Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 10 >> 

FATSAL X.

1MAKA dŭngan sungguh sungguh aku bŭrkata padamu, bahwa orang yang tiada masok deri pintu kŭdalam kandang domba, mŭlainkan iya mŭmanjat masok deri tŭmpat yang lain, maka adalah iya itu pŭnchuri dan pŭnyamun.

2Tŭtapi adapun orang yang masok deri pintu, maka iya itulah gombala domba.

3Maka akan dibukakan ulih pŭnunggu pintu akan dia, maka domba itu pun akan mŭnŭngar swaranya, maka dipanggilnya akan domba itu masing masing dŭngan namanya, lalu dibawanya kluar.

4Maka apabila iya mŭngŭluarkan dombanya, maka iya bŭrjalan dahulu dihadapannya, maka dombanya itu mŭngikot dia, sŭbab iya mŭngŭnal swaranya.

5Maka tiada iya mŭngikot orang asing, mŭlainkan larilah iya deripadanya, sŭbab tiada dikŭnalnya akan swara orang orang asing.

6Adapun dikatakan ulih Isa pŭrumpamaan ini kapada orang orang itu, tŭtapi tiada marika itu mŭngarti pŭrkara yang dikatakan padanya.

7Sŭtlah itu maka bŭrkatalah Isa pula pada marika itu, Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, akulah pintu pada domba itu.

8Adapun sagala orang yang datang dahulu deripadaku itu, iya itu pŭnchuri dan pŭnyamun, akan tŭtapi tiada diturot ulih domba domba itu akan tutor marika itu.

9Maka aku inilah pintu, jikalau barang sa’orang masok deripadaku, maka iya itu akan bŭrulih slamat, dan iya akan masok dan kluar, dan mŭndapat makanan.

10Maka tiada pŭnchuri itu datang, mŭlainkan iya handak mŭnchuri, dan mŭmbunoh, dan mŭmbinasakan; tŭtapi aku tŭlah datang, supaya marika itu bulih hidop, maka supaya iya mŭndapat itu dŭngan kŭlempahannya.

11Bahwa akulah gombala yang baik itu; adapun gombala yang baik itu mŭmbri jiwanya ganti domba itu.

12Tŭtapi orang upahan sahja yang bukan gombala bŭtul, dan bukannya pula iya ampunya domba, maka apabila iya mŭlihat sŭrigala datang, lalu ditinggalkannyalah domba itu sŭrta iya lari, maka ditangkaplah ulih sŭrigala, dan dichŭrie bŭriekannyalah domba itu.

13Adapun orang upahan itu larilah iya, sŭbab iya upahan sahja, tiadalah iya pŭduli akan domba itu.

14Akulah gombala yang baik, maka aku kŭnal akan domba dombaku, dan aku pun dikŭnal pula ulih domba dombaku.

15Maka spŭrti Ayah mŭngŭnal akan daku, dŭmkian juga aku mŭngŭnal akan Ayah, dan aku sŭrahkan jiwaku ganti sagala domba itu.

16Maka adalah pula lagi domba yang lain padaku yang bukan deripada kandang ini, maka ta’dapat tiada aku bawa juga akan dia bŭrsama sama; maka iya kŭlak akan mŭnurot tutorku, maka akan jadi kŭlak suatu kawan, dan suatu gombala juga adanya.

17Maka sŭbab itulah Ayah mŭngasihi akan daku, kŭrna aku sŭrahkan jiwaku, supaya aku mŭngambil pula akan dia.

18Maka sa’orang pun tiada mŭngambil itu deripadaku, maka aku sŭrahkan dia dŭngan kahandak hatiku sŭndiri, akulah bŭrkwasa sŭrahkan dia, dan aku pun bŭrkwasa mŭngambil dia pula; maka inilah hukum yang tŭlah aku trima deripada Ayahku.

19Sŭbab itu maka jadilah pula pŭrsŭlisihan diantara orang Yahudi ulih pŭrkataan itu.

20Maka bŭrkatalah banyak orang deripada marika itu, Bahwa orang ini dirasok jin, dan gila adanya, mŭngapa angkau mŭnŭngar tutornya?

21Maka kata sŭtŭngah orang lain pula, Bahwa sŭmua ini bukannya pŭrkataan orang yang tŭrkŭna jin; maka bulihkah jin itu mŭnchŭlekkan mata orang buta itu?

22¶ Bŭrmula maka datanglah kapada masa hari raya mŭnyuchikan ka’abah diJerusalem, iya itu pada musim dingin.

23Maka bŭrjalanlah Isa disrambi Sulieman dalam ka’abah.

24Maka adalah orang orang Yahudi mŭnglilingi dia, sambil bŭrkata kapadanya, Brapa lamakah angkau handak gondah hati kami? Maka jikalau angkau ini Almasih, katakanlah pada kami dŭngan kŭtrangannya.

25Maka sahut Isa kapada marika itu, Sudahlah aku katakan itu pada kamu, maka tiada juga kamu pŭrchaya; adapun sagala pŭrbuatan yang tŭlah kupŭrbuat dŭngan nama Ayahku, itulah juga mŭnjadi saksi deri halku.

26Tŭtapi kamu tiada pŭrchaya, sŭbab kamu ini bukannya deripada dombaku spŭrti yang kukatakan padamu.

27Adapun sagala domba itu mŭnurot tutorku, dan aku mŭngŭnal akan dia, dan iya mŭngikot akan daku.

28Dan aku mŭmbri kapadanya slamat yang kŭkal, dan skali kali tiada iya binasa slama lamanya, atau sa’orang pun tiada dapat mŭrampas deripada tanganku.

29Maka Ayahku yang tŭlah mŭmbri sagala domba itu padaku, iyalah lebih kuat deripada skalian, dan sa’orang pun tiada dapat mŭrampas dia deripada tangan Ayahku.

30Maka aku dan Ayah itu suatu juga.

31Maka orang Yahudi pun mŭngambil batu pula handak dirŭjamnya akan Isa.

32Maka sahut Isa kapadanya, Adalah bŭbrapa pŭkŭrjaan yang baik tŭlah kuadakan bagie kamu, iya itu deripada Ayahku; maka sŭbab pŭkŭrjaan yang manakah itu angkau handak rŭjamkan aku?

33Maka sahut orang Yahudi katanya, Adapun sŭbab pŭrbuatanmu yang baik itu tiadalah kami rŭjam akan dikau, tŭtapi sŭbab hujat, dan sŭbab angkau ini manusia juga, maka angkau jadikan dirimu Allah.

34Maka disahut Isa akan dia, Bahwa bukankah ada tŭrsŭbut dalam kitab Allah, katnya, Aku tŭlah bŭrsabda kamulah ganti Allah?

35Maka jikalau orang orang yang mŭnŭrima fŭrman Allah itu disŭbutkan marika itu ganti Allah, maka kitab itu tiada bulih disalahkan.

36Maka patutkah kamu bŭrkata kapada orang yang disuchikan Allah, dan disurohkannya datang kŭdalam dunia, bahwa angkau hujatkan, sŭbab aku tŭlah bŭrkata, aku Anak Allah?

37Maka jikalau aku tiada bŭrbuat pŭrbuatan Ayahku, janganlah kamu pŭrchaya akan daku.

38Tŭtapi jikalau aku bŭrbuat itu, maka jikalau angkau tiada pŭrchaya akan daku skali pun, tŭtapi pŭrchayalah akan pŭkŭrjaan itu, supaya kamu dapat tahu, dan pŭrchaya, bahwa Ayah ada dalam aku, dan aku ada dalam Ayah.

39Maka sŭbab itu marika itu pun mŭnchari jalanlah pula handak mŭnangkap dia, maka kluarlah iya lalu tŭrlŭpas deri pada tangannya.

40Maka Isa pun kŭmbalilah pŭrgi kasŭbrang Jorden kapada tŭmpat Yahya mŭmbaptisakan orang pada mula mula, sŭrta tinggallah iya disitu.

41Maka datanglah banyak orang kapadanya, sŭrta bŭrkata, Bahwa Yahya tiada bŭrbuat barang mujizat, maka sagala pŭrkara yang tŭlah dikatakan ulih Yahya derihal orang ini, bŭnarlah adanya.

42Arkian maka adalah banyak orang yang pŭrchaya akan dia disitu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran