Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 2 >> 

FATSAL II.

1MAKA sŭbab itulah tiada uzor kapadamu hie barang siapa pun baik yang mŭnyalahkan orang lain, kŭrna dalam pŭrkara yang angkau salahkan orang lain itu, maka angkau hukumkan dirimu dahulu, kŭrna angkau yang mŭnyalahkan orang itu, bahwa angkau pun ada bŭrbuat pŭrkara pŭrkara itu juga.

2Tŭtapi tŭlah sudah tŭrtŭntu kapada kita, bahwa hukum Allah itu sŭkŭdar akan mŭngalahkan orang yang bŭrbuat sagala pŭkŭrjaan yang dŭmkian itu adanya.

3Maka pada sangkamu, bahwa angkau tŭrlŭpaskah kŭlak deripada hukum Allah, hie orang yang mŭnyalahkan orang bŭrbuat pŭrkara itu? tŭtapi angkau sŭndiri pun bŭrbuat juga bŭgitu.

4Atau angkau mŭnghinakankah kŭmurahan Allah yang amat sangat itu, dan sabarnya, dan panjang hatinya, sŭrta tiada pula angkau mŭngtahui bahwa kŭmurahan Allah itu mŭmbawa dikau kapada taubut.

5Hanya angkau turotkan juga sŭkŭdar hatimu yang kŭras, dan yang tiada mahu taubat itu, dŭngan mŭnghimponkan morka Allah bagie dirimu sampie kapada masa morkanya itu dan hukumnya yang adil itu akan dinyatakan.

6Maka Allah akan mŭmbalas pada tiap tiap orang spŭrti sŭkŭdar pŭrbuatannya.

7Adapun slamat kŭkal bagie orang yang mŭnŭntot kŭmuliaan, dan hormat, dan pri yang tiada kŭbinasaan, sŭrta mŭmbuat baik dŭngan tŭtap sabarnya.

8Tŭtapi kapada orang yang mŭmbantahi, dan yang tiada mŭnurot kabŭnaran, mŭlainkan iya suka bŭrbuat jahat, maka marah dan morka Allah,

9Dan seksa, dan sŭngsaralah atas tiap tiap jiwa orang yang bŭrbuat jahat, iya itu tŭrdahulu kapada orang Yahudi, dan kapada orang sŭsat pula.

10Tŭtapi kŭmuliaanlah dan hormat, dan sŭjahtralah bagie tiap tiap orang yang bŭrbuat baik, tŭrdahulu kapada orang Yahudi, dan kapada orang sŭsat pula.

11Kŭrna Allah itu tiada mŭmandang muka manusia.

12Kŭrna bŭbrapa orang yang tŭlah mŭmbuat dosa dŭngan tiada bŭrtauret, maka marika itu akan dibinasakan pun dŭngan tiada bŭrtauret; dan bŭbrapa yang sudah bŭrbuat dosa dŭngan ada bŭrtauret, maka marika itulah akan dihukumkan ulih tauret.

13Kŭrna bukannya orang yang mŭuŭngar tauret itu dibŭnarkan dihadapan Allah, mŭlainkan orang yang mŭnuret tauret kŭlak akan dibŭnarkan.

14Kŭrna apabila orang sŭsat yang tiada bŭrtauret bŭrbuat dalam tabiatnya sŭndiri akan pŭrkara yang didalam tauret itu, maka marika itu kalau tiada bŭrtauret skalipun, mŭnjadikan spŭrti tauret bagie dirinya.

15Maka marika itu mŭnyatakan, bahwa pŭrbuatan tauret itu sudah tŭrsurat dalam hatinya, maka angan angan hatinya mŭnjadi pula saksi, dan sangka sangkanya pada masa itu juga mŭnudohkan, atau mŭnguzorkan akan dirinya.

16Pada hari tŭtkala dihukumkan Allah akan sagala rahsia manusia ulih Isa Almasih mŭnurot Injilku.

17Bahwa sŭsungguhnya angkaulah disŭbot orang Yahudi, dan angkau bŭrgantong kapada tauret, dan angkau mŭmŭgahkan dirimu kŭrna Allah itu.

18Maka angkau inilah mŭngtahui akan kahandaknya, dan angkau tahu pŭrbethaan diantara lainnya yang tŭrlebih mulia, sŭbab diajari ulih tauret.

19Dan tŭlah pŭrchayai, bahwa angkaulah sŭndiri sa’orang yang mŭmimpin orang yang buta, dan mŭnŭrangkan orang yang dalam gŭlap.

20Dan yang mŭngajar kapada orang bodoh, dan guru kapada kanak kanak, sŭrta bŭrulih tuladan dan pŭngŭtahuan, dan kabŭnaran dalam tauret itu.

21Maka sŭbab itulah hie orang yang mŭngajar pada orang lain, adakah angkau mŭngajar dirimu sŭndiri? Hie orang yang mŭngatakan, janganlah orang mŭnchuri, maka tiadakah angkau mŭnchuri?

22Hie orang yang bŭrkata kata, bahwa janganlah orang bŭrzinah, maka tiadakah angkau bŭrzinah? Hie orang yang mŭmbŭnchi bŭrhala, tiadakah angkau mŭnchuri barang yang suchi itu?

23Hie orang yang mŭmŭgahkan dirimu ada bŭrtauret, maka tiadakah angkau mŭnghinakan Allah dŭngan mŭlalui akan tauret?

24Maka nama Allah dihujatkan diantara orang sŭsat, ulih sŭbab kamu juga, spŭrti yang tŭlah tŭrsurat:

25Kŭrna sŭsungguhnya sunat itu mŭndatangkan kŭbajikan jikalau angkau mŭmliharakan tauret, tŭtapi jikalau angkau mŭlalui akan tauret itu, bahwa sunatmu itu mŭnjadi spŭrti tiada bŭrsunat.

26Maka jikalau orang yang tiada disunatkan itu mŭmliharakan tauret, maka bukankah iya itu dibilangkan spŭrti orang yang bŭrsunat juga adanya?

27Maka adapun hal orang yang tiada disunatkan itu jiaklau iya mŭnggŭnapi akan tauret, maka bukankah iya akan mŭnyalahkan dikau yang mŭlalui akan tauret, ulih sŭbab ada bŭrtauret dan bŭrsunat?

28Kŭrna orang itu bukannya orang Yahudi yang pada lahirnya sahja, dan bukannya pun sunat itu yang lahir pada daging sahja.

29Mŭlainkan iya itu sa’orang orang Yahudi yang deri pada batin, dan sunat yang deri pada hati, dan yang deripada Roh; maka bukannya deripada sunat sahja, dan pujiannya itu bukannya deripada manusia, mŭlainkan deripada Allah.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Roma 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel