Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Filipi 3 >> 

Segalanya untuk al-Masih

1Akhir kata, saudara-saudaraku, bersukacitalah dalam Tuhan! Bagiku menuliskan perkara yang sama kepadamu tidaklah menjemukan, dan ini memastikan keselamatanmu.

2Awas orang yang bersikap seperti anjing, awas orang yang berbuat jahat, awas tukang sunat yang palsu.

3Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Isa al-Masih, dan tidak mengharapkan hal lahiriah

4walaupun aku sendiri ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah. Jika sesiapa menyangka dia ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah, aku lebih lagi.

5Aku disunatkan ketika berumur lapan hari, berbangsa Israel, daripada suku Benyamin, seorang Ibrani keturunan orang Ibrani; dalam hal Taurat aku orang Farisi;

6dari segi kesungguhan, aku telah menganiaya jemaah; tentang kebenaran dalam mentaati Taurat, aku tiada cacat cela.

7Tetapi segala yang dahulu merupakan untung bagiku, sekarang kukira rugi kerana al-Masih.

8Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Isa al-Masih, Junjungan kita Yang Esa. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu al-Masih,

9dan didapati di dalam-Nya, bukan dengan kebenaran sendiri yang datang dari Taurat, melainkan yang datang melalui iman kepada al-Masih, kebenaran daripada Allah melalui iman.

10Aku hendak mengenal-Nya dan kuasa kebangkitan-Nya, dan turut merasai penderitaan-Nya, serta menjadi seperti Dia dalam kematian-Nya,

11supaya pada akhirnya aku dapat mencapai kebangkitan daripada kematian.

Terus berusaha ke arah matlamat

12Bukanlah aku telah mencapainya, atau telah disempurnakan, tetapi aku terus berusaha, semoga aku dapat mengambil sesuatu yang kerananya aku telah diambil oleh Isa al-Masih.

13Saudara-saudara, aku tidak menganggap diriku telah dapat mengambilnya, tetapi satu perkara kulakukan: Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan,

14aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Isa al-Masih.

15Oleh itu semua yang matang antara kita hendaklah berfikiran sedemikian, dan jika berbeza fikiranmu dalam apapun, Allah akan menyatakan hal itu juga kepadamu.

16Tetapi setakat yang telah kita capai, marilah kita menempuhnya demikian juga.

17Saudara-saudara, bersatulah menurut teladanku, dan perhatikan mereka yang hidup selaras dengan teladan yang kami berikan.

18Kerana, seperti yang sudah sering kukatakan kepadamu, dan sekarang kukatakan lagi dengan tangisku, ramai orang hidup sebagai seteru kepada salib al-Masih.

19Kesudahan mereka adalah kebinasaan, tuhan mereka adalah perut mereka, kemuliaan mereka adalah dalam keaiban mereka. Mereka menumpukan perhatian kepada perkara dunia.

20Tetapi kewargaan kita adalah di syurga, dari situ kita menanti-nantikan Penyelamat, Junjungan Isa al-Masih.

21Dia akan mengubah tubuh kita yang hina ini supaya serupa dengan tubuh-Nya yang mulia, melalui kuasa-Nya yang dapat menaklukkan segalanya kepada diri-Nya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Filipi 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel