Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 15 >> 

1ADAPUN aku inilah pohon anggor yang butul, dan Bapaku itu tukang kubon anggor itu.

2Maka kurang sasuatu ranting yang dalam aku ini yang tiada burbuah, maka dikuratkannya: dan barang sasuatu yang burbuah, maka disuchikannya akan dia, supaya lubat buahnya.

3Bahwa skarang kamu tulah suchilah subab purkataan yang tulah aku katakan padamu.

4Maka handaklah kamu diam dalam aku, dan aku pun diam dalam kamu. Maka sapurti ranting tiada bulih burbuah deripada sundirinya, jikalau tiada bursuatu pada pohon anggor; maka dumkianlah juga kamu pun tiada bulih, jikalau tiada dia dungan aku.

5Maka aku inilah pohon anggor, dan kamu rantingnya itu: Maka barang siapa yang bursuatu dungan aku, dan aku pun dungan dia, maka iyalah akan mumbri buah banyak: kurna dungan tiada aku, tiada kamu bulih burbuat barang suatu apa.

6Jikalau barang sa'orang tiada bursuatu dungan aku, maka iya akan jadi sapurti ranting yang turbuang, lagi kring: maka iya itu dikompolkan orang, dibuangkan kudalam api, maka habislah kulak iya hangus.

7Adapun jikalau kamu bursuatu dungan aku, maka purkataanku pun tinggal didalam kamu, maka barang kahandakmu yang kamu pinta itu, akan diberikan padamu.

8Shahadan dungan dumkian itu juga Bapakku dipurmuliakan, jikalau kamu mungluarkan buah banyak; maka dungan dumkianlah juga kamu jadi murid muridku.

9Sapurti Bapaku tulah mungasihi aku, dumkian lagi aku tulah mungasihi kamu: maka handaklah kamu tutap dalam pungasihanku.

10Maka jikalau kamu mumliharakan hukumku, maka kamu pun akan tinggal didalam pungasihanku; sapurti aku juga tulah mumliharakan hukum Bapaku, maka tinggallah aku didalam pungasihannya.

11Adapun sagala purkara ini aku katakan padamu, supaya kasukaanku tutap didalam kamu, dan lagi supaya kasukaanmu pun burlempahlah adanya.

12Maka inilah hukumku kapadamu, Supaya kamu burkasih kasihan sa'orang dungan sa'orang, sapurti aku tulah mungasihi kamu.

13Kapada sa'orang jua pun tiada pungasihan yang turlebih deripada ini, iya itu jikalau sa'orang munyurahkan jiwanya akan ganti sahabat sahabatnya.

14Bahwa kamu jadilah sahabat sahabatku, jikalau kamu burbuat barang hukumanku.

15Maka tiadalah aku namai akan kamu hamba lagi; kurna hamba itu tiada tau apa yang dipurbuat ulih tuannya: tutapi aku tulah munamai kamu skalian sahabat; kurna barang suatu yang kudungar deripada Bapaku itu tulah aku sampiekan kapadamu.

16Bahwa bukannya kamu yang mumileh aku, mulainkan aku yang mumileh kamu, dan yang mununtukan kamu, supaya kamu pun mungluarkan banyak buah, dan supaya buahmu kukallah adanya: dan supaya Bapa mumbri kapadamu barang apa yang kamu pinta dungan namaku.

17Maka inilah hukumku kapadamu, supaya kamu burkasih kasihan sa'orang dungan sa'orang.

18Maka jikalau isi dunia ini bunchi akan kamu, maka kamu mungutaui marika itu tulah mumbunchi aku, iya itu dahulu deripadamu.

19Maka jikalau kamu deripada dunia, nuschaya dikasihi ulih isi dunia akan orangnya: tutapi subab kamu bukan deripada dunia ini, mulainkan aku tulah mumileh kamu deripada isi dunia, maka subab itulah isi dunia ini bunchi akan kamu.

20Bahwa ingatlah kamu akan purkataan yang aku katakan padamu, Bahwa sa'orang hamba tiada lebih deripada tuannya. Maka jikalau marika itu burbuat anyaya akan daku itu, nuschaya iya akan burbuat anyaya padamu; dan jikalau orang mumliharakan purkataanku, nuschaya iya mumliharakan purkataan kamu.

21Tutapi sagala purkara itu akan dipurbuat orang padamu subab namaku, kurna marika itu tiada mungunal akan dia yang tulah munyuruhkan aku.

22Maka jikalau kiranya aku tiada datang mungatakan itu pada marika itu, maka tiada dosa pada marika itu: tutapi skarang tiadalah lagi bagienya daleh deri hal dosanya.

23Maka barang siapa yang bunchi akan daku, iya itu surasa mumbunchi akan Bapaku juga.

24Maka jikalau kiranya aku tiada burbuat sagala purbuatan itu diantara marika itu yang bulom dipurbuat ulih sa'orang lain pun, maka tiadalah burdosa pada marika itu; tutapi skarang marika itu sudah mulihat dan tulah mumbunchi, aku dan Bapaku.

25Tutapi iya itu tulah jadi, supaya gunaplah purkataan yang tursubut dalam tauritnya, Bahwa marika itu tulah bunchi akan daku dungan tiada sa'muna muna.

26Tutapi apabila datang Punghibur yang aku akan munyurohkan kapadamu deripada Bapa, iya itu Roh yang bunar, yang kluar deripada Bapa, maka iya juga akan bursaksi deri hal aku.

27Maka kamu pun akan munjadi saksi juga, subab kamu sudah bursurta dungan aku deripada mulanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran