Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 5 >> 

FATSAL V.

1MAKA mŭnyŭbranglah marika itu kasŭbrang sana tasik itu, kadalam nŭgri orang orang Gadarin.

2Maka sŭtlah sudah Isa naik deri pŭrahu, sŭbŭntar itu juga bŭrtŭmulah iya dŭngan sa’orang yang kŭna jin yang nŭjis, kluar deripada kubor kubor.

3Iya tinggal diantara kubor kubor, maka sa’orang pun tiadalah dapat mŭngikat akan dia, atau dŭngan rantie pun tidak.

4Kŭrna adalah slalu iya itu dipasongkan, dan dirantiekan, maka rantie rantie itu dipatah patahkannya bŭrkŭping kŭping, dan pasong itu pun pŭchahlah bŭrkŭping kŭping, atau sa’orang pun tiada bulih mŭnjinakkan dia.

5Maka slalulah pada siang dan malam iya digunong gunong, dan dikubor kubor, bŭrtriak sŭrta dipotongnya dirinya dŭngan batu batu.

6Akan tŭtapi apabila dilihatnya Isa deri jauh, maka bŭrlarilah iya datang mŭnyŭmbah akan dia.

7Sambil iya bŭrtriak dŭngan nyaring suara katanya, Apakah bichara aku ini kapadamu, Isa Anak Allah yang maha tinggi, aku sumpahi akan dikau, dŭmi Allah, bahwa janganlah angkau seksakan aku.

8Maka kata Isa kapadanya, Kluarlah deripada orang itu, angkau jin yang nŭjis.

9Maka ditanyanya akan dia Apakah namamu? Maka jawabnya, katanya, Adapun namaku itu Lejion, kŭrna adalah kami banyak.

10Maka dipintanyalah kapada Isa banyak banyak, supaya jangan dibuangkannya akan dia kluar nŭgri.

11Maka adalah dŭkat dŭngan gunong itu banyaklah babi bŭrkawan kawan makan.

12Maka sagala hantu itu mŭminta kapadanya, katanya, Surohkanlah akan kami pŭrgi kapada babi babi itu, supaya bulih kami masok kadalamnya.

13Arkian maka dibrilah ulih Isa izin akan dia, maka hantu yang nŭjis itu pun kluarlah, lalu masok kapada babi babi itu, maka sagala kawan babi babi itu pun larilah turon dŭngan dŭrasnya kapada tŭmpat churam itu masok kadalam tasik, ada sŭkira kira dua ribu, lalu tŭngglamlah dalam ayer.

14Maka orang orang yang mŭmliharakan babi itu pun bŭrlarilah pŭrgi mŭmbri tahu itu kadalam nŭgri, dan kadarat darat, maka marika itu skalian pun kluar datang mŭlihat apakah yang tŭlah jadi itu.

15Maka datanglah marika itu mŭndapatkan Isa, sŭrta mŭlihat akan orang yang dirasok hantu itu, dan Lejion itu adalah dudok mŭmakie kain, sŭrta bŭringatan bŭtol; maka takotlah marika itu.

16Shahadan adapun orang orang yang tŭlah mŭlihat akan pŭrkara itu pun mŭmbrilah tahu kapada marika itu derihal orang yang dirasok hantu itu, dan deri hal babi babi itu pun.

17Maka marika itu pun mŭminta kapada Isa, supaya iya undor deripada jajahannya itu.

18Maka sŭtlah baliklah Isa kaprahu, maka orang yang dirasok hantu itu pun mŭminta kapadanya, supaya iya pun bulih bŭrsama sama dŭngan dia.

19Maka dalam itu pun tiadalah diluluskan ulih Isa akan dia, tŭtapi katanya padanya, Pulanglah angkau karumahmu kapada sahabat sahabatmu, dan katakanlah padanya, bagimana bŭsar pŭrkara yang tŭlah dipŭrbuat ulih Tuhan akan dikau, dan iya tŭlah mŭngasihani akan dikau.

20Maka pulanglah iya, lalu dimulainya mŭmashorkan dalam nŭgri Dikapulis, bagimana bŭsar pŭrkara yang tŭlah dipŭrbuat ulih Isa akan dia; maka sagala orang pun hieranlah.

21¶ Shahadan sŭtlah Isa itu tŭlah kŭmbali pula dŭngan pŭrahu itu kasŭbrang, maka banyaklah orang datang bŭrkrumun kapadanya, tŭtkala iya dŭkat kapada tasik itu.

22Maka sasungguhnya adalah sa’orang pŭnghulu kŭnisa, namanya Jairus; maka apabila dilihatnya akan Isa, lalu jatohlah iya dikakinya.

23Maka dipintanyalah banyak banyak kapadanya, katanya Adalah anakku pŭrampuan kŭchil tŭrbaring hampirlah mati; maka kupintalah kapadamu, marilah buboh tanganmu kaatasnya, supaya iya sŭmbohlah, maka iya kŭlak akan hidop.

24Maka pŭrgilah Isa dŭngan dia, sŭrta banyaklah orang mŭngikot dia, dan mŭnyŭsakkan dia.

25Maka adalah sa’orang pŭrampuan yang tumpah tumpah darahnya, dua blas tahun lamanya.

26Maka iya tŭlah mŭrasai bŭbrapa pŭrkara deripada bŭbrapa tabib, dan iya tŭlah mŭmblanjakan sŭmua barang barang yang ada kapadanya, tiadalah juga baik, mŭlainkan makin lebih bŭrtambah tambah sakitnya.

27Maka apabila didŭngar ulih pŭrampuan itu derihal Isa, datanglah iya dalam diasak orang deri blakang, lalu dijamahnya bajunya:

28Kŭrna katanya, Jikalau bulih kujamah pakieannya sahja, nŭschaya aku akan sŭmboh.

29Maka tiba tiba jalan darahnya itu pun kringlah, sŭrta dirasai ulih pŭrampuan itu tŭlah sŭmbohlah pŭnyakitnya itu.

30Maka dŭngan skutika itu juga dikŭtanilah ulih Isa dalam dirinya, bahwa khasiat tŭlah kluarlah deripadanya, maka bŭrpalinglah iya kablakang dalam sŭsak itu, sambil bŭrkata, Siapakah jamah pakieanku?

31Maka kata murid muridnya kapadanya, Angkau lihatlah orang orang banyak ini mŭngasak akan dikau, maka angkau katakan, siapakah mŭnjamah aku?

32Maka mŭmandanglah Isa bŭrkliling, dilihatnya pŭrampuan itu yang tŭlah bŭrbuat pŭrkara ini.

33Tŭtapi pŭrampuan itu pun kŭtakotanlah dŭngan gŭmŭntar, ulih sŭbab mŭngŭtahui barang yang tŭlah jadi dalamnya itu, maka datanglah iya sujud dihadapan Isa, sambil dikatakannya skalian itu dŭngan sŭbŭnarnya.

34Maka kata Isa kapada pŭrampuan itu, Anak, bahwa imanmu itu mŭnjadikan angkau sŭmboh, pŭrgilah angkau dŭngan slamatnya, maka pŭnyakitmu itu pun akan sŭmboh.

35Adapun sŭmŭntara iya lagi tŭngah bŭrkata kata, maka datanglah sa’orang kapada pŭnghulu kŭnisa itu, katanya, Bahwa anakmu pŭrampuan itu sudah mati, mŭngapakah angkau mŭmbuat susah kapada Guru?

36Maka sŭrta didŭngar ulih Isa akan pŭrkataan yang dikatakannya itu, maka katanya kapada pŭnghulu kŭnisa itu, Janganlah angkau takot, mŭlainkan pŭrchayalah.

37Maka tiadalah dibri ulih Isa sa’orang pun mŭngikot dia, mŭlainkan Petros, dan Yakob, dan Yahya saudara Yakob itu.

38Maka datanglah iya karumah pŭnghulu kŭnisa itu, dilihatnya gadoh; maka adalah marika itu mŭnangis dan mŭratap yang amat sangat.

39Maka apabila masoklah iya kadalam, lalu katanya kapada marika itu, Mŭngapakah kamu mŭmbuat pŭrgadohan ini, dan mŭnangis? si-Dayang ini bukannya mati, mŭlainkan tidor.

40Maka ditŭrtawakanlah ulih marika itu akan dia, sŭrta diolok olokkan. Akan tŭtapi apa bila disurohnya kluar skalian marika itu, maka dibawanya ibu bapa si-Dayang itu, sŭrta dŭngan orang yang bŭrsama sama dŭngan dia itu, lalu masok kadalam tŭmpat si-Dayang itu bŭrbaring.

41Maka dipŭgangnya akan tangan si-Dayang itu, sambil bŭrkata kapadanya, Talitha kumi; yang tŭrsalin artinya, Dayang, aku bŭrkata kapadamu, bangunlah.

42Maka dŭngan skutika itu juga si-Dayang itu pun bangunlah lalu bŭrjalan, kŭrna adalah umornya tŭlah dua blas tahun; maka skalian marika itu pun hieranlah dŭngan ajaib yang bŭsar.

43Maka dipintalah ulih Isa dŭngan skutika itu, janganlah sa’orang pun patut tahu, sŭrta dipŭsannya, brilah makan kapada si-Dayang itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran