Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 3 >> 

Khutbah Yahya Pengimad

1Pada tahun yang kelima belas pemerintahan Kaisar Tiberius, Pontius Pilatus menjadi gabenor negeri Yudea, Herodes menjadi raja negeri Galilea dan saudaranya Filipus menjadi raja di wilayah Iturea dan Trakhonitis, Lisanias menjadi raja Abilene

2dan Hanas serta Kayafas menjadi imam agung. Pada masa ini, firman Allah disampaikan kepada Yahya anak Zakaria di gurun.

3Lalu Yahya pergi ke seluruh daerah Sungai Yordan mengkhabarkan suatu pengimadan sebagai tanda pertaubatan yang membawa pengampunan dosa,

4seperti yang tersurat dalam kitab Nabi Yasyaya: ‘Suara seorang yang berseru di gurun, “Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskanlah jalan untuk-Nya.

5Setiap lembah akan ditambak dan setiap gunung serta bukit akan diratakan. Tempat bengkang-bengkok akan diluruskan dan jalan lekak-lekuk akan dilicinkan.

6Semua manusia akan melihat penyelamatan yang dikurniakan oleh Allah.”’

7Yahya berkata kepada orang ramai yang berkerumun untuk diimadkannya, ‘Hai, kamu seperti ular berbisa, siapakah yang telah memberimu amaran supaya melarikan diri daripada kemurkaan Allah yang akan datang?

8Kamu hendaklah membuktikan pertaubatanmu dengan perbuatan yang baik, dan jangan mula berkata sesama sendiri, ‘Ibrahim bapa kita’, kerana aku berkata kepadamu bahawa Allah berkuasa menjadikan anak-anak bagi Ibrahim daripada batu-batu ini.

9Kapak telah sedia terletak pada akar pokok kayu. Jadi, setiap pokok kayu yang tidak mengeluarkan buah yang baik akan ditebang dan dibuangkan ke dalam api.’

10Orang ramai itu bertanya kepada Yahya, ‘Jadi, apa yang harus kami buat?’

11Dia menjawab, ‘Sesiapa yang mempunyai dua helai baju hendaklah memberi kepada orang yang tidak mempunyai baju, dan sesiapa yang mempunyai makanan hendaklah berkongsi dengan orang yang memerlukannya.’

12Ada pemungut cukai datang untuk diimadkan lalu bertanya kepada Yahya, ‘Tuan Guru, apa yang harus kami buat?’

13Yahya berkata kepada mereka, ‘Jangan suruh orang membayar lebih daripada apa yang ditetapkan.’

14Ada askar bertanya kepadanya, ‘Bagaimanakah dengan kami? Apa yang harus kami buat?’ Yahya berkata kepada mereka, ‘Jangan aniayai orang dan jangan rampas harta benda atau ajukan tuduhan palsu. Berpuas hatilah dengan gajimu.’

15Orang ramai menanti-nanti dengan penuh harapan dan mereka tertanya-tanya dalam hati tentang Yahya kalau-kalau dialah al-Masih itu.

16Yahya berkata kepada mereka, ‘Aku ini mengimadkan kamu dengan air tetapi seorang yang lebih berkuasa daripadaku akan datang. Aku ini tidak layak walaupun untuk mengurai tali kasut-Nya. Dialah yang akan mengimadkan kamu dengan Roh Suci dan api.

17Nyiru ada di dalam tangan-Nya untuk menampi bijirin dan mengumpulkannya di dalam rengkiang tetapi sekam akan dibakar-Nya dalam api yang tidak dapat dipadamkan.’

18Yahya menasihati orang dengan pelbagai cara serta memberitakan Injil kepada mereka.

19Dia telah menegur Raja Herodes tentang perkahwinannya dengan Herodias, isteri saudaranya, dan tentang segala kejahatan yang dilakukannya.

20Kemudian, Raja Herodes melakukan dosa yang lebih dahsyat dengan memenjarakan Yahya.

Pengimadan Isa

21Ketika semua orang diimadkan, Isa pula diimadkan. Ketika Dia berdoa, langit terbuka,

22Roh Suci bagai burung merpati turun ke atas-Nya. Kedengaran satu suara dari langit yang berkata, ‘Engkaulah Putera-Ku yang Kukasihi dan dengan-Mu Aku berkenan.’

Nenek moyang Isa

23Isa berusia lebih kurang tiga puluh tahun pada masa Dia memulakan pelayanan-Nya. Pada sangkaan orang, Dia anak kepada Yusuf, anak Eli,

24anak Matat, anak Lewi, anak Malkhi, anak Yanai, anak Yusuf,

25anak Matica, anak Amush, anak Nahum, anak Hesli, anak Nagai,

26anak Maat, anak Matica, anak Simei, anak Yosekh, anak Yoda,

27anak Yohanan, anak Resa, anak Zerubabel, anak Sealtiel, anak Neri,

28anak Malkhi, anak Adi, anak Kosam, anak Elmadam, anak Er,

29anak Yesua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi,

30anak Simeon, anak Yuda, anak Yusuf, anak Yonam, anak Elyakim,

31anak Melea, anak Mina, anak Matata, anak Natan, anak Daud,

32anak Isai, anak Obed, anak Boas, anak Salmon, anak Nahason,

33anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yuda,

34anak Yakub, anak Ishak, anak Ibrahim, anak Terah, anak Nahor,

35anak Serug, anak Rehu, anak Peleg, anak Eber, anak Selah,

36anak Kenan, anak Arpakhsad, anak Sem, anak Nuh, anak Lemekh,

37anak Metuselah, anak Henokh (juga disebut Idris), anak Yared, anak Mahalaleel, anak Kenan,

38anak Enos, anak Set, anak Adam, anak Allah.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2018
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran