Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 4 >> 

FATSAL IV.

1ADAPUN Isa itu pŭnohlah dŭngan Roh Alkudus iya kŭmbali deri Jorden, lalu dipimpin ulih Roh kŭdalam padang bŭlantara.

2Maka adalah iya ampat puloh hari tŭlah dichobai ulih Iblis, maka pada masa itu suatu pun tiada dimakannya, maka pada kŭsudahan hari itu, kumdian iya pun laparlah.

3Maka Iblis itu pun bŭrkata kapadanya, Jikalau angkau Anak Allah, surohkanlah batu ini mŭnjadi roti.

4Maka jawab Isa akan dia katanya, Tŭlah tŭrtulis, manusia itu tiada akan hidop dŭngan roti sahja, mŭlainkan dŭngan tiap tiap pŭrkataan Allah.

5Maka Iblis itu pun mŭngambil akan dia dibawanya naik ka’atas sa’buah gunong tinggi, diunjokkannya kapadanya sagala krajaan dunia ini dalam sŭsaat jua lamanya.

6Maka kata Iblis itu kapadanya, Sagala kwasa ini akan kubrikan kapadamu sŭrta sagala kŭmuliaannya, kŭrna iya itu tŭlah disŭrahkan kapadaku, dan kapada barang siapa yang kukahandaki brikan dia.

7Maka sŭbab itu jikalau angkau mahu mŭnyŭmbah aku, skalian itu jadi angkaulah punya.

8Maka jawab Isa, sŭrta katanya kapadanya, Lalulah angkau kablakangku Shietan, kŭrna tŭlah tŭrtulis, Patutlah angkau mŭnyŭmbah akan Tuhan Allahmu, dan kapadanyalah sahja patut angkau bŭribadat.

9Maka dibawanyalah akan dia kaJerusalem, sŭrta ditarohkannya akan dia diatas suatu kamunchak ka’abah, sŭrta katanya kapadanya, Jikalau angkaulah Anak Allah, buangkanlah dirimu kabawah deri sini.

10Kŭrna tŭlah tŭrtulis, Allah akan mŭmbri mŭliekatnya mŭnjaga akan dikau, mŭmliharakan dikau.

11Maka dalam tangan marika itu akan mŭnatang dikau ka’atas, asal jangan skali kali tŭrhŭmpas kakimu diatas batu.

12Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapadanya, Sudah tŭrsŭbut, Janganlah angkau mŭnchobai akan Tuhan Allahmu itu.

13Maka sŭtlah sudahlah dichobai ulih Iblis sampie habis, lalu undorlah iya deripadanya dalam sŭdikit waktu.

14Maka Isa pun kŭmbalilah dŭngan kwasa Roh kŭdalam Galilia, maka disana pun pŭchahlah warta itu kluar deri halnya, pada sagala jajahan bŭrkliling itu.

15Maka diajarnyalah dalam kŭnisa kŭnisa marika itu, sŭrta orang skalian pun mŭmuliakanlah akan dia.

16¶ Maka pŭrgilah iya kaNazareth, ditŭmpat iya dipliharakan, spŭrti adatnya, pŭrgilah iya kŭdalam kŭnisa pada hari sabtu, sambil iya handak mŭmbacha.

17Maka disana tŭlah dibrikan kapadanya akan kitab nabi Jasia, maka apabila dibukanya akan kitab itu, didapatinya akan tŭmpat yang tŭlah tŭrtulis,

18Adapun Roh Tuhan itu adalah kapadaku, sŭbab iya tŭlah mŭlantekkan aku akan mŭngajar Injil kapada orang mŭskin; iya tŭlah mŭnyurohkan aku mŭnyŭmbohkan orang yang pŭchah hatinya; akan mŭngajar kŭlŭpasan akan orang tawanan, dan mŭmbukakau akan pŭnglihatan orang yang buta, dan akan mŭmbibaskan orang orang yang luka hatinya;

19Akan mŭngajar tahun Tuhan yang patut ditrimanya.

20Maka ditutopkannyalah kitab itu, sŭrta dipulangkannya pula kapada khadam, lalu dudoklah iya; adapun mata sagala orang yang ada dalam kŭnisa itu pun bulatlah ka’atasnya.

21Maka dimulainyalah bŭrkata kapada marika itu, Bahwa hari inilah tulisan itu digŭnapi ditlinga tlinga kamu.

22Maka sŭmua mŭnjadi saksi, sŭrta hieran akan kŭmuliaan pŭrkataan yang tŭlah kluar deri mulotnya. Maka kata kata marika itu, Bukankah iya ini anak Yusof?

23Maka kata Isa kapada marika itu, Maka dŭngan sŭsungguhnya kamu kŭlak akan bŭrkata padaku akan pŭrumpamaan ini, Tabib, sŭmbohkanlah dirimu sŭndiri; barang apa yang kami dŭngar jadi dalam Kapŭrnaum, pŭrbuatlah dŭmkian juga dalam nŭgrimu.

24Maka kata Isa, sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, tiada sa’orang nabi itu yang ditrima dalam nŭgrinya sŭndiri.

25Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu dŭngan sŭbŭnarnya, maka banyaklah pŭrampuan bujang yang ada dalam Israil pada zaman Ilias, maka apabila langit itu tŭlah tŭrtutop tiga tahun anam bulan, tŭtkala kŭlaparan yang bŭsar sŭgŭuap tanah;

26Tŭtapi kapada sa’orang pun tidak Ilias itu disurohkan, mŭlainkan kapada Sarepta, sa’buah nŭgri yang diSidon, kapada sa’orang pŭrampuan janda.

27Maka banyaklah orang yang bŭrkusta dalam Israil pada zaman nabi Ilias, maka sa’orang pun deripada marika itu tiada disuchikan, mŭlainkan Naaman orang Asyrian itu.

28Maka apabila didŭngar ulih sagala orang yang ada dalam kŭnisa itu akan pŭrkara pŭrkara itu, pŭnohlah marika itu dŭngan marah.

29Maka bangunlah marika itu, lalu ditolakkannya akan dia kluar nŭgri, sŭrta dibawa akan dia kapada tŭpi bukit ditŭmpat nŭgri itu dibangunkan, supaya bulih marika itu mŭmbuangkan dia kŭbawah tunggang balek.

30Tŭtapi dilaluinya ditŭngah tŭngah marika itu, pŭrgilah iya lalu bŭrjalan.

31Maka datanglah iya kaKapŭrnaum, sa’buah nŭgri diGalilia, maka diajarnya akan marika itu pada hari hari sabtu.

32Maka ajaiblah marika itu sŭbab pŭngajarannya, kŭrna pŭrkataannya itu adalah bŭrkwasa.

33¶ Maka adalah dalam kŭnisa itu sa’orang yang tŭlah tŭrkŭna hantu yang nŭjis, maka bŭrtriaklah iya dŭngan suara yang nyaring,

34Katanya, Biarkanlah kami, apakah bichara kami ini kapadamu hie Isa orang Nazareth? Angkau datang ini handak mŭmbinasakan kamikah? Aku tahu siapa angkau ini. Sa’orang yang suchi deripada Allah.

35Maka ditŭngkinglah ulih Isa akan dia, katanya, Diamlah; kluarlah angkau deripadanya. Maka apabila hantu itu tŭlah mŭnyampakkan orang itu ditŭngah tŭngah itu, maka kluarlah iya deripadanya; tiadalah iya mŭnyakiti akan dia.

36Maka marika itu skalian pun hieranlah tŭrchŭngang, sambil bŭrkata diantara sama sŭndirinya, katanya, Apa pŭrka aan ini? kŭrna dŭngan prentah dan kwasa, disurohnya akan hantu yang nŭjis itu, maka hantu itu pun kluarlah.

37Maka wartanya itu pun pŭchahlah kapada sagala tŭmpat, dan nŭgri yang ada bŭrkliling.

38¶ Maka iya pun bangunlah deri kŭnisa, lalu masok kŭdalam rumah Simon, dan mŭntua pŭrampuan Simon tŭlah tŭrkŭna dŭmam kras, maka dipinta tulong ulih marika itu akan Isa sŭbab pŭrampuan itu.

39Maka bŭrdirilah Isa sŭblah atas pŭrampuan itu, maka ditŭngkingnyalah dŭmam itu, lalu dŭmam itu pun tŭrbanglah; maka dŭngan sŭbŭntar itu juga bangunlah iya sŭrta mŭlayani akan dia.

40¶ Shahadan maka apabila matahari handak masok, maka sagala orang yang ada bŭrbagie bagie pŭnyakitan itu pun dibawalah kapada Isa, maka ditarohlah tangannya atas masing masing, lalu disŭmbohkannyalah akan dia.

41Maka sagala hantu itu pun kluarlah deripada banyak orang, bŭrtriak katanya, Angkaulah Almasih Anak Allah. Maka ulih Isa ditŭngking akan dia, sŭrta ditŭgahkannya jangan bŭrkata kata, kŭrna tŭlah dikŭtahui ulih marika itu, iyalah Almasih.

42Maka apabila siang hari, kŭmbalilah Isa, lalu pŭrgilah kapada suatu tŭmpat padang, maka orang pun mŭnchari akan dia, sŭrta datang kapadanya, dan ditahankannya akan dia, supaya jangan iya kŭmbali deri padanya.

43Maka katanya kapada marika itu, Dapat tiada aku mŭmbri tahu akan krajaan Allah itu kapada lain lain nŭgri pun, kŭrna sŭbab itulah aku disurohkan.

44Maka diajarnyalah dalam kŭnisa kŭnisa diGalilia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel