Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 27 >> 

FATSAL XXVII.

1MAKA apabila datanglah pagi hari, lalu bŭrbicharalah imam bŭsar, dan orang orang tua tua deripada kaum itu deri hal Isa, supaya dibunohnya akan dia.

2Maka sŭtlah sudah diikatnya, maka dibawanyalah sŭrta disŭrahkannya dia kapada Raja Pontius Pilatus.

3¶ Apabila dilihat ulih Yudas yang mŭnyŭrahkan dia, bahwa sudah tŭntu hukum Isa itu, maka mŭnyŭsallah iya akan dirinya, lalu dikŭmbalikannyalah tiga puloh kŭping perak itu kapada imam imam yang bŭsar, dan orang tua tua itu.

4Katanya, Aku sudah bŭrdosa, sŭbab tŭlah mŭnyŭrahkan darah orang yang suchi deripada salah itu. Maka dijawab ulih marika itu, Apa kami pŭduli, itu pulanglah kapadamu.

5Sŭtlah sudah dichampakkan ulih Yudas kŭping perak itu dalam ka’abah, maka kluarlah iya pŭrgi mŭnggantong dirinya.

6Maka diambillah ulih imam imam bŭsar kŭping kŭping perak itu, sŭrta bŭrkata, Tiadalah patut dimasokkan wang ini kadalam pŭrbandaharan, kŭrna iya ini harga darah adanya.

7Maka sŭtlah sudah marika itu mufakat, maka diblikannyalah dŭngan wang itu suatu tanah tukang priok blanga, iya itu dijadikannya tŭmpat pŭkuboran sagala orang orang dagang.

8Maka sŭbab itulah dinamai orang akan tanah itu, tanah darah sampie hari ini.

9Maka tŭtkala itu tŭlah gŭnaplah barang yang dikatakan ulih nabi Jeremia, katanya, Marika itu tŭlah mŭngambil tiga puloh kŭping perak itu, iya itu harga orang yang tŭlah diniliekan ulih bŭni Israil.

10Maka wang itu dibuatnya pŭmbayar harga tanah tukang priok blanga itu, spŭrti yang disurohkan Tuhan padaku.

11¶ Maka Isa pun bŭrdirilah mŭngadap Raja; bŭrtanyalah Raja itu padanya, Angkaukah Raja orang Yahudi? Maka jawab Isa, Spŭrti angkau kata.

12Maka apabila iya sudah ditudoh ulih imam imam yang bŭsar, dan orang tua tua itu, maka suatu pun tiada disahutnya.

13Tŭtkala itu bŭrkatalah Pilatus padanya, Tiadakah angkau mŭnŭngar bŭbrapa pŭrkara marika itu bŭrsaksi mŭlawan dikau?

14Tŭtapi sa’patah pun tiada disahutnya akan dia, sampie hieranlah Raja itu sangat.

15¶ Adapun pada hari raya itu Raja handak mŭlŭpaskan sa’orang rayat yang tŭrbŭlunggu bagie kaum itu, yang mana dikahandaki ulih marika itu.

16Maka tŭtkala itu adalah sa’orang tŭrbŭlunggu yang tŭrmashor jahatnya, namanya Bŭraba.

17Shahadan sŭtlah bŭrhimpunlah marika itu skalian, maka bŭrkatalah Pilatus pada marika itu, Siapakah yang kamu kahandaki kulŭpaskan, Bŭrabakah, atau Isa yang tŭrsŭbut Almasihkah?

18Kŭrna Raja tŭlah mŭngtahui, bahwa marika itu mŭnyŭrahkan Isa itu dŭngan dŭngkinya.

19¶ Tŭtkala Raja dudok diatas tŭmpat bicharanya itu, maka disuroh ulih istrinya akan orang datang kapadanya, mŭngatakan, Janganlah angkau buat barang sasuatu akan orang yang bŭnar itu, kŭrna pada hari ini aku tŭlah bŭrmimpi dŭngan mŭrasai bŭbrapa susah deri sŭbabnya.

20Adapun imam imam yang bŭsar itu, sŭrta orang tua tua pun mŭmbujok akan sagala kaum, supaya iya skalian minta lŭpaskan Bŭraba, dan biarlah Isa dibinasakan.

21Maka kata Raja kapada marika itu, Dalam antara kadua orang ini, siapakah yang kamu kahandaki aku lŭpaskan? Maka bŭrkatalah marika itu, Bŭraba.

22Kata Pilatus pada marika itu, Kalau dŭmkian, apakah kŭlak kupŭrbuat akan Isa yang tŭrsŭbut Almasih itu? Maka bŭrkatalah skalian marika itu, Biarlah iya disalebkan.

23Maka jawab Raja, Apakah salah yang dipŭrbuatnya? Maka makinlah bŭrtriak marika itu, katanya, Biarlah iya disalebkan.

24Maka apabila dilihat ulih Pilatus, bahwa tiadalah bŭrguna lagi pŭrkataannya, mŭlainkan makinlah lebih jadi gŭmpar, maka diambilnyalah ayer, lalu dibasohnya kadua bŭlah tangannya dihadapan kaum itu, katanya, Aku tŭlah suchilah deri pada dosa mŭnumpahkan darah orang yang bŭnar ini, tanggonglah ulihmu.

25Maka mŭnyahutlah skalian orang itu, sŭrta bŭrkata, Biarlah darahnya itu tŭrtanggong ka’atas kami, dan atas anak anak chuchu kami.

26Maka tŭtkala itu dilŭpaskannya Bŭraba, tŭtapi Isa dipalunya dŭngan jari ampi, sŭrta disŭrahkannya supaya disalebkan.

27Tŭtkala itu maka diambillah ulih sagala lashkar Raja akan Isa, maka dibawanyalah bŭrsama sama kabalierong, maka bŭrkamponglah sagala pasukan lashkar itu kapadanya.

28Lalu ditanggalkannya pakieannya, maka dipakiekannya suatu baju yang ungu warnanya.

29Maka dianyamkannya pula suatu mahakota deripada duri, dipakiekannya ka’atas kapalanya, sŭrta dibrinya sa’batang buloh katangan kanannya, maka bŭrtŭlotlah marika itu dihadapannya, diolok olokkannya akan dia, katanya, Slamatlah hie Raja orang Yahudi.

30Maka diludahinya akan dia, sŭrta diambilnya tongkat itu dipukolkannya kakŭpalanya.

31Maka apabila sudahlah marika itu mŭngolok olokkan dia, maka ditanggalkannya baju itu, lalu dipakiekannya pakieannya sŭndiri, sambil dibawanyalah kluar handak disalebkannya akan dia.

32Maka apabila marika itu kluar, lalu didapatinya sa’orang orang Siereni yang bŭrnama Simon, maka iya pun dipaksainya mŭmikol kayu saleb itu.

33Maka sŭtlah sampie marika itu kapada tŭmpat yang bŭrnama Golgotha, iya itu artinya tŭmpat tŭngkorak.

34Maka dibrinyalah akan Isa minom chuka bŭrchampor dŭngan hŭmpŭdu, maka apabila dichobainya, maka tiada iya mahu minom itu.

35Maka disalebkannya akan dia, lalu dibahgi ulih marika itu pakieannya dŭngan mŭmbuang undi, supaya gŭnaplah barang yang dikatakan ulih Nabi, Bahwa marika itu tŭlah mŭmbahgi pakieanku diantara marika itu, maka diatas bajuku marika itu mŭmbuang undi.

36Maka dudoklah marika itu mŭnunggui akan dia disana.

37Lalu dibubohkannya pula ka’atas kapalanya surat tudohan dŭmkian bunyinya, IYA INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI.

38Maka ada pula bŭrsama sama dŭngan dia dua orang pŭnyamun disalebkan, sa’orang sŭblah kanannya, sa’orang sŭblah kirinya.

39Maka sagala orang yang lalu lalang pun mŭnchŭla akan dia sambil mŭngonchang kapala.

40Sŭrta bŭrkata, Hie angkau yang mŭmŭchahkan ka’abah, dan dapat mŭmbangunkan dia dalam tiga hari, lŭpaskanlah dirimu. Jikalau sungguh angkau anak Allah, turonlah deri atas saleb itu.

41Maka dŭmkian lagi imam imam yang bŭsar, dan khatib khatib, dan orang tua tua pun, dan orang Farisia mŭngolok olokkan dia, sŭrta bŭrkata,

42Iya tŭlah mŭlŭpaskan orang lain, tŭtapi dirinya tiada dapat dilŭpaskannya. Maka jikalau kiranya iya Raja orang Israil, biarlah iya turon deri atas saleb itu, bahrulah kita pŭrchaya akan dia.

43Iya tŭlah harap pada Allah, maka biarlah dilŭpaskan Allah akan dia skarang jikalau direlainya akan dia, kŭrna iya tŭlah bŭrkata, Bahwa akulah anak Allah.

44Maka pŭnyamun pŭnyamun yang disalebkan sŭrtanya itupun dŭmkian juga mŭnista akan dia.

45¶ Maka adalah kira kira deripada pukol dua blas tŭngah hari, maka datanglah gŭlap ka’atas sagala bŭnua itu sampielah kira kira pukol tiga pŭtang.

46Maka adalah sŭkira kira jam pukol tiga, lalu bŭrsrulah Isa dŭngan suara yang nyaring, katanya, Elie, Elie, lama sabahthani, iya itu artinya, Allahku, Allahku, mŭngapa angkau tŭlah mŭninggalkan aku?

47Adapun sŭparoh orang yang ada disitu, apabila didŭngarnya itu, lalu bŭrkatalah iya, Bahwa iya ini mŭmanggil Ilias.

48Maka skutika itu juga larilah sa’orang deripada marika itu, sŭrta mŭngambil satu lumot karang yang diisinya dŭngan chuka, lalu dibubohnya ka’atas sa’batang buloh, maka dibrikannya minom akan dia.

49Maka bŭrkata orang lain, Nanti juga supaya kita lihat kalau kalau Ilias datang mŭlŭpaskan dia.

50Maka bŭrtriaklah pula Isa dŭngan suara yang nyaring, lalu putuslah nyawanya.

51Maka hieran, sŭtlah itu tirie ka’abah itu pun bŭlahlah dua deri atas sampie kŭbawah, maka bumi pun gŭmpalah, dan batu batu pun habislah bŭlah bŭlah.

52Dan kubor kubor pun tŭrbukalah, maka bŭbrapa mayat orang orang saleh yang tŭlah mati pun hidoplah.

53Maka kluarlah skalian marika itu deri dalam kubornya, iya itu kumdian deripada Isa hidop pula, lalu masoklah marika itu kadalam Bethalmukadis, iya itu klihatan kapada orang banyak.

54Maka apabila Pŭnghulu sratus orang, dan orang orang yang sŭrtanya mŭnunggu Isa pun mŭlihat gŭmpah bumi, dan sagala pŭrkara yang tŭlah jadi itu, maka kŭtakotanlah iya sangat, katanya, Bahwa sŭbŭnarnyalah iya ini Anak Allah.

55Maka adapun pŭrampuan banyak disana yang mŭlihat deri jauh, yang tŭlah mŭngikot Isa deri Galilia, bŭrkhodmat padanya.

56Maka diantara marika itu adalah Mŭriam Magdalini, dan Mŭriam ibu Yakob dan Yuses, dan bonda anak laki laki Zabdi.

57¶ Bŭrmula sŭtlah pŭtang hari, maka datanglah sa’orang kaya deri nŭgri Aremathia, yang bŭrnama Yosof, adapun iya itu sa’orang murid Isa juga.

58Maka pŭrgilah iya kapada Pilatus mŭminta mayat Isa. Maka disuroh Pilatus brikan mayat itu padanya.

59Sŭtlah sudah diambil ulih Yosof akan mayat itu, maka dikafankannya dŭngan kain puteh halus yang pŭrsih.

60Maka ditanamkannya kadalam kubornya sŭndiri, iya itu yang bahru dipahatkannya dalam batu, maka digulingkannya pula sa’buah batu yang bŭsar kapintu kubor itu, lalu pulanglah iya.

61Maka adalah Mŭriam Magdalini, dan Mŭriam yang lain itu, dudok pada fiak hadapan kubor itu.

62¶ Maka pada kaesokkan harinya turutan hari bŭrsŭdia akan hari bŭsar, maka imam imam yang bŭsar, dan orang Farisia pun bŭrkumpollah mŭngadap Pilatus.

63Katanya, Ya Tuan, bahwa kami skalian tŭringat, adapun orang pŭnipu itu tŭlah bŭrkata tŭtkala iya lagi hidop, Maka kumdian deripada tiga hari aku akan hidop pula.

64Sŭbab itu handaklah angkau surohkan mŭnjaga kubornya sampie hari yang katiga, kalau kalau murid muridnya datang mŭnchuri akan dia pada malam, lalu bŭrkata pada kaum itu, iya sudah hidop deripada matinya; maka salah yang tŭrkumdian itu tŭrlebih pula jahatnya deripada yang pŭrtama.

65Maka bŭrkatalah Pilatus pada marika itu, Orang yang bŭrkawal itu ada kapadamu juga, pŭrgilah kamu kawali dia dŭngan sŭbulih bulihnya.

66Hata maka marika itu pun pŭrgilah mŭnŭgohkan kubor itu, maka dimutriekan batu tutop kubor itu, sŭrta disurohkannya lashkar bŭrkawal.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 27 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel