Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Galatia 3 >> 

Diperbenar melalui iman

1Wahai orang Galatia yang tidak berakal! Siapakah yang telah menyihirkan kamu sedangkan di hadapan matamu Isa al-Masih telah jelas ditunjukkan tersalib?

2Hanya ini yang ingin kuketahui daripadamu: Adakah kamu menerima Roh Suci kerana mengerjakan hukum Taurat, atau kerana percaya kepada Injil yang dikhabarkan?

3Di manakah akalmu? Setelah bermula dengan Roh, sekarang kamu hendak menyempurnakan diri dengan kekuatan jasmani?

4Adakah segala yang kamu deritai itu sia-sia sahaja

5Tuhan yang mengurniakan Roh-Nya kepadamu dan mengerjakan mukjizat di kalanganmu, adakah Dia melakukannya kerana kamu mengerjakan hukum Taurat, atau kerana kamu percaya Injil yang dikhabarkan?

6Samalah sebagaimana Ibrahim: ‘Dia mempercayai Allah, dan hal itu diperhitungkan baginya sebagai kebenaran.’

7Oleh itu ketahuilah, hanya mereka yang beriman dianggap anak cucu Ibrahim.

8Oleh sebab telah diketahui bahawa Allah akan memperbenar bangsa asing melalui iman, Kitab Suci telah menyampaikan Injil itu kepada Ibrahim terlebih dahulu: ‘Melalui engkau, semua bangsa akan diberkati.’

9Dengan demikian, semua orang yang beriman diberkati bersama Ibrahim yang beriman.

10Setiap orang yang bergantung kepada usahanya sendiri mengerjakan hukum Taurat adalah terlaknat, kerana sudah tersurat: ‘Terlaknatlah mereka yang tidak senantiasa melakukan segala yang tersurat dalam Hukum Kitab Taurat.’

11Jelaslah bahawa tiada siapapun diperbenar di sisi Allah dengan mengerjakan hukum Taurat, kerana, ‘Orang yang benar akan hidup dengan iman.’

12Hukum Taurat tidak berdasarkan iman; tetapi, ‘Orang yang melakukan hal-hal ini akan hidup dengannya.’

13Al-Masih telah menebus kita daripada laknat hukum Taurat itu dengan menanggung laknat itu untuk kita, kerana telah tersurat: ‘Terlaknatlah setiap orang yang tergantung pada kayu salib.’

14Dia menebus kita supaya berkat Ibrahim datang kepada bangsa asing melalui Isa al-Masih, dan kita menerima Roh yang dijanjikan itu melalui iman.

Hukum Taurat atau perjanjian

15Saudara-saudara, aku hendak menggunakan contoh daripada hidup sehari-hari. Walaupun suatu perjanjian hanya antara manusia, namun setelah ditetapkan, tiada siapa harus memansuhkannya atau menolak-tambah padanya, begitulah juga hal ini.

16Janji Allah telah dibuat kepada Ibrahim dan benihnya. Kitab Suci tidak menyebut ‘dan kepada benih-benih,’ dengan erti ramai orang, tetapi ‘dan kepada Benihmu,’ yang bererti seorang sahaja, iaitu al-Masih.

17Aku berkata bahawa hukum Taurat, yang datang 430 tahun kemudian, tidak dapat memansuhkan perjanjian yang telah ditetapkan dahulu oleh Allah atau menjadikan janji itu tidak sah lagi.

18Jika warisan itu daripada hukum Taurat, itu bukanlah lagi berdasarkan janji; tetapi Allah dalam kasih kurnia-Nya telah memberikannya kepada Ibrahim melalui janji.

19Kalau begitu, apakah tujuan hukum Taurat? Hukum itu ditambahkan kerana pelanggaran manusia. Hukum itu berterusan sehingga datangnya Benih yang dijanjikan itu, dan hukum itu diberikan melalui malaikat oleh seorang pengantara.

20Pengantara tidaklah menjadi pengantara bagi satu pihak sahaja; tetapi Allah itu Esa.

21Jadi, adakah hukum Taurat itu berselisih dengan janji-janji Allah? Tidak sekali-kali! Kerana kalaulah ada hukum yang dapat memberikan kehidupan, tentulah kebenaran didapati melalui hukum itu.

22Namun, Kitab Suci telah menentukan bahawa semuanya terbelenggu oleh dosa, supaya apa yang dijanjikan melalui iman dalam Isa al-Masih dapat diberikan kepada mereka yang percaya.

23Sebelum datangnya iman, kita dikawal oleh hukum Taurat, dikurung sementara menantikan iman yang akan dinyatakan kelak.

24Oleh itu, hukum Taurat adalah guru kita, yang membawa kita kepada al-Masih untuk dibenarkan oleh iman.

25Tetapi selepas datangnya iman, kita tidak lagi di bawah pengawasan hukum Taurat.

Anak dan waris melalui al-Masih

26Kamu semua telah menjadi anak Allah melalui iman terhadap Isa al-Masih.

27Dan semua di antara kamu yang telah diimadkan dalam al-Masih telah meliputi dirimu dengan al-Masih.

28Tiadalah lagi orang Yahudi atau orang Yunani, hamba atau orang merdeka, lelaki atau perempuan, kamu semua menjadi satu dalam Isa al-Masih.

29Dan jika kamu milik al-Masih, kamu adalah benih Ibrahim, dan menjadi waris menurut janji itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Galatia 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel