Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Efesus 6 >> 

Anak dan ibu bapa

1Anak-anak, turutlah perintah ibu bapamu dalam Tuhan, kerana ini adalah wajar.

2‘Hormatilah ibu bapamu’

3‘supaya kamu mendapat kebaikan dan umurmu panjang di bumi ini.’

4Kamu, bapa, janganlah sakitkan hati anak-anak; tetapi peliharalah mereka dalam didikan dan nasihat Tuhan.

Hamba dan tuan

5Hamba sahaya, taatlah kepada tuanmu di dunia ini, dengan takut dan hormat, dengan hati yang ikhlas, seperti kepada al-Masih.

6Janganlah lakukan secara bermuka-muka, sekadar menyukakan hati orang, tetapi sebagai hamba al-Masih, melakukan kehendak Allah setulus hati.

7Bekerjalah dengan niat bersih, seperti untuk Tuhan, bukan untuk manusia.

8Ketahuilah bahawa apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh seseorang akan dibalas sewajarnya oleh Tuhan, baik hamba mahupun orang merdeka.

9Kamu, tuan kepada hamba, hendaklah juga berbuat baik kepada mereka, dan jangan lagi mengugut mereka, kerana kamu tahu bahawa Tuan mereka dan Tuanmu sendiri ada di syurga, dan Dia memandang semuanya sama rata.

Senjata Allah

10Akhir kata, saudara-saudaraku, hendaklah kamu kuat dalam Tuhan dan dalam kekuatan kuasa-Nya.

11Pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan terhadap tipu daya iblis.

12Ini kerana kita berlawan bukan dengan manusia tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di langit.

13Oleh itu pakailah selengkap senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan pada masa yang penuh kejahatan, dan berdiri tegap setelah kamu melakukan segalanya.

14Dengan demikian, berdirilah dengan tegap setelah mengikat pinggangmu dengan kebenaran, memakai keadilan sebagai perisai dada,

15menyarungkan ke kakimu persediaan menyebarkan Injil perdamaian.

16Paling utama, memakai perisai iman, untuk memadamkan segala anak panah berapi si durjana,

17dan ketopong penyelamatan serta pedang Roh, iaitu firman Allah.

18Sambil itu, pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh, serta berjaga-jaga dengan segala ketekunan dan permohonan untuk semua orang yang salih.

19Berdoalah juga untukku, supaya aku dikurniai daya pengucapan dan aku membuka mulut dengan berani untuk memberitahu rahsia Injil,

20sedangkan aku adalah utusan yang terpenjara, supaya dengannya aku dapat bertutur dengan berani, sebagaimana sepatutnya aku bertutur.

Salam penutup

21Tetapi supaya kamu tahu hal ehwalku dan bagaimana keadaanku, maka Tikhikus, seorang saudara yang dikasihi dan hamba yang beriman kepada Tuhan, akan memberitahu segalanya kepadamu.

22Aku menghantarnya kepadamu untuk tujuan ini, supaya kamu mengetahui hal ehwal kami dan dia dapat menetapkan hatimu.

23Salam sejahtera kepada saudara-saudara kita, dan kasih dengan iman daripada Allah Bapa dan Junjungan Isa al-Masih.

24Kasih kurnia Allah bagi semua yang mengasihi Junjungan kita Isa al-Masih dengan kasih yang kekal.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Efesus 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2017
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran