Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 13 >> 

Peringatan terakhir

1Kunjunganku kepadamu nanti adalah bagi kali yang ketiga. ‘Melalui dua atau tiga orang saksi, setiap perkataan akan diteguhkan.’

2Dahulu, sewaktu aku tinggal bersamamu dalam kunjunganku yang kedua, aku telah memperingatkan mereka yang berbuat dosa itu serta orang lain. Sekarang, dari jauh aku menulis memperingatkan mereka, bahawa apabila aku datang nanti aku tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada mereka.

3Kamu menuntut bukti bahawa al-Masih bersuara melaluiku. Al-Masih tidaklah lemah menghadapimu; Dia bertindak dengan penuh kuasa dalam dirimu.

4Al-Masih disalib kerana kelemahan, tetapi Dia hidup kerana kuasa Allah. Kami juga lemah dalam Dia, namun dengan kuasa Allah akan hidup bersama Dia untuk melayanimu.

5Ujilah keteguhan imanmu; periksalah dirimu sendiri. Tidakkah kamu tahu al-Masih ada di dalam dirimu? Kecuali kamu gagal.

6Kami yakin kamu tahu bahawa kami bukanlah orang yang tidak tahan diuji.

7Sekarang aku berdoa kepada Allah semoga kamu tidak melakukan kejahatan bukan kerana kami ingin kelihatan diperkenan sebagai rasul, tetapi supaya kamu melakukan perbuatan yang mulia, meskipun kiranya kami kelihatan seolah-olah tidak layak menjadi rasul.

8Kami tidak mungkin melakukan sesuatu menentang apa yang benar. Setiap yang kami lakukan adalah untuk menegakkan yang benar.

9Kami senang hati apabila kami lemah sedangkan kamu kuat. Kami juga mendoakan semoga kamu disempurnakan.

10Oleh sebab itulah aku menulis segala ini sebelum aku berada di hadapanmu. Dengan demikian, apabila aku berhadapan denganmu kelak, tidaklah perlu aku berkeras terhadapmu melalui kekuasaan yang telah diberi Tuhan kepadaku untuk mengajarmu, bukan merosakkanmu.

11Akhir kata, saudara-saudara seimanku, kuucapkan salam perpisahan dulu. Berusahalah menjadi sempurna. Senangkan hati, bulatkan muafakat, hidup rukun damai; maka Allah Pengurnia kasih dan kesejahteraan akan bersamamu.

12Bersalamlah dengan mesra sebagai saudara-saudara seiman.

13Semua orang salih di sini berkirim salam kepadamu.

14Semoga kasih kurnia Junjungan Isa al-Masih, kasih Allah dan keakraban Roh Suci menyertai kamu semua. Amin.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Korintus 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel