Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Filipi 4 >> 

1Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi dan dirindui, yang menjadi kebahagiaanku dan mahkotaku, berdirilah dengan teguh dalam Tuhan, wahai sekalian yang kusayangi!

Nasihat-nasihat terakhir

2Aku merayu kepada Euodia dan Sintikhe supaya bersatu hati dalam Tuhan.

3Dan aku meminta kepadamu juga, teman sejati, bantulah perempuan-perempuan ini yang telah berusaha bersamaku untuk Injil, juga dengan Klemen serta teman sekerjaku yang lain, yang nama-nama mereka ada dalam Kitab Hidup.

4Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa. Kukatakan lagi: Bersukacitalah!

5Biar sikapmu yang lemah lembut diketahui oleh semua orang. Tuhan ada berhampiran.

6Jangan bimbangkan apapun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah.

7Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Isa al-Masih.

8Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi

9Segala yang kamu pelajari, terima, dengar dan lihat dalam diriku

Bersyukur kerana pemberian jemaah

10Tetapi aku amat bersukacita dalam Tuhan kerana akhirnya sekarang prihatinmu terhadapku telah semarak semula. Sebenarnya dahulu pun kamu sudah mengambil berat terhadapku, tetapi tidak ada kesempatan bagimu.

11Aku tidak bercakap disebabkan kekurangan, kerana dalam keadaan apapun aku telah belajar merasa cukup.

12Aku tahu bagaimana hidup miskin hina dan bagaimana hidup mewah mulia. Di mana-mana dan dalam apa sahaja, aku telah belajar merasa cukup, baik kenyang atau lapar, senang atau susah.

13Aku dapat melakukan segalanya melalui al-Masih yang memberiku kekuatan.

14Namun demikian kamu telah berbuat baik dengan mengambil bahagian dalam kesusahanku.

15Kamu orang Filipi juga tahu bahawa apabila Injil mula dikhabarkan, ketika aku baru keluar dari Makedonia, tiada jemaah yang memberikan layanan kepadaku dalam memberi dan menerima kecuali kamu.

16Ketika aku di Tesalonika pun kamu telah mengirimkan bantuan untuk menampung kekuranganku.

17Bukanlah aku hendakkan pemberian itu, tetapi aku hendakkan kebaikan itu menambahkan jumlah perbuatan baik dalam kira-kiramu.

18Sebenarnya aku ada segalanya, bahkan berlebihan; sudah cukuplah bagiku, setelah menerima kirimanmu dari tangan Epafroditus, bau yang harum dan persembahan yang diterima serta diredai Allah.

19Allah Tuhanku akan membekalkan segala keperluanmu daripada kekayaan-Nya dalam kemuliaan melalui Isa al-Masih.

20Segala kemuliaan bagi Bapa kita Allah selama-lamanya. Amin.

Salam akhir

21Sampaikan salamku kepada setiap orang yang salih dalam Isa al-Masih. Saudara-saudara yang bersamaku mengirim salam kepadamu.

22Semua orang salih di sini mengirim salam kepadamu, terutamanya isi istana Kaisar.

23Semoga kasih kurnia Junjungan Isa al-Masih menyertai rohmu. Amin.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Filipi 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel