Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 3 >> 

1BURMULA maka adalah sa'orang orang Faresia, yang burnama Nikudimus, maka iya itu punghulu orang Yahudi adanya:

2Maka datanglah iya kapada Isa pada malam hari, lalu katanya, Hie Rabbi, bahwa kami kutaui, maka angkaulah sa'orang Guru yang tulah datang deri pada Allah: kurna sa'orang pun tiada bulih mumbuat sagala mujizat mujizat yang sapurti angkau purbuat ini, jikalau tiada Allah busurta dungan dia.

3Maka sahut Isa katanya, Sasunggoh sunggohnya aku burkata kapadamu, Kachualinya jikalau barang sa'orang tiada dipuranakkan pula, maka tiadalah iya dapat mulihat krajaan Allah.

4Maka jawab Nikudimus, Bagimanakah bulih manusia ini dipuranakkan tutkala tuanya? maka dapatkah iya masok kadua kalinya kudalam prut ibunya, dipuranakkan pula?

5Maka sahut Isa, Sasunggoh sunggohnya aku burkata kapadamu, Kachualinya barang sa'orang yang tiada dipuranakkan deri ayer dan Roh Alkudus, maka tiadalah iya bulih masok kudalam krajaan Allah.

6Maka barang yang dipuranakkan deripada hawa nafsu, maka iya itu hawa nafsu; maka barang siapa yang dipuranakkan deripada Roh Alkudus, maka iya itu Roh Alkudus juga adanya.

7Maka janganlah angkau munjadi hieran aku burkata padamu, Kamu patut dipuranakkan pula.

8Adapun angin itu burtiop barang kamana dikahandakinya, maka angkau dungar juga bunyinya, tutapi tiada angkau kataui derimanakah datangnya, dan kamanakah purginya; maka dumkianlah juga halnya sa'orang orang yang dipuranakkan deripada Roh Alkudus itu.

9Maka sahut Nikudimus, katanya, Bagimanakah sagala purkara itu bulih munjadi?

10Maka kata Isa padanya, Bukankah angkau Guru orang Israel, mungapa angkau tiada mungutaui akan sagala purkara purkara ini?

11Bahwa dungan sunggoh sunggohnya juga aku burkata padamu, Adapun kami mungatakan barang yang kami kutaui, dan munjadi saksi deripada barang yang tulah kami mulihat; tutapi tiada kamu munurima saksi kami itu.

12Maka jika aku tulah mumbri tau kapadamu deri hal purkara purkara dunia ini tutapi tiada juga kamu purchaya, bagimanakah kamu bulih purchaya, jikalau aku katakan padamu purkara purkara shorga itu?

13Maka sa'orang pun tiada naik kashorga, mulainkan orang yang tulah turun deri shorga, maka iya itu Anak manusialah dia yang ada dishorga.

14Shahadan sapurti ular itu ditinggikan ulih Musa dalam padang bulantara, maka dumkianlah harus Anak manusia pun ditinggikan.

15Supaya barang siapa yang purchaya akan dia iya itu tiada binasa, mulainkan mundapat hidop yang kukal juga.

16Kurna dumkianlah halnya Allah tulah mungasihi orang isi dunia ini, sahingga dikurniakannya Anaknya yang tunggal itu, supaya barang siapa yang purchaya akan dia tiada iya akan binasa, mulainkan mundapat hidop yang kukal.

17Kurna bukannya Allah itu munyurohkan Anak itu masok kadunia; supaya munghukomkan orang dunia ini, mulainkan supaya orang dunia ini mundapat slamat deripadanya.

18Maka orang yang purchaya akan dia itu turlupas deripada hukuman: tutapi orang yang tiada purchaya akan dia, maka adalah iya itu surasa dalam hukum, subab iya tiada purchaya akan nama Anak Allah yang tunggal itu.

19Maka inilah hukuman, trang itu tulah datang kudalam dunia, tutapi manusia itu bursuka suka juga dalam gulap turlebih deripada trang itu, kurna purbuatannya itu jahat adanya.

20Kurna tiap tiap orang yang burbuat jahat itu bunchilah iya akan trang itu, dan tiada iya mau datang kapada trang, asal jangan kajahatannya itu kulak ditumplakkan.

21Tutapi orang yang burbuat kabunaran itu datanglah iya kapada trang, supaya purbuatannya kulak dinyatakan, adapun iya itu tulah jadi dungan kahandak Allah adanya.

22Hata maka kumdian deri pada purkara purkara itu, maka datanglah Isa surta dungan murid muridnya masok katanah Yahuda; maka diamlah iya disana sambil mumbaptisakan orang.

23Subarmula Yahya pun adalah mumbaptisakan orang dinugri Aenon dukat Salim, subab banyak ayer disana: maka datanglah marika itu pun, dibaptisakannya.

24Kurna pada masa itu bulom lagi Yahya dimasokkan orang kudalam punjara.

25Sutlah itu maka burbangkitlah suatu purbantahan antara murid murid Yahya dungan orang orang Yahudi deri hal kasuchian itu.

26Maka datanglah murid murid itu kapada Yahya, lalu burkata padanya, Ya Rabbi, adapun orang yang bursama sama dungan angkau disubrang Jordan itu, yang angkau tulah bursaksi deri halnya, bahwa tengoklah iya pun ada mumbaptisakan orang, maka samuanya orang datang kapadanya.

27Maka jawab Yahya, Sa'orang pun tiada mundapat barang sa'purkara, jikalau tiada dikurniakan akan dia deri dalam shorga.

28Bahwasanya kaum sundiri saksi, aku tulah burkata, Bukannya aku Almasih, mulainkan aku ini tulah disurohkan dahulu deripadanya.

29Adapun yang mumpunyai pungantin prumpuan itu iyalah mumplie laki laki: tutapi sahabat mumplie laki laki, yang burdiri munungar akan dia itu, munumpang sukalah sahja, subab munungar suaranya itu: maka subab itu kasukaanku pun sampornalah.

30Bahwa sasunggohnya iya juga patut burtambah tambah, tutapi aku ini akan burkurang kurangan adanya.

31Maka orang yang turun deri atas, maka iya itu turlebih deripada samua: dan orang yang jadi dibumi itu, sapurti bumilah juga: maka purkataannya pun deri hal bumi juga adanya: maka adapun orang yang turun deri langit, maka iya itu turlebih deripada samua.

32Maka barang suatu yang dilihatnya dan didungarnya, itulah akan disaksikannya; tutapi tiada ditrima orang saksinya itu.

33Burmulah adapun orang yang tulah munarima saksinya itu, maka dimatriekannyalah bahwasanya Allah itu bunar adanya.

34Kurna orang yang tulah disurohkan Allah itu iya mungatakan purkataan Allah: subab dibri Allah Roh Alkudus itu padanya dungan tiada burkira kira.

35Maka Bapa mungasihi Anak itu, lain disurahkannyalah sagala sa'suatu kudalam tangannya.

36Maka orang yang purchaya akan Anak itu, burulih hidop yang kukal: dan orang yang tiada purchaya akan anak itu, maka tiadalah iya akan mundapat slamat itu; mulainkan morka Allah juga diatasnya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran