Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 11 >> 

1BAIKLAH aku kata, Sudahkah dibuangkan Allah akan kaumnya itu? Dijaukan Allah. Kurna aku inipun sa'orang Israel juga, iya itu deripada bunih Ibrahim, dan deripada suku Benjamin.

2Bahwa Allah tiada mumbuangkan kaumnya yang tulah dikutauinya turdahulu. Maka tiadakah kami tau apa yang tulah dikatakan kitab Allah deri hal Ilias? bagimana iya mumohonkan kapada Allah akan mulawan orang Israel, katanya,

3Tuhan, bahwa marika itu tulah mumbunoh nabi nabimu, surta dibinasakannya akan sagala tumpat korbanmu: maka aku turtinggal sa'orang orang, maka dicharinya akan daku handak dibunohnya.

4Maka apakah furman Allah munjawab akan dia? Bahwa aku sudah mungasingkan bagie diriku tujoh ribu orang, yang bulom tunduk burtulut kapada burhala Baal.

5Dumkian lagi pada masa inipun adalah turtinggal juga suatu remah munurut pilihan anugrah.

6Maka jikalau deripada anugrah, maka iya itu bukannyalah lagi deripada amal amal: maka jikalau kiranya lain deripada anugrah itu naschaya bukannya anugrah adanya. Tutapi jikalau pilihan itu deripada amal amal, maka iya itu bukannyalah lagi deripada anugrah: maka jikalau kiranya lain deripada itu, amal itu bukannya amal lagi adanya.

7Baik apatah? Adapun orang Israel itu bulom mundapat lagi yang tulah dicharinya; tutapi orang pilihan itu tulah mundapat akan dia, maka yang lain itu tulah dibutakan.

8(Sapurti yang tulah tursurat, Bahwa Allah tulah mumbri kapada marika itu nyawa pungantok, dan mata marika itu tiada dapat mulihat, dan tulinga marika itu tiada munungar;) sampielah pada masa itu.

9Maka Daud pun tulah burkata, Biarlah hidangan marika itu dijadikan suatu jurat, dan suatu purangkap, dan suatu batu turantok, dan suatu balasan kapada marika itu:

10Biarlah mata marika itu diglapkan, supaya tiada bulih iya mulihat, dan turbongkoklah blakangnya santiasa.

11Baiklah aku kata, Sudahkah marika itu turantok supaya iya jatoh? Dijaukan Allah: mulainkan dungan kujatohan marika itulah, maka slamat tulah datang kapada orang susat, subab mumbangkitkan chumburan bagie orang Israel.

12jikalau kiranya kujatohan marika itu munjadi kakayaan bagie dunia, dan jikalau kakurang marika itu munjadi kakayaan bagie orang susat; maka estimewa pula kabanyakkannya.

13Kurna aku burkata padamu hie sagala orang susat, slagi aku munjadi rasul bagie orang susat, maka subab itulah aku mumbusarkan jawatanku:

14Kalau kalau dungan sa'bulih bulihnya aku handak mumbangkitkan burahi akan marika itu yang daging darahku, supaya bulih mumliharakan sa'tungah marika itu.

15Kurna jikalau turbuang marika itu munjadi purdamiean bagie orang dunia, maka apakah kulak jadi kalau disambut akan dia, mulainkan hidop deripada mati?

16Kurna jikalau buah bangaran itu suchi adanya, maka sa'gunap isinya pun suchilah: dan jikalau akar itu suchi, maka chabang chabang itupun suchilah adanya.

17Kurna jikalau barang chabang chabangnya itu dipatahkan, dan angkau, yang sa'pohon zieton hutan, dianggorkan diantara marika itu, dan angkau pun buruntok bursama sama deripada akar dan gomoknya zieton butul itu:

18Janganlah angkau mumugahkan dirimu mulawan chabang chabang itu. Maka jikalau angkau mumugahkan, maka bukannya angkau yang munanggong akar itu, mulainkan akar juga yang munanggong akan dikau.

19Angkau nanti burkata kulak, Bahwa chabang chabang itu tulah dipatahkan, supaya aku akan dianggorkan kapadanya.

20Baiklah: ulih subab marika itu tiada buriman dipatahkan, maka angkau burdiri dungan iman. Janganlah hatimu busar, mulainkan takutlah:

21Kurna jikalau tiada disayangi Allah akan chabang chabang asalnya itu, ingatlah baik baik, maka angkau pun kulak tiada disayanginya.

22Maka subab itu lihatlah akan kubajikan dan kakrasan Allah itu: adapun kakrasannya itu kapada orang yang tulah jatoh; tutapi kabajikannya itu kapadamu, jikalau kiranya kamu ada slalu dalam kabajikannya: maka jikalau tiada, maka kamu pun akan dipatahkanlah.

23Dumkianlah juga hai marika itu, jikalau tiada iya tutap juga dalam tiada buriman, iya itu akan dianggorkan: kurna Allah ada burkuasa akan munganggorkan marika itu pula.

24Kurna jikalau angkau dikuratkan deripada pohon zeiton hutan asalnya, dan angkau di anggorkan kudalam pohon zeiton yang butul mulawan tabiatnya; maka estimewa pula akan chabang chabang yang asal itu, dianggorkan kapada pohon zietonnya sundiri?

25Hie saudara saudaraku, bukannya kahandakku, bahwa biar kamu munjadi bodoh akan rahsia ini, asal jangan kamu munjadi chongkak dalam fikiranmu; iya itu sparoh buta tulah burlaku kapada orang Israel, sahingga gunap bilangan orang susat masuk mumbawa iman.

26Dungan hal yang dumkianlah sagala orang Israel itu akan dipliharakan: sapurti yang tulah tursurat, Bahwa kluar deri Zion Punulong itu, maka iya kulak akan menghalaukan kajahatan deripada bunih Yakob:

27Kurna dumkianlah purjanjianku kapada marika itu, sutlah habis dihapuskan sagala dosanya.

28Maka deri subab injil itulah juga, orang Yahudi itu ada bursutru ulih subab kaum juga: tutapi deri subab hal pilihan itulah, maka marika itu munjadi kukasih ulih subab sagala nenek moyang.

29Kurna sagala pumbrian dan pilihan Allah itu, dungan tiada bursusalan adanya.

30Kurna sapurti pada waktu yang tulah lalu kamu tiada purchaya akan Allah, akan tutapi skarang kamu tulah burulih rahmat ulih subab marika itu tiada buriman:

31Maka dumkian lagi skarang marika itu pun tiada juga buriman, ulih subab rahmat yang dibri padamu dungan maksud kahandaknya supaya marika itupun dungan burkat rahmatmu akan burulih rahmat juga.

32Kurna tulah dituntukan Allah sagala manusia dalam hal yang tiada buriman, supaya iya bulih mumbri rahmat atas samua.

33Hei bagimana kalempahan kakayaan dan hikmat dan pungatauan Allah! maka tiadalah dapat turduga sagala hukumnya, dan jalannya pun tiada dapat turslidik!

34Kurna siapakah yang tulah mungataui akan pungatauan Tuhan? dan siapakah yang tulah munjadi mantrinya?

35Atau siapakah yang tulah mumbri barang sa'suatu purkara kapadanya dahulu, supaya akan dibalasnya akan dia pula?

36Kurna deripadanya, dan ulihnya, dan kapadanya juga, sagala purkara itu: maka kapadanya juga kamulian sampie slama lamanya. Amin.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Roma 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran