilia.

12Maka masoklah iya kadalam kaabah Allah, maka di halaukannyalah sagala orang yang burjual buli dalam kaabah itu, surta dibalik balikkannyalah sagala meja meja orang munukar wang, dan sagala bangku bangku orang yang burjual murpati,

13Lalu kata Isa pada marika itu, Tulah tursurat, Bahwa kaabahku disubut orang rumah sumbahyang; tutapi kamu tulah munjadikan dia goa tumpat punyamun.

14Maka datanglah kapadanya, bubrapa orang buta, dan tempang, dalam kaabah, maka disumbohkanlah marika itu.

15Shahadan apabila imam yang busar busar, dan khatib khatib mulihat purkara ajaib yang tulah dipurbuatnya itu, lagi pula sagala kanak kanak pun bursru dalam kaabah, dungan burkata. Slamatlah kiranya bagie anak Daud; lalu marahlah marika itu,

16Maka burkatalah iya kapada Isa, Adakah angkau dungar apa kata budak budak ini? Maka jawab Isa bagie marika itu, Bahkan, bulomkah kamu mumbacha kitab, bahwa deri dalam mulut kanak kanak dan kanak yang munyusu, angkau tulah munyumpornakan puji pujian?

17Maka ditinggalkan ulih Isa akan marika itu, lalu kluarlah iya deri dalam nugri itu, lalu purgilah kaBethani; maka burmalamlah iya disana.

18Maka pada pagi hari tutkala iya balik kanugri, laparlah iya.

19Maka dilihatnya ada sa'pohon ara disisi jalan itu, lalu dihampirinyalah akan dia, maka didapatinya suatupun tiada buahnya, mulainkan daun sahja, lalu burkatalah iya padanya, Janganlah lagi angkau burbuah sampie slama lamanya. Maka dungan skutika itu juga, kukringanlah pohon ara itu.

20Maka sutlah dilihat ulih muridnya akan hal yang dumkian, maka hieranlah marika itu, katanya, Bagimanakah hal pohon ara ini kukringan sabuntaran.

21Maka disahut ulih Isa bagie marika itu, Bahwa sasungguhnya aku burkata padamu, Jikalau ada kiranya padamu iman dungan tiada kamu shak, jangankan barang yang tulah jadi pada pohon ara ini sahja, mulainkan jikalau kamu burkata pada bukit ini, Turangkat, dan turbuang kadalam laut; skalipun sasungguhnya akan munjadi.

22Dan lagi sagala purkara yang kamu muminta pada tutkala kamu burdoa dungan purchayamu itu, nuschaya kamu akan mundapat dia.

23Maka sutlah iya masok kaabah lagi sumuntara iya mungajar, lalu datanglah kapadanya imam yang busar busar, dan orang tua tua, deripada kaum itu, katanya, Dungan kuasa siapa angkau burbuat sagala purkara ini, dan siapa mumbri kapadamu kuasa yang dumkian?

24Maka jawab Isa surta burkata kapada marika itu, Bahwa aku pun handak burtanya juga suatu kapadamu, maka jikalau kiranya angkau dapat munjawab akan dia, maka aku pun bulih mungatakan kapadamu dungan kuasa siapa aku burbuat sagala purkara ini.

25Baptisan Yahya itu deri mana mulanya? deri langitkah, atau deripada manusiakah? Maka burbicharalah marika itu sama sundirinya, katanya, Jikalau kami kata deri langit, nuschaya dijawabnya, Apa subab kamu tiada purchaya akan dia?

26Maka jikalau kami burkata deripada manusia, maka takutlah akan kaum ini; kurna samoanya mumbilang Yahya itu nabi.

27Maka disahut marika itu, surta burkata pada Isa, Tiada bulih kami katakan. Maka kata Isa pada marika itu, Aku pun tiada tau mungatakan kapadamu dungan kuasa siapa aku buat sagala purkara ini.

28Apakah pada sangkamu? ada pada sianu itu dua orang anak laki laki; maka purgilah purtama tama pada sa'orang, katanya, Hie anakku, purgilah angkau burkurja pada hari ini kukubon anggorku.

29Maka munyabutlah iya sambil burkata, Tiada aku mahu: tutapi kumdian munyusallah iya, lalu purgi.

30Maka datanglah pula bapanya itu kapada anak yang lain, lalu burkata dumkian juga. Maka disahutnya, Sahya tuan; tutapi tiada iya purgi.

31Maka siapakah deri antara kuduanya itu yang munurut kahandak bapanya itu? Maka jawab marika itu, yang purtama tama itu. Maka kata Isa pada marika itu, Bahwa sanya aku burkata kapadamu, Orang yang mumugang chukie, dan prumpuan sundal pun turdahulu masok kudalam krajaan Allah deripada kamu.

32Kurna Yahya tulah datang kapadamu dungan jalan yang bunar, maka tiada kamu purchaya akan dia: tutapi orang mumugang chukie, dan prumpuan sundal sudah purchaya akan dia: tutapi sungguhpun kamu tulah mulihat hal itu, tiada juga kamu burtaubat kumdiannya, supaya kamu purchaya akan dia.

33Dungarlah pula suatu purumpamaan yang lain: Maka adalah sa'orang kapala rumah yang tulah mumbuat kubon anggor, surta dibubohnya pagar dikulilingnya itu, maka dipurbuatkannya suatu apetan anggor dalamnya, dan dibangunkannya suatu munara, kumdian diborongkannya kubon itu kapada orang ladang, maka tuan itupun purgilah kapada sabuah nugri yang jahu:

34SUBARMULA sutlah datanglah musim buah, maka disuruhkannyalah hambanya purgi kapada orang ladang itu, akan mungambil bahgian buahnya.

35Maka ditangkap ulih orang ladang itu akan hamba hambanya itu, sa'orang dipalunya, dan sa'orang dibunohnya, dan sa'orang dirujamnya.

36Kumdian disuruhnyalah pula akan hamba hambanya yang lain turlebih banyak deripada yang mula mula itu; maka dipurbuat ulih orang ladang itu akan marika itu sapurti dahulu juga.

37Akhirnya disuruhnyalah pula anaknya laki laki datang pada marika itu, katanya, Bahwa sanya dapat tiada marika itu mumbri hormat kulak akan anakku itu.

38Tutapi apabila orang ladang itu mulihat anaknya itu datang, maka burkatalah iya sama sundirinya, Iya inilah warith; marilah kita bunoh akan dia, dan rampas pusakanya.

39Maka ditangkapnya akan dia, lalu dibuangkannya kluar kubon anggor itu, surta dibunohnya akan dia.

40Maka apabila datang tuan kubon anggor itu, apakah kulak dipurbuatnya kapada orang orang ladang itu?

41Maka burkatalah marika itu kapadanya, Dapat tiada akan diseksakannya orang orang jahat itu dungan seksa yang amat sangat, dan kubon anggor itupun akan diborongkannya kapada orang ladang yang lain yang akan mumbri kapadanya bahgian buah pada tiap tiap musimnya.

42Maka burkatalah Isa pada marika itu, Bulomkah purnah kamu mumbacha dalam kitab, Bahwa batu yang dibuangkan ulih tukang yang mumbuat rumah, maka iya itu tulah munjadi batu punjuru yang diatas skali; dumkianlah tulah dijadikan ulih Tuhan, maka iya itu munjadi hieranlah turchungang dimata kita.

43Subab itu aku burkata padamu, Bahwa krajaan Allah itu akan diambil deripada kamu, dan dibrikan pada bangsa lain yang akan mumbri buah buah.

44Maka barang siapa yang jatoh diatas batu itu, iya akan hanchur luloh; tutapi pada orang yang ditimpa ulih batu ini, nuschaya romok rudamlah orang itu.

45Maka apabila didungar ulih imam yang busar busar, dan orang Faresia akan purumpamaannya itu, maka dikutauinyalah, bahwa yang dikatakannya itu deri hal marika itulah.

46Maka handak ditangkap ulih marika itu akan dia, tutapi takotlah iya akan kaum itu, kurna marika itu mumbilang dia sa'orang nabi.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 21 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran