Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 20 >> 

FATSAL XX.

1ADAPUN apabila bŭrhŭntilah pŭrgadohan itu, maka Paulus pun mŭmanggillah sagala murid itu datang kapadanya, sŭrta dipŭlok marika itu, lalu kluarlah iya handak pŭrgi kaMakadonia.

2Maka sŭtlah sudah iya mŭlalui sagala jajahan itu sambil mŭmbri bŭbrapa nasihat, lalu sampielah iya kŭtanah Grika.

3Maka tinggallah iya tiga bulan lamanya disana; maka apabila diadang ulih orang Yahudi akan dia tŭtkala iya handak bŭrlayar kabŭnua Syria, sŭbab itu bŭrfikirlah iya handak pulang mŭlalui Makadonia.

4Maka Supater orang nŭgri Beria, dan Aristarkus, dan Sekundus orang Thessalonika, dan Gaius orang Derbi, dan Timothius, dan Tychikus, dan Trofimus orang Asia; skaliannya itu mŭngikot dia sampie kaAsia.

5Maka orang orang itu pun pŭrgilah dahulu mŭnantikan kami dinŭgri Troas.

6Adapun kumdian deripada hari raya roti yang tiada bŭragi, maka kami pun bŭrlayarlah kaFilipi, dalam lima hari juga sampielah kami kaTroas; maka disanalah kami tinggal tujoh hari lamanya.

7Bŭrmula pada hari ahad apabilah sagala murid tŭlah bŭrhimponlah akan mŭmakan roti, maka Paulus mŭngajar marika itu, niatnya handak bŭrjalan pada esok harinya, sŭrta dilanjotkannya pŭrkataannya sampie tŭngah malam.

8Maka adalah banyak pŭlita diatas loteng ditŭmpat marika itu bŭrhimpon.

9Bŭrmŭla maka adalah sa’orang orang muda bŭrnama Eutykus dudok dijŭnela, maka iya tŭrtidorlah lŭlap; sŭmŭntara Paulus lagi mŭngajar lambat itu, maka sŭkunyung kunyung jatohlah iya dŭngan lŭlapnya itu deri tengkat rumah yang katiga sampie kŭbawah, maka didapati orang akan dia sudah mati.

10Maka turonlah Paulus mŭmbaringkan dirinya ka’atasnya, sŭrta didakapnya akan dia, katanya, Janganlah kamu susah, kŭrna adalah lagi nyawanya.

11Maka sŭtlah naiklah iya kŭmbali, sŭrta dipŭchahkannya roti lalu makan, sambil mŭngajar pula iya bŭbrapa lamanya sahingga tŭrbit fajar, maka kluarlah iya lalu bŭrjalan.

12Maka dibawalah orang akan orang muda itu sudah hidop, maka sŭnanglah hati marika itu bukannya sŭdikit.

13¶ Maka kami pun naiklah kŭkapal, lalu bŭrlayar dahulu kanŭgri Assos, disanalah kami handak mŭnantikan Paulus; kŭrna dŭmkianlah pŭsannya, iya sŭndiri handak bŭrjalan kaki.

14Maka sŭtlah bŭrtŭmulah iya dŭngan kami diAssos, maka kami pun mŭngambil akan dia, lalu sampielah kanŭgri Mitilini.

15Maka deri sana bŭrlayarlah kami, lalu sampielah kasŭbarng pulau Kios pada esoknya; maka lusanya sampielah kami kaSamos, lalu tinggallah dinŭgri Trogilium; maka pada hari yang lain sampielah kami kaMilitus.

16Kŭrna Paulus tŭlah bŭrniat handak bŭrlayar mŭlalui Efesus, sŭbab iya tiada mahu kŭchewa waktunya diAsia; maka bŭrsŭgralah iya, supaya dŭngan sŭbulih bulihnya juga iya handak sampie kaJerusalem pada hari raya Pentikosta.

17¶ Adapun disurohnyalah orang deri Militus pŭrgi kaEfesus, akan mŭnjŭmpot sagala orang tua tua sidang jŭmaah itu.

18Sŭtlah datanglah orang orang itu kapadanya, maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Bahwa kamu tŭlah mŭngŭtahui deripada mula mula hari tŭtkala aku datang masok kanŭgri Asia ini, bagimana aku tŭlah mŭlakukan diriku bŭrsama sama dŭngan kamu slama ini.

19Dŭngan mŭmbuat ibadat kapada Tuhan dŭngan sangat mŭrŭndahkan hati, dŭngan banyak ayer mata, dan bŭbrapa pŭrchobaan yang tŭlah bŭrlaku ka’atasku sŭbab diadang ulih orang orang Yahudi.

20Dan bagimana aku tiada mŭnyŭmbunyikan barang apa yang bŭrfiedah pada kamu, mŭlainkan tŭlah kuunjokkan padamu, sŭrta mŭngajar kamu dalam mŭjŭlis, dan deripada sŭbuah rumah kasŭbuah rumah.

21Sambil mŭmbri saksi baik kapada orang Yahudi, baik kapada orang Grika, iya itu derihal bŭrtaubat pada Allah, dan bŭriman akan Tuhan kami Isa Almasih.

22Maka skarang pun kŭtahuilah ulih kamu, bahwa aku tŭlah diajak ulih Roh akan pŭrgi kanŭgri Jerusalem, maka tiada kukŭtahui apakah garangannya kŭsudahanku disana.

23Mŭlainkan adalah disaksikan ulih Roh Alkudos padaku katanya, Pada tiap tiap nŭgri bŭbrapa bŭlunggu dan kŭsukaran ada mŭnantikan aku

24Akan tŭtapi tiada aku pŭdulikan barang suatu jua pun deripada sagala pŭrkara ini, dan tiada pula kuindahkan nyawaku, supaya aku mŭnggŭnapi pŭrjalananku dŭngan suka chita, dan jawatan yang tŭlah kupŭrulih deripada Tuhan Isa itu akan mŭnyatakan Injil nikmat Allah itu.

25Maka skarang sŭsungguhnya aku tŭlah mŭnŭgtahui kamu skalian yang tŭlah kuajarkan krajaan Allah itu tiada akan dapat lagi mŭmandang mukaku.

26Sŭbab itu aku handak mŭnjadikan kamu skalian saksi pada hari inilah, iya itu aku tŭlah suchi deripada darah kamu skalian.

27Kŭrna tiada aku sŭmbunyikan deripadamu pŭngajaran sagala kahandak Allah.

28¶ Maka sŭbab itu handaklah kamu skalian mŭnjaga akan dirimu sŭndiri, dan akan kawan kawan itu atas mana kamu ini pun tŭlah diangkatkan ulih Roh Alkudos akan mŭnjadi pŭmŭrentah, dan akan mŭnggombalakan sidang jŭmaah Tuhan yang tŭlah ditŭbusnya dŭngan darahnya sŭndiri.

29Kŭrna tŭlah kukŭtahui, bahwa kumdian deripada pŭninggalanku ini kŭlak dapat tiada akan masok bŭbrapa sŭrigala yang garang diantara kamu, yang tiada sayangkan kawan domba itu kŭlak.

30Maka deri antara kamu juga akan bŭrbangkit bŭbrapa orang mŭngatakan bŭbrapa pŭrkara putar balik akan mŭmbalikkan sagala murid itu mŭngikotkan dia.

31Sŭbab itu bŭrjagalah, sŭrta ingatlah kamu, bahwa tiga tahun lamanya pada siang dan malam, aku tiada bŭrhŭnti deripada mŭmbri nasihat pada sa’orang, sŭrta dŭngan bŭrchuchuran ayer mataku.

32Skarang pun hie sagala saudara, kusŭrahkanlah kamu kapada Allah, dan kapada pŭrkataan nikmatnya yang bŭrkwasa mŭnŭtapkan kamu, dan mŭmbri padamu suatu bahgian pusaka diantara sagala orang yang tŭlah disuchikannya.

33Shahadan tiadalah pŭrnah aku loba akan mas perak, atau pakiean orang.

34Bahkan, kamu sŭndiri tŭlah mŭngŭtahui, bahwa kadua tanganku ini bŭkŭrja akan mŭnchari kahidopanku, dan kahidopan orang yang sŭrta dŭngan aku.

35Maka aku tŭlah mŭnunjokkan pada kamu dalam sagala pŭrkara, bahwa patutlah kamu pun dŭngan bŭrlŭlah dŭmkian juga mŭnulong akan sagala orang yang lŭmah, sŭrta ingat akan pŭrkataan Tuhan Isa itu, bŭtapa iya sŭndiri tŭlah bŭrkata, Adapun mŭmbri itu lebih slamat deripada mŭnŭrima.

36¶ Maka apabila sudah iya bŭrkata skalian itu, lalu bŭrtŭlotlah iya, sŭrta mŭminta doa bŭrsama sama dŭngan marika itu.

37Maka mŭnangislah sagala marika itu dŭngan tangis yang maha sangat; maka sagala marika itu pun mŭmŭloklah lehir Paulus, sŭrta mŭnchium akan dia.

38Maka duka chitalah sangat marika itu deri sŭbab pŭrkataan yang dikatakannya itu, Bahwa tiadalah lagi marika itu akan mŭmandang mukanya. Maka dihantarkan ulih marika itu naik kŭkapal.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 20 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel