Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 16 >> 

Orang Farisi menduga Isa

1Beberapa orang Farisi dan Saduki datang kepada Isa. Untuk menduga Isa, mereka meminta-Nya melakukan mukjizat sebagai bukti Dia datang daripada Allah.

2Isa menjawab, ‘Ketika matahari masuk, kamu berkata, “Cuaca baik, kerana langit merah.”

3Pada waktu pagi, kamu berkata, “Cuaca buruk nanti, kerana langit merah mengancam.” Munafik! Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat alamat-alamat di langit, tetapi kamu tidak dapat memahami alamat-alamat zaman ini.

4Manusia zaman yang durjana dan derhaka ini ingin melihat alamat mukjizat. Tetapi satu alamat pun tidak akan ditunjukkannya kecuali alamat Nabi Yunus.’ Setelah berkata demikian, Isa pun pergi dari situ.

5Ketika para pengikut Isa berperahu ke seberang, mereka terlupa membawa roti.

6Isa berkata kepada mereka, ‘Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.’

7Mereka mula berkata-kata sesama sendiri, ‘Dia berkata begitu kerana kita tidak membawa roti.’

8Isa tahu apa yang dikatakan oleh mereka. Dia berkata, ‘Mengapa kamu persoalkan hal tidak membawa roti? Tipis benar kepercayaanmu!

9Belum fahamkah kamu? Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikan lima buku roti antara lima ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?

10Bagaimana pula dengan tujuh buku roti yang Kubahagikan antara empat ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?

11Mengapa kamu tidak mengerti bahawa Aku tidak bercakap tentang roti. Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.’

12Barulah mereka faham bahawa maksud Isa bukannya ragi penaik roti tetapi ajaran orang Farisi dan Saduki.

Pengakuan Petrus

13Isa pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Menurut kata orang, siapakah Putera Insan ini?’

14Mereka menjawab, ‘Ada yang berkata Yahya Pengimad; ada yang berkata Ilyas; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.’

15Isa bertanya, ‘Menurut kamu, siapakah Aku ini?’

16Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’

17Isa berkata, ‘Berbahagialah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga.

18Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu inilah akan Kubina jemaah-Ku. Maut pun tidak dapat merobohkannya.

19Aku akan memberikan kunci kerajaan syurga kepadamu. Apa yang kauikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kauuraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.’

20Selepas itu Isa berpesan kepada para pengikut-Nya supaya jangan memberitahu sesiapa bahawa Dia al-Masih.

Isa memberitahu tentang kematian-Nya

21Sejak itu, Isa mula berkata terus-terang kepada para pengikut-Nya bahawa Dia harus pergi ke Baitulmaqdis dan menanggung banyak penderitaan yang disebabkan oleh pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akan dibangkitkan semula.

22Petrus menarik Isa ke tepi lalu menegur-Nya, ‘Junjungan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu, Junjungan!’

23Isa berpaling sambil berkata kepada Petrus, ‘Pergilah dari sini, Iblis! Engkau menyakitkan hati-Ku kerana fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!’

24Kemudian Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Jika sesiapa ingin mengikut-Ku, lupakan kepentingan diri, pikul salib dan ikut Aku.

25Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup, dan sesiapa yang mengorbankan hidupnya kerana-Ku akan memperoleh hidup.

26Apalah gunanya jika seseorang memperolehi seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakah yang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu?

27Sudah hampir waktunya Putera Insan datang bersama para malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia akan memberi balasan kepada setiap orang menurut perbuatannya.

28Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, beberapa orang di sini tidak akan menemui maut sebelum melihat Putera Insan datang sebagai Raja.’


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel