Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 2 >> 

FATSAL II.

1SŬBARMULA maka sŭtlah tiga hari, maka adalah orang kahwen dinŭgri Kana, tanah Galilia itu, maka bonda Isa pun adalah disitu.

2Maka Isa dŭngan murid muridnya pun dijŭmput oranglah pada pŭrjamuan kahwen itu.

3Adapun apabila kuranglah ayer anggor, maka bŭrkatalah bondanya itu kapada Isa, Dia orang tiada lagi ayer anggor.

4Maka jawab Isa, Hie pŭrampuan, apakah angkau pŭduli sama aku, kŭrna waktuku itu bŭlom sampie.

5Maka bŭrkatalah bondanya itu kapada hamba hamba itu, Barang apa yang disurohkan Isa padamu, pŭrbuatlah.

6Sŭbarmula maka adalah disana tŭrlŭtak anam buah tŭmpayau batu, sŭbab adat orang Yahudi buat buat tŭmpat mŭmbasoh, maka adalah muatan pada satu tŭmpayan itu dua atau tiga buyong ayer adanya.

7Maka kata Isa kapada orang orang itu, Isilah sagala tŭmpayan ini dŭngan ayer. Maka diisi oranglah sampie pŭnoh kŭmulotnya.

8Maka kata Isa kapada marika itu, Skarang chedoklah bawa pŭrgi kapada kŭpala pŭrjamuan itu. Maka dibawa oranglah pŭrgi.

9Shahadan apabila kŭpala pŭrjamuan itu mŭnchoba ayer yang dijadikan anggor itu, tŭtapi tiadalah dikŭtahuinya deri mana datangnya, mŭlainkan orang yang mŭnchedok itu tahu, maka dipanggillah ulih kŭpala pŭrjamuan itu akan mŭmplie laki laki.

10Sŭrta katanya, Bahwa adat sagala orang mŭngluarkan ayer anggor yang baik pada mulanya, maka apabila puas diminum orang, maka kumdian bahrulah dikluarkannya pula yang kurang baik itu; angkau tŭlah mŭuyimpan ayer anggor yang baik ini sampie skarang.

11Arkian maka inilah mujizat yang bŭrmula mula dipŭrbuat ulih Isa dinŭgri Ka’ana, tanah Galilia, sŭrta mŭnyatakan kamuliannya; maka pŭrchayalah murid muridnya akan dia.

12¶ Sŭbarmula maka kumdian deripada itu, pŭrgilah Isa sŭrta bondahnya dan saudara saudaranya dan murid muridnya kaKaparnaum, tŭtapi tiada brapa hari lamanya marika itu diam disitu.

13¶ Maka hampirlah datang hari Raya Langkah orang Yahudi maka pŭrgilah Isa kaJŭrusalem.

14Maka didapatinya dalam ka’abah, orang mŭnjual lŭmbu dan domba dan mŭrpati dan orang mŭnukar wang pun adalah dudok disitu.

15Maka dipŭrbuatlah ulih Isa suatu chamti jari ampi maka dihalaukannyalah akan sagala orang itu deri dalam ka’abah, sŭrta sagala domba dan lŭmbu itu maka dibuangkannya duit duit orang yang mŭnukar wang dan dibalekkannya meja mejanya itu adanya.

16Maka bŭrkata Isa kapada sagala orang yang mŭnjual mŭrpati itu, Angkatlah sagala barang barang ini bawa pŭrgi, janganlah angkau jadikan rumah ayahku ini suatu rumah bŭrniaga.

17Maka tŭringatlah murid muridnya, bahwa tŭlah tŭrsurat dalam kitab, Adapun rajin akan ka’abahmu tŭlah mŭnghanguskan hatiku.

18¶ Sŭtlah itu maka jawab orang orang Yahudi itu kapada Isa, katanya, Apakah tanda yang angkau unjokkan pada kami derihal angkau mŭmbuat sagala pŭrkara ini.

19Maka jawab Isa kapada marika itu katanya, Robohkanlah ka’abah ini; maka dalam tiga hari aku akan mŭmbangunkan dia pula.

20Maka sahot orang Yahudi katanya, Bahwa ampat puloh anam tahun ka’abah ini didirikun, dapatkah ahgkau mŭmbangunkan dia dalam tiga hari juga?

21Adapun ka’abah yang dikatakan ulih Isa, iya itu tubohnya.

22Maka sŭbab itu tŭtkala Isa sudah hidop pula deri matinya, maka bahrulah tŭringat murid muridnya, bahwa Isa tŭlah mŭngatakan akan pŭrkataan ini tŭrdahulu; maka pŭrchayalah marika itu akan kitab itu, sŭrta pŭrkataan yang tŭlah dikatakan ulih Isa itu.

23¶ Adapun tŭtkala Isa diJerusalem pada hari raya langkah, maka banyaklah orang yang pŭrchaya akan dia, apa bila dilihatnya mujizat mujizat yang dipŭrbuatnya itu.

24Tŭtapi tiada juga Isa harap kapada marika itu, sŭbab tŭlah dikŭnalnya sagala manusia.

25Maka ta’usahlah kapadanya barang sa’orang pun mŭmbri saksi akan manusia, kŭrna iya mŭngtahui barang apa yang ada dalam hati manusia itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran