Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Filipi 1 >> 

1Daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Isa al-Masih, Kepada semua orang salih dalam Isa al-Masih di Filipi, serta para pengurus dan penolong jemaah:

2Kasih kurnia dan sejahtera kepadamu daripada Bapa kita Allah dan daripada Junjungan Isa al-Masih.

Ucapan syukur dan doa

3Aku bersyukur kepada Tuhan setiap kali aku teringat akan kamu

4dan aku sentiasa mendoakanmu dengan sukacita dalam setiap permohonanku,

5kerana persahabatanmu dalam Injil dari mulanya hingga sekarang.

6Aku yakin bahawa Allah yang telah memulakan suatu pekerjaan yang baik dalam dirimu akan menyudahkannya hingga hari Isa al-Masih.

7Wajarlah aku memikirkan demikian tentang kamu semua kerana kamu sentiasa dalam hatiku. Kamu telah mendapat kasih kurnia Allah bersamaku, baik dalam hal aku dipenjarakan ini mahupun dalam mempertahankan dan meneguhkan Injil.

8Allah menjadi saksiku bahawa aku amat merindui kamu dengan kasih Isa al-Masih.

9Inilah doaku: Semoga kasihmu bertambah-tambah dengan pengetahuan dan pengertian,

10supaya kamu dapat mengetahui perkara-perkara yang baik, sentiasa tulus ikhlas dan tidak bersalah hingga hari al-Masih,

11serta dipenuhi dengan segala yang dibuahi oleh kebenaran yang datang melalui Isa al-Masih, untuk memuji dan memuliakan Allah.

Kesaksian Paulus dalam penjara

12Aku ingin memberitahumu, saudara-saudaraku, bahawa segala yang telah berlaku kepadaku sebenarnya semakin memajukan penyebaran Injil.

13Dengan demikian, nyatalah di kalangan seluruh pengawal istana dan orang ramai bahawa aku dipenjarakan kerana al-Masih.

14Juga, kebanyakan saudara kita dalam Tuhan menjadi yakin kerana aku dipenjarakan, mereka semakin berani menyebarkan firman Allah tanpa ketakutan.

15Ada orang yang mengajarkan firman Allah kerana hasad dengki dan persaingan, manakala ada juga dengan niat baik.

16Mereka ini melakukannya dengan kasih, kerana tahu bahawa aku telah ditugaskan untuk mempertahankan Injil.

17Sebaliknya, golongan yang pertama itu mengajar tentang al-Masih untuk kepentingan diri sendiri, bukan dengan ikhlas, kerana mereka menyangka dengan berbuat demikian mereka dapat menyusahkan lagi aku yang terpenjara.

18Oleh itu, bagaimana pula? Hal itu, bagiku tidak penting. Walau dengan apa cara sekalipun, baik berpura-pura mahupun ikhlas, al-Masih sedang diberitakan. Dan kerana ini aku bersukacita dan akan terus bersukacita.

19Kerana aku tahu bahawa ini akan membawa kepada penyelamatanku melalui doamu dan pertolongan Roh Isa al-Masih.

20Adalah jangkaan dan harapanku yang bersungguh-sungguh bahawa dalam apa hal pun aku tidak dipermalukan, melainkan dengan segala keberanianku seperti biasa, maka sekarang juga al-Masih akan ditinggikan dalam diriku, baik melalui hidup mahupun mati.

21Kerana bagiku, hidup adalah al-Masih, dan mati adalah keuntungan.

22Tetapi jika aku terus hidup dari segi jasmani, ini akan bermakna usahaku membuahkan hasil. Namun yang mana akan kupilih? Aku tidak tahu!

23Aku sukar memilih antara dua: Aku ingin pergi dan bersama dengan al-Masih, itu jauh lebih baik,

24tetapi kerana kamu, aku merasa perlu terus hidup dari segi jasmani.

25Dengan keyakinan ini, aku tahu bahawa aku akan terus bersama kamu semua untuk kemajuan dan kebahagiaanmu dalam iman,

26supaya rasa sukacitamu dalam Isa al-Masih akan melimpah-limpah kerana aku, apabila aku menemuimu sekali lagi.

27Cuma pastikanlah kelakuanmu selaras dengan Injil al-Masih. Dengan demikian, sama ada aku datang menemuimu ataupun tidak, aku akan dapat mendengar tentangmu, bahawa kamu berdiri teguh dalam satu roh, berjuang bersama dengan satu hati untuk iman berdasarkan Injil,

28dan sama sekali tidak takut akan musuh-musuhmu. Bagi mereka, ini adalah tanda kebinasaan tetapi bagimu adalah tanda penyelamatan daripada Allah.

29Kerana kepadamu telah dikurniakan bagi pihak al-Masih, bukan sahaja untuk beriman kepada-Nya tetapi juga untuk menderita kerana-Nya.

30Dan kerana kamu juga menghadapi pertarungan yang kualami dahulu, perjuangan yang masih ada padaku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Filipi 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran