Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 21 >> 

FATSAL XXI.

1SŬBARMULA sŭtlah marika itu hampir kanŭgri Jerusalem, lalu sampielah iya kaBethpagi, iya itu dŭkat bukit Zieton, maka tŭtkala itu disurohkan ulih Isa dua orang muridnya, katanya kapadanya,

2Pŭrgilah kamu kapada duson yang bŭrsŭbrangan dŭngan kita ini, maka skutika itu kamu akan mŭndapat sa’ekor kaldie tŭrtambat, sŭrta dŭngan sa’ekor anaknya bŭrsama; luchutkanlah akan dia, bawa kapadaku.

3Maka jikalau barang siapa bŭrkata apa apa kapadamu, maka jawablah kamu, bahwa ada bŭrguna kapada Tuhan, maka dŭngan skutika juga iya akan mŭnyurohkan iya datang.

4Adapun sagala pŭrkara ini tŭlah jadi, supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih nabi katanya;

5Katakanlah kapada anak pŭrampuan Zion, tengoklah Rajamu yang rŭndah hatinya datang kapadamu bŭrkaindraan diatas sa’ekor kaldie dŭngan sa’ekor anaknya.

6Maka pŭrgilah murid muridnya bŭrbuat spŭrti yang disurohkan Isa padanya itu.

7Maka dibawanyalah kaldie itu sŭrta dŭngan anaknya, maka dikŭnakannyalah pakiean ka’atasnya, lalu didudokannya Isa ka’atasnya.

8Maka bŭbrapalah banyak sangat orang yang mŭmbŭntangkan pakieannya pada jalan, dan ada pula orang yang mŭngŭratkan ranting ranting deripada pokok pokok, sŭrta dikaparkannya dijalan.

9Maka sagala orang yang bŭrjalan dahulu, dan yang mŭngikot dia itupun bŭrsrulah, katanya, Husana kiranya bagie anak Daud, dan bŭrbahgialah iya yang datang dŭngan nama Tuhan; Husana kiranya dalam tŭmpat kŭtinggian skali!

10Maka apabila iya masok kadalam Jerusalem, gŭmparlah isi nŭgri, mŭngatakan, siapakah iya ini?

11Maka bŭrkatalah orang banyak, Iya inilah Isa, nabi deri Nazareth, tanah Galilia.

12¶ Maka masoklah Isa kadalam ka’abah Allah, maka dihalaukannyalah sagala orang yang bŭrjual bli dalam ka’abah itu, sŭrta dibalek balekkannyalah sagala meja meja orang mŭnukar wang, dan sagala bangku bangku orang yang bŭrjual mŭrpati.

13Lalu kata Isa pada marika itu, Tŭlah tŭrsurat, bahwa ka’abahku disŭbot orang rumah sŭmbahyang, tŭtapi kamu tŭlah mŭnjadikan dia goa tŭmpat pŭnyamun.

14Maka datanglah kapadanya bŭbrapa orang buta, dan tempang dalam ka’abah, maka disŭmbohkannyalah marika itu.

15Shahadan apabila imam yang bŭsar bŭsar, dan khatib khatib mŭlihat pŭrkara ajaib yang tŭlah dipŭrbuatnya itu, lagi pula sagala kanak kanak pun bŭrsru dalam ka’abah dŭngan bŭrkata, Husana kiranya bagie anak Daud; lalu marahlah marika itu sangat.

16Maka bŭrkatalah iya kapada Isa, Adakah angkau dŭngar apa kata budak budak ini? Maka jawab Isa bagie marika itu, Bahkan; bŭlomkah kamu mŭmbacha, bahwa deri dalam mulot kanak, dan kanak kanak yang mŭnyusu, angkau tŭlah mŭnyampornakan puji pujian?

17Maka ditinggalkan ulih Isa akan marika itu, lalu kluarlah iya deri dalam nŭgri itu, lalu pŭrgilah kaBethani, maka bŭrmalamlah iya disana.

18¶ Maka pada pagi hari tŭtkala iya balik kanŭgri, laparlah iya.

19Maka dilihatnya ada sa’pohon ara disisi jalan itu, lalu dihampirinyalah akan dia, maka didapatinya suatu pun tiada buahnya, mŭlainkan daun sahja; lalu bŭrkatalah iya padanya, Janganlah lagi angkau bŭrbuah sampie slama lamanya; maka dŭngan skutika itu juga kakringanlah pohon ara itu.

20Maka sŭtlah dilihat ulih muridnya akan hal yang dŭmkian, maka hieranlah marika itu katanya, Bŭtapa hal pohon ara ini kakringan sŭbŭntaran.

21Maka disahut ulih Isa bagie marika itu, Bahwa sasungguhnya aku bŭrkata padamu, jikalau ada kiranya padamu iman, dan tiada shak, jangankan barang yang tŭlah jadi pada pohon ara ini sahja, mŭlainkan jikalau kamu bŭrkata pada bukit ini, tŭrangkat dan tŭrbuang kadalam laut skalipun, sasungguhnya akan mŭnjadi.

22Dan lagi sagala pŭrkara yang kamu mŭminta pada tŭtkala kamu bŭrdoa dŭngan pŭrchayamu itu, nŭschaya kamu akan bŭrulih dia.

23¶ Maka sŭtlah iya masok ka’abah, lagi sŭmŭntara iya mŭngajar, lalu datanglah kapadanya imam yang bŭsar bŭsar, dan orang tua tua deripada kaum itu, katanya, Dŭngan kwasa siapa angkau bŭrbuat sagala pŭrkara ini, dan siapa mŭmbri kapadamu kwasa yang dŭmkian?

24Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Bahwa aku pun handak bŭrtanya juga suatu pŭrkara kapadamu, maka jikalau kiranya angkau dapat mŭnjawab akan dia, maka aku pun bulih mŭngatakan kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat sagala pŭrkara ini.

25Baptisan Yahya itu deri manakah mulanya, deri langitkah, atau deripada manusiakah? Maka bŭrbicharalah marika itu sama sŭndirinya, katanya, Jikalau kami kata deri langit, nŭschaya dijawabnya, apa sŭbab kamu tiada pŭrchaya akan dia?

26Maka jikalau kami bŭrkata, deripada manusia, maka takotlah kami akan kaum ini, kŭrna sŭmuanya mŭmbilang Yahya itu nabi.

27Maka disahut marika itu sŭrta bŭrkata pada Isa, Tiada bulih kami katakan. Maka kata Isa pada marika itu, Aku pun tiada mahu mŭngatakan kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat sagala pŭrkara ini.

28¶ Apakah pada sangkamu, ada pada sianu itu dua orang anak laki laki, maka pŭrgilah iya pŭrtama tama kapada sa’orang, katanya, Hie anakku, pŭrgilah angkau bŭkŭrja pada hari ini kakŭbon anggorku.

29Maka mŭnyahutlah iya sambil bŭrkata, Tiada aku mahu; tŭtapi kumdian mŭnyŭsallah iya lalu pŭrgi.

30Maka datanglah pula bapanya itu kapada anak yang lain, lalu bŭrkata dŭmkian juga, maka disahutnya, Sahya tuan, tŭtapi tiada iya pŭrgi.

31Maka siapakah deri antara kaduanya itu yang mŭnurot kahandak bapanya itu? Maka jawab marika itu, Yang pŭrtama tama itu. Maka kata Isa pada marika itu, Bahwasanya aku bŭrkata kapadamu, orang yang mŭmŭgang chukie, dan pŭrampuan sundal pun tŭrdahulu masok kadalam krajaan Allah deri pada kamu.

32Kŭrna Yahya tŭlah datang kapadamu dŭngan jalan yang bŭnar, maka tiada kamu pŭrchaya akan dia; tŭtapi orang mŭmŭgang chukie dan pŭrampuan sundal sudah pŭrchaya akan dia; tŭtapi sungguh pun kamu tŭlah mŭlihat hal itu, tiada juga kamu bŭrtaubat kumdiannya, supaya kamu pŭrchaya akan dia.

33¶ Dŭngarlah pula suatu pŭrumpamaan yang lain. Maka adalah sa’orang kapala rumah yang tŭlah mŭmbuat kŭbon anggor, sŭrta dibubohnya pagar diklilingnya itu, maka dipŭrbuatkannya suatu apitan anggor dalamnya, dan dibangunkannya suatu mŭnara, kumdian diborongkannya kŭbon itu kapada orang ladang, maka tuan itupun pŭrgilah kapada sa’buah nŭgri yang jauh.

34Maka sŭtlah datanglah musim buah, maka disurohkannyalah hambanya pŭrgi kapada orang ladang itu, akan mŭngambil bahgian buahnya.

35Maka ditangkap ulih orang ladang itu akan hamba hambanya, sa’orang dipalunya, dan sa’orang dibunohnya, dan sa’orang dirŭjamnya.

36Kumdian disurohnyalah pula akan hamba hambanya yang lain, tŭrlebih banyak deripada yang mula mula itu, maka dipŭrbuat ulih orang ladang itu akan marika itu spŭrti dahulu juga.

37Akhirnya disurohnyalah pula anaknya laki laki datang pada marika itu, katanya, Bahwasanya dapat tiada marika itu mŭmbri hormat kŭlak akan anakku itu.

38Tŭtapi apabila orang ladang itu mŭlihat anaknya itu datang, maka bŭrkatalah iya sama sŭndirinya, Iya inilah warith, marilah kita bunoh akan dia, dan rampas pusakanya.

39Maka ditangkapnya akan dia, lalu dibuangkannya kluar kŭbon anggor itu, sŭrta dibunohnya akan dia.

40Maka apabila datang tuan kŭbon anggor itu, apakah kŭlak dipŭrbuatnya kapada orang orang ladang itu?

41Maka bŭrkatalah marika itu kapadanya, Dapat tiada akan diseksakannya orang orang jahat itu dŭngan seksa yang amat sangat, dan kŭbon anggor itu pun akan diborongkannya kapada orang ladang yang lain, yang akan mŭmbri kapadanya bahgian buah pada tiap tiap musimnya.

42Maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Bŭlomkah pŭrnah kamu mŭmbacha dalam kitab, bahwa batu yang dibuangkan ulih tukang yang mŭmbuat rumah, maka iya itu tŭlah mŭnjadi batu pŭnjuru yang diatas skali? Dŭmkianlah tŭlah dijadikan ulih Tuhan, maka iya itu mŭnjadi hieranlah tŭrchŭngang dimata kita.

43Sŭbab itu aku bŭrkata padamu, bahwa krajaan Allah itu akan diambil deripada kamu, dan dibrikan pada bangsa lain yang akan mŭmbri buah buah.

44Maka barang siapa yang jatoh diatas batu itu, maka iya akan hanchur luloh, tŭtapi pada orang yang ditimpah ulih batu ini, nŭschaya rŭmok rŭdamlah orang itu.

45Maka apabila didŭngar ulih imam yang bŭsar bŭsar, dan orang orang Farisia akan pŭrumpamaannya itu, maka dikŭtahuinyalah, bahwa yang dikatakannya itu derihal marika itulah.

46Tŭtapi apabila handak ditangkap ulih marika itu akan dia, takotlah marika itu akan kaum itu, kŭrna kaum itu mŭmbilang Isa sa’orang nabi.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 21 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel