Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 6 >> 

1MAKA purgilah Isa deri situ, lalu sampie kanugrinya; maka murid muridnya itupun mungikutlah akan dia.

2Maka apabila datang hari sabtu, lalu dimulainya mungajar dalam kunisa: maka banyaklah orang yang munungar itu munjadi hieran, sambil burkata, Derimanakah orang ini burulih akan purkara purkara ini? dan apakah hikmat yang tulah dikurniakan kapadanya, sampiekan purkara purkara yang burkuasa itupun tulah diadakan dungan tangannya?

3Bukankah iya ini tukang kayu, anak Mariam, dan saudara Yakob, dan Yusa, Yuda, dan Simon? bukankah ada saudara saudara prumpuannya bursama sama dungan kita? maka ditarohlah ulih marika itu dingki akan dia.

4Tutapi kata Isa pada marika itu, Adapun nabi itu tiada kurang hormat bagienya, mulainkan dalam nugrinya sundiri dan diantara kluarganya sundiri, dan dalam rumahnya sundiri.

5Maka tiadalah bulih iya burbuat pukurjaan yang amat kuasa, mulainkan iya mumbuboh tangannya sahja kapada sudikit orang sakit itu, dan munyumbohkan dia.

6Hieranlah iya ulih subab tiada marika itu buriman. Maka purgilah iya burkuliling kuliling dusun dusun itu, mungajar.

7Maka dipanggillah ulih Isa dua blas orang itu, dimulainyalah munyurohkan purgi dua dua orang: surta dibrinya kuasa marika itu atas sagala bantu bantu yang nugis;

8Surta dipusannya kapada marika itu supaya jangan dibawanya suatupun pada purjalanannya, mulainkan suatu tongkat sahja; pundi pundi pun jangan, roti pun jangan, wang dalam pundi pundi pun jangan:

9Tutapi burtrompahlah; dan jangan mumakie dua lapis baju.

10Maka katanya kapada marika itu, Dalam barang tumpat skalipun kamu masok kudalam sa'buah rumah, tinggallah angkau disitu sampie angkau kluar deripada tumpat itu.

11Maka barang siapa yang tiada mau munyambut akan dikau, atau munungar purkataanmu, maka apabila angkau undor derisana, kubaskanlah abok yang lukat dikakimu akan munjadi suatu saksi atasnya. Sasunggohnya aku burkata padamu, iya itu turlebih ringan seksa Sodom dan Gomorha pada hari kiamat, deripada nugri itu.

12Maka kluarlah marika itu, purgi mungajar supaya patut orang orang burtaubat.

13Maka dibuangkannyalah ulih marika itu bubrapa jin jin, dan dipakiekannya minyak bubrapa orang yang sakit itu, disumbohkannya akan dia.

14Maka kudungaranlah khabar Isa itu kapada rajah Herodis; (kurna namanya itu tulah turmashorlah burkuliling;) maka kata Herodis, Yahya Pumbaptisa tulah burbangkit deripada mati, maka subab itulah pukurjaan yang burkuasa itu sundiri mungunjukkan dalamnya.

15Maka kata yang lain lain, Iya itulah Elias. Dan kata pula yang lain lain, Iya itu sa'orang nabi, atau sapurti sa'orang deripada nabi nabi.

16Akan tutapi apabila didungar ulih Herodis, lalu katanya, Iya itulah Yahya, yang tulah kupunggal kupalanya: maka iya tulah burbangkit deripada matinya.

17Kurna adalah Herodis sundiri tulah munyurohkan munangkap akan Yahya, surta diikatnya akan dia dalam punjara ulih subab Herodia, iya itu istri saudaranya Philipus: kurna Herodis sudah kahwen dungan dia.

18Kurna Yahya itu tulah burkata kapada Herodis, Haramlah bagiemu kahwen dungan istri saudaramu.

19Maka subab itulah Herodia itu munaroh dundam akan dia, handak dibunohnya akan dia; tutapi iya tiadalah bulih:

20Kurna Herodis itu munakoti akan Yahya, dikutauinya iya itu sa'orang bunar lagi suchi, maka itulah dipliharakannya akan dia; maka apabila didungar ulih Herodis pungajarannya, lalu dipurbuatnya buprapa purkara purkara, surta sukachitalah munungar itu.

21Maka apabila datanglah suatu hari yang sunang, dipurbuatlah ulih Herodis suatu purjamuan bagie orang busar busarnya, dan kupala kupala punghulunya, dan kupala kupala pugawie nugri Galilia kurna hari jadinya

22Maka apabila datang anak prumpuan Herodia yang tursubut itu munari, surta munyukakan Herodis, dan sagala orang yang ada duduk bursama sama dungan dia, maka kata raja kapada dayang itu, Pintalah ulihmu kapadaku barang kahandakmu, nuschaya kubri kapadamu.

23Maka bursumpahlah iya kapadanya, Barang apa yang angkau minta kapadaku, maka aku akan mumbri kapadamu, sampie sparoh krajaanku ini.

24Maka purgilah sidayang itu mungatakan kapada ibunya, Apalah yang handak kupintah? Maka kata ibunya, Kapala Yahya Pumbaptisa.

25Maka datanglah iya sugra dungan gopohnya kapada rajah, surta muminta, katanya, Aku kahandaki angkau brilah akan daku kulak kapala Yahya Pumbaptisa itu dalam sa'buah dulang.

26Maka rajah pun turlalulah banyak susah; akan tutapi ulih subab sumpahnya itu, dan subab orang orang yang ada duduk bursama sama dungan dia itu, maka tiadalah iya unggan akan dia.

27Maka sabuntar itu juga disurohkan rajah sa'orang purtanda, surta disurohnya mumbawa kapalanya itu: maka purgilah iya mumunggal kapalanya dalam punjara.

28Lalu dibawalah kapalanya itu dalam sa'buah dulang, surta dibrinya kapada sidayang itu: maka sidayang itupun mumbri itu kapada ibunya.

29Maka apabila didungar ulih murid muridnya itu, lalu datanglah marika itu mungambil mayatnya, surta dilutakkannya didalam sa'buah pukuboran.

30Maka burkamponglah rasul rasul itu skaliannya kapada Isa, surta dikhabarkannyalah kapadanya sagala purkara itu, baik barang yang dipurbuat marika itu, baik barang yang tulah diajarkannya.

31Maka kata Isa kapada marika itu, Marilah kamu skalian burasing kapada tumpat yang sunyi, burhunti sa'buntar: kurna banyaklah orang purgi datang, sampie marika itu tiadalah bulih mundapat sunang handak makan,

32Maka purgilah marika itu kapada tumpat sunyi dungan prahu diam diam.

33Maka dilihat ulih orang orang marika itu purgi, banyaklah orang orang yang mungunal akan dia, lalu burlarilah iya dungan burjalan kaki deripada sagala nugri nugri itu, kluar mungikut akan dia, maka datanglah burkampong kapada Isa.

34Maka apabilah kluarlah Isa, mulihat banyak orang, maka turgraklah hatinya kasihan akan marika itu, kurna marika itu sapurti domba yang tiada burgombalah adanya: maka dimulainyalah mungajar akan marika itu bubrapa purkara.

35Maka apabila hari hampir sinjakala, datanglah murid muridnya kapadanya, katanya, Ini tumpat sunyi, maka skarang waktu sudah turlampau:

36Suruhkanlah marika itu purgi, supaya bulih dia orang purgi kudalam nugri nugri burkuliling tumpat, dan kudalam dusun dusun, mumbuli bagie dirinya roti: kurna marika itu tiada makan satu pun.

37Maka jawab Isa surta burkata kapada marika itu, Brilah kamu akan makan marika itu. Maka kata marika itu kapadanya, Bulihkah kami purgi mumbuli roti harga barang dua ratus dinar, akan mumbri makan marika itu?

38Maka katanya kapada marika itu, Brapakah roti ada kapada kamu? purgilah lihat. Sutlah dikutahui ulih marika itu, katanya, Lima buah, dan dua ekor ikan.

39Maka disuruhkanlah ulih Isa kapada murid muridnya suruh duduk orang orang itu burklompok klompok diatas rumput yang hijau itu.

40Maka duduklah marika itu burpangkat pangkat, ada yang buratus ratus, ada yang lima lima puloh.

41Maka apa bila diambil ulih Isa lima buah roti, dan dua ekor ikan itu, lalu tungadahlah iya kulangit, surta diburkatinya, lalu dipuchahkannya roti itu, dibrikannya kapada murid muridnya yang ada duduk dihadapan marika itu; maka ikan yang dua ekor itu pun dibahgikannya kapada marika itu skalian.

42Maka dimakanlah ulih marika itu skalian sampie kunyang.

43Maka diangkatlah ulih marika itu dua blas bakol punoh sisa sisa, dan ikan ikan itu.

44Maka adapun orang yang makan roti itu, ada kira kira lima ribu orang.

45Hata maka disuruhkannya sagala murid muridnya itu masok kudalam prahu, purgi dahulu kasubrang kanugri Bethseida, samuntara iya munyuruhkan purgi orang orang itu.

46Maka sutlah sudah disuruhkannya marika itu skalian purgi, maka kombalilah iya kapada sa'buah gunung akan muminta doa.

47Maka apabila datang putang, prahu itupun adalah ditungah tasik itu, maka tinggallah Isa sa'orang orang didarat.

48Maka dilihatnya akan marika itu punatlah burdayung ulih subab angin sakal kapada marika itu: maka adalah kira kira spur ampat malam, datanglah iya kapada marika itu burjalan diatas ayer, maka tungah handak dilaluinya akan marika itu.

49Tutapi apabila dilihat ulih marika itu iya burjalan diatas ayer, disangkakannya hantu, lalu burtreaklah marika itu:

50Maka surta dilihat ulih marika itu skalian akan dia, susahlah marika itu. Maka dungan sabuntar itu juga burtuturlah iya dungan marika itu, katanya, Sunangkanlah hatimu: aku ini; janganlah takut.

51Maka naiklah iya mundapatkan marika itu kudalam prahu; angin pun burhintilah: maka marika itu pun ajaiblah dalam dirinya, turlampau sangat surta dungan hierannya.

52Kurna tiadalah marika itu timbang munimbangkan mojizatnya deri hal roti itu: kurna hati marika itu turlalu kras adanya.

53Maka sutlah sudah dilalui ulih marika itu kasubrang, datanglah dia orang kapada tanah Genisarat, maka ditujunyalah kudarat.

54Maka apabila turunlah marika itu deri prahu, bahrulah dia orang kunal akan dia.

55Lalu larilah marika itu masok kudalam jajahan burkuliling tumpat itu, surta mumulie mumbawa orang orang sakit itu diatas katilnya ditumpat didungarnya ada Isa.

56Shahadan maka barang dimana iya masok, baik dalam dusun, atau nugri, atau didarat darat, maka dibawalah ulih marika itu orang sakit sakit dilurong lurong, surta muminta kapadanya supaya bulih dijamah ulih marika itu, jikalau kiranya dipuncha bajunya skalipun: maka sa'banyak orang yang munjamah akan dia itu pun munjadi sumbohlah.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2018
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran