Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 1 >> 

1BAHWA Paulus, sa'orang hamba Isa Almasih, yang tulah dituntukan munjadi rasul yang dipileh bagie injil Allah,

2(Adapun injil itulah dahulu yang tulah dijanjikannya dungan mulut nabinya, dalam kitabnya yang suchi,)

3Akan hal Anaknya, iya itu Isa Almasih Tuhan kami, yang sudah dijadikan deripada bunih Daud sa'kudar kaadaan manusia:

4Adapun subab iya tulah burbangkit deripada kamatiannya, maka dituntukan iya itu Anak Allah dungan kuasa sa'kudar kaadaan Roh Alkudus:

5Maka deripadanyalah kami tulah purulih anugrah dan pangkat rasul, akan munjadikan sagala bangsa manusia purchaya surta burbahkti ulih kurna namanya:

6Maka diantara marika itu kamulah yang tulah dipileh ulih Isa Almasih:

7Adapun kapada sagala orang yang diRom, yang dikasihi Allah kiranya, dan yang tulah dipileh akan munjadi orang suchi: Maka dibri kiranya nihmet dan slamat bagiemu deripada Allah, iya itu Bapa kami, dan Tuhan Isa Almasih:

8Adapun purtama tama, aku munguchap shukur kapada Allah dungan burkat Isa Almasih akan kamu skalian, subab iman kamu itu tulah mashorlah pada sagala alam.

9Bahwa Allah itulah akan munjadi saksiku, dan kapadanya juga aku burbahkti dungan jiwaku dalam injil Anaknya, bahwa dungan tiada burkaputusan juga aku munyubut nama kaum dalam doaku;

10Maka adalah aku santiasa mumohonkan, kalau dungan sa'bulih bulihnya insha Allah supaya aku bulih purgi mundapatkan kamu skalian, dungan sajahtranya.

11Kurna rindu hatiku handak burtumu dungan kamu skalian, supaya bulih aku mumbahgikan kapada kamu pun barang anugrah Roh Alkudus, supaya kamu bulih tutap;

12Dan lagi pula, supaya aku pun bulih dihiborkan bursama sama dungan kamu ulih iman yang ada pada kadua fihak kita, iya itu kamu dan aku.

13Saudaraku, bahwa bukannya kahandakku supaya kamu munjadi bodoh, maka bubrapa kali chitaku handak datang kapadamu, (tutapi sampie skarang pun aku ada tursangkut,) akan burulih buah buahan deripada orang orang susat yang lain pun.

14Kurna adalah aku ini sa'orang yang burhutang, baik kapada orang orang Grika, baik kapada orang orang Hutan; baik kapada orang yang burakal, baik kapada orang yang tiada burakal.

15Maka dungan sa'bulih bulihnya juga, adalah sudia aku, akan mumbri tau injil kapada skalian yang diRom pun.

16Kurna skali kali aku tiada malu akan injil Almasih: kurna iya itulah kudrat Allah akan mundatangkan slamat bagie tiap tiap orang yang purchaya; turdahulu kapada orang Yahudi, dan orang Grika pun.

17Kurna dalamnya itulah dinyatakan kabunaran Allah deripada iman, sampie kapada iman: sapurti yang tulah tursurat, Bahwasanya orang yang bunar itu akan hidop dungan iman.

18Kurna morka Allah itu tulah dinyatakannya deripada shorga atas sagala kujahatan dan kusalahan orang yang mulawan kabunaran itu dungan kujahatannya;

19Kurna purkara yang dapat dikutaui deripada Allah itu, adalah turnyata diantara marika itu; kurna sudah ditunjokkan Allah kapada marika itu.

20Kurna sagala sifat Allah yang tursambunyi deri kutika kujadian dunia itu, maka itupun dapat dilihat ulih orang dungan nyatanya, subab dapat dikutauinya deri purkara yang dijadikannya, iya itu kudrat dan katuhanan Allah yang kukal; maka subab itu marika itu tiada bulih mundatangkan uzur lagi:

21Kurna apabila dikutaui ulih marika itu bahwa ada Allah, maka tiada juga marika itu mumuliakan dia sapurti Allah, dan tiada juga marika itu mumbri shukor; mulainkan iya jadi bubal dungan sangka dirinya, dan hatinya yang bodoh itupun diglapkannyalah.

22Maka marika itu mungaku dirinya pandie, tutapi dialah yang bodoh adanya,

23Maka diubahkannya kamulian Allah yang tiada burhingga itu, kapada suatu burhalla yang dibuatnya rupa manusia yang binasa, dan lagi rupa burong burong, dan binatang binatang yang burkaki ampat, dan yang munjalar.

24Maka subab dumkianlah dibiarkan Allah marika itu didalam kotor dungan munurut hawa nafsunya sundiri, akan mumbri main kapada tubohnya sundiri diantara marika itu:

25Adapun marika itu mungubahkan kabunaran Allah itu kapada bohong, dan iya mumbri hormat dan burbuat bahkti kapada mahlok turlebih deripada mumbri hormat kapada Tuhan yang mumpunyai burkat sampie slama lamanya. Amin.

26Maka subab itulah tulah disurahkan Allah akan marika itu kapada sagala nafsu yang hina: kurna prumpuannya pun tulah mungubahkan tabiatnya yang patut itu kapada yang tiada patut:

27Dan dumkian lagi, laki laki pun tulah muninggalkan purbuatannya yang patut kapada prumpuan itu, maka burangatlah nafsunya sa'orang kapada sa'orang; iya itu laki laki dungan laki laki mulakukan purkara yang hina, sampie ditrima ulih marika itu pumbalasan yang patut subab kusalahannya itu.

28Maka kurna marika itu tiada mau ingat akan Allah dalam pungatauannya, maka dibiarkan Allah marika itu dalam akal yang jahat, sahingga dipurbuatnyalah sagala purkara yang tiada burpatutan;

29Sampie punohlah marika itu dungan sagala purkara yang tiada bunar, zina, kujahatan, tumaa, burbunchi bunchian; maka punohlah iya dungan dungki, dan burbunoh bunohan, burbantah bantahan, tipu, kianat, bawa mulut;

30Pungumpat, mumbunchi akan Allah, pumaki, chongkak, mumaggahkan dirinya, mumbuat akal, tiada munurut ibu bapanya,

31Tiada burbudi, tiada mumunohkan janjinya, tiada burkasih kasihan, munaroh dundam, dan tiada bursayang sayangan:

32Maka marika itu yang mungataui akan hukum Allah, kalau orang yang burbuat purkara yang dumkian itu patutlah mati, maka bukannya iya sahja burbuat purkara itu, mulainkan iya suka pulah orang lain burbuat dumkian pun.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Roma 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran