Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 1 >> 

FATSAL I.

1ADAPUN pŭrmulaan Injil Isa Almasih, Anak Allah;

2Maka spŭrti yang tŭrsurat ulih nabi nabi, Bahwa sasungguhnya aku mŭnyuroh surohanku dihadapanmu, yang akan mŭmbŭtolkan jalanmu dihadapanmu.

3Maka adalah suatu suara orang bŭrsru dipadang bŭlantara, Sŭdiakanlah ulihmu akan jalan Tuhan, bŭtolkanlah lorong lorongnya.

4Adapun Yahya itu mŭmbaptisakan orang dipadang bŭlantara, sŭrta mŭngajarkan baptisan akan taubat, supaya sagala dosa diampuni.

5Maka kluarlah sŭmua orang isi tanah Yahuda, dan isi Jerusalem datang kapadanya, maka skaliannya itu pun dibaptiskannyalah dalam sungie Jordan, sŭrta mŭngakulah marika itu akan dosa dosanya.

6Shahadan pakiean Yahya itu deripada bulu onta, dan ikat pinggangnya deripada kulit; dan iya tŭlah mŭmakan bilalang dan ayer madu dihutan;

7Sŭrta mŭngajar, katanya, Yang akan datang kumdian deri padaku kŭlak, iya itulah sa’orang yang tŭrlebih kwasa deri padaku, maka tiadalah layak bagieku tundok mŭmbuka tali trompanya.

8Maka sasungguhnya aku tŭlah mŭmbaptisakan kamu dŭngan ayer, akan tŭtapi iya kŭlak akan mŭmbaptisakan kamu dŭngan Roh Alkudus.

9Sŭbarmula maka pada masa itu datanglah Isa deri Nazareth tanah Galilia, iya itu dibaptisakan ulih Yahya dalam sungie Jordan.

10Maka sŭrta iya kluar deri dalam ayer itu, dilihatnya langit tŭrbuka, maka Roh itu spŭrti sa’ekor mŭrpati turon kapadanya.

11Maka datanglah suatu suara deri langit, katanya, Angkaulah Anakku yang kukasihi, kapadamulah juga aku suka chita.

12Maka sŭbŭntar itu juga dibawalah ulih Roh akan dia kadalam padang bŭlantara.

13Maka adalah iya dalam padang itu ampat puloh hari dichobai ulih Shietan, sŭrta adalah iya bŭrsama sama dŭngan binatang binatang yang buas, maka mŭliekat mŭliekat datang bŭrkhodmat kapadanya.

14¶ Adapun sŭtlah Yahya itu sudah dimasokkan kadalam pŭnjara, maka Isa pun masoklah kadalam Galilia, mŭngajar Injil krajaan Allah.

15Katanya, Waktu itu tŭlah gŭnaplah, dan krajaan Allah tŭlah hampirlah; bŭrtaubatlah kamu, sŭrta pŭrchayalah akan Injil.

16Maka tŭtkala iya bŭrjalan ditŭpi tasik Galilia, maka dilihatnya Simon dŭngan saudaranya Andria, mŭmbuang pukat dalam tasik, kŭrna marika itu nilayan adanya.

17Maka kata Isa pada marika itu, Marilah kamu ikot akan daku, aku akan mŭnjadikan dikau nilayan manusia.

18Maka dŭngan sŭgranya marika itu mŭninggalkan pukatnya, lalu mŭngikot dia.

19Maka apabila bŭrjalanlah iya jauh sŭdikit, dilihatnya pula Yakob anak Zabdi, dan Yahya saudaranya, yang dudok diprahu mŭmbubol pukat pukatnya.

20Maka dŭngan sŭgranya dipanggilnya akan marika itu, maka marika itu pun mŭninggalkanlah Zabdi, bapanya itu dalam pŭrahu, dŭngan orang upah upahan, lalu diikotnyalah blakangnya.

21Maka marika itu skalian pun masoklah kaKapŭrnaum, sŭrta datang hari sabtu, lalu masoklah Isa kadalam kŭnisa, sambil mŭngajar.

22Maka hieranlah marika itu skalian ulih pŭngajarannya, kŭrna iya mŭngajar marika itu spŭrti orang yang bŭrkwasa, bukannya spŭrti khatib khatib.

23Maka adalah dalam kŭnisa marika itu sa’orang yang tŭrkŭna jin yang nŭjis, maka bŭrtriaklah iya,

24Katanya, Biarkanlah kami, apakah bichara kami ini kapadamu? Hie Isa orang Nazareth; datangmu ini handak mŭmbinasakan kamikah? Aku tahu angkau ini siapa, sa’orang suchi deripada Allah

25Maka ditŭngking ulih Isa akan dia, katanya, Diamlah angkau; kluarlah angkau deri orang itu.

26Maka sŭtlah jin yang nŭjis itu sudah mŭngachau orang itu, mŭnjŭretlah iya dŭngan nyaring suaranya, lalu kluarlah iya deripada orang itu.

27Maka skalian marika itu pun tŭrchŭnganglah, sambil dia orang bŭrsual jawab sama sŭndirinya katanya, Apakah ini? Pŭngajaran bahru apakah ini? Kŭrna dŭngan kuat kwasa iya disurohkannya, sampiekan jin yang nŭjis itu skalian pun mŭnurot akan dia.

28Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga tŭrmashorlah warta Isa itu dalam sagala tŭmpat dijajahan kliling Galilia.

29¶ Maka sŭtlah sudah skalian marika itu kluar deri dalam kŭnisa itu, maka masoklah iya kadalam rumah Simon dan Andri, sŭrta dŭngan Yakob dan Yahya.

30Akan tŭtapi mŭntua pŭrampuan Simon itu ada tŭrbaring dŭngan sakit dŭmam, maka dŭngan sŭgranya marika itu pŭrgilah mŭmbri tahu kapada Isa akan hal pŭrampuan itu.

31Maka datanglah iya, lalu mŭmŭgang pŭrampuan itu dŭngan tangannya, lalu dibangunkannya, skutika itu juga dŭmam itu pun hilanglah, lalu pŭrampuan itu bŭrkhodmat padanya.

32Maka pada pŭtang hari, tŭlah matahari masok, dibawakanlah marika itu kapadanya orang orang yang saket, dan orang orang yang tŭrkŭna jin.

33Maka sagala orang isi nŭgri itu pun bŭrkamponglah dimuka pintu;

34Lalu disŭmbohkannyalah bŭbrapa banyak orang yang ada bŭrjŭnis jŭnis pŭnyakit, sŭrta dibuangkannya bŭbrapa jin, dan tiadalah dibrinya jin itu bŭrchakap lagi, kŭrna tŭlah dikŭtahui ulih jin itu akan dia.

35¶ Hata bangunlah Isa pada pagi pagi hari sŭbŭlom siang, lalu kluarlah iya, sambil bŭrjalanlah iya pŭrgi kapada suatu tŭmpat yang sunyi, maka disanalah iya minta doa.

36Maka Simon sŭrta sagala marika itu yang ada bŭrsama sama dŭngan dia itu pun mŭngikotlah deri blakangnya.

37Maka apabila marika itu bŭrtŭmulah dŭngan dia, lalu katanya padanya, Sŭmua orang mŭnchari Tuan.

38Lalu katanya pada marika itu, Marilah kita pŭrgi kanŭgri nŭgri dŭkat dŭkat ini, supaya disana pun bulih juga aku mŭngajar, ulih sŭbab itulah aku ini datang.

39Maka iya mŭngajarlah dalam kŭnisa kŭnisa marika itu pada sŭgŭnap tanah Galilia, sŭrta mŭmbuangkan jin jin.

40¶ Shahadan datanglah kapadanya sa’orang kusta mŭminta kapadanya, sambil bŭrtŭlot, katanya, Jikalau kiranya angkau kahandaki, bulihlah angkau mŭnyuchikan aku.

41Maka Isa pun bŭrbangkitlah kasih hatinya, dihulorkannya tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Baiklah, jadjlah angkau suchi.

42Maka sŭtlah sudah iya bŭrkata kata itu, sŭbŭntar itu juga orang kusta itu pun undorlah deripadanya dŭngan sudah disuchikan.

43Maka sŭtlah sudah dipŭsaninya akan dia baik baik, lalu disuroh pŭrgi.

44Katanya kapadanya, Ingat angkau, janganlah angkau katakan kapada sa’orang jua pun, mŭlainkan angkau pŭrgilah unjokkanlah dirimu kapada imam, sŭrta buatlah korban kŭrna kŭsuchianmu itu, iya itu tŭlah dipŭsan ulih Musa akan mŭnjadi suatu saksi pada marika itu.

45Maka kluarlah iya mŭmulai mŭmashorkan khabar itu, sŭrta dipŭchahkannya bŭrkliling, sampielah Isa itu tiada bulih masok dŭngan sŭnangnya dalam nŭgri itu; akan tŭtapi adalah diluar ditŭmpat tŭmpat sunyi, maka datanglah juga marika itu mŭndapatkan dia deripada sagala fiak fiak.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran