Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Ibrani 5 >> 

1Setiap Imam Besar dari kalangan manusia dilantik untuk mewakili manusia dalam hal-hal yang berkaitan dengan Allah, supaya dia dapat memberikan persembahan dan korban untuk menghapuskan dosa.

2Dia dapat merasakan belas kasih kepada mereka yang jahil dan sesat, kerana dia sendiri menghadapi kelemahan diri.

3Oleh itu dia dikehendaki membuat persembahan bukan sahaja untuk menghapuskan dosa orang lain tetapi juga dosanya sendiri.

4Tiada sesiapapun mengambil kehormatan ini untuk dirinya, kecuali yang dipanggil oleh Allah, seperti Harun.

5Demikian jugalah al-Masih, Dia tidak memuliakan diri-Nya untuk menjadi Imam Besar, tetapi Allah telah berfirman kepada-Nya: ‘Engkau Putera-Ku, pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.’

6Allah berfirman juga di suatu tempat lagi: ‘Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.’

7Ketika Isa hidup sebagai manusia, Dia telah berdoa dan merayu dengan ratap tangis kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan-Nya daripada kematian, dan Allah telah mendengar-Nya kerana kewarakan-Nya.

8Sungguhpun Dia Putera, namun Dia belajar taat melalui segala penderitaan-Nya.

9Setelah Dia dijadikan sempurna, Dia menjadi sumber penyelamatan yang kekal bagi semua yang mematuhi-Nya.

10Dia dipanggil Allah menjadi Imam Besar menurut peraturan Melkisedek.

Amaran supaya jangan menjadi murtad

11Tentang ini kami ada banyak untuk dikatakan, namun sukar hendak diterangkan, kerana pendengaranmu sudah tumpul.

12Sepatutnya sekarang ini kamu sudah boleh mengajar, tetapi kamu masih perlu diajar lagi tentang prinsip-prinsip asas firman Allah; seolah-olah kamu masih perlu minum susu sahaja, belum boleh menerima makanan pepejal.

13Orang yang hanya boleh minum susu itu tidak mahir dalam ajaran tentang kebenaran, kerana dia masih bayi.

14Makanan pepejal adalah untuk orang yang sudah dewasa, iaitu mereka yang telah membiasakan akalnya membezakan baik dengan buruk.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ibrani 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel