1Pujilah TUHAN, wahai jiwaku.Ya Allah Tuhanku, Engkau Maha Besar; Engkau penuh kehormatan dan keagungan.
2Engkau menyaluti diri-Mu dengan cahaya seperti pakaian; Engkau merentangkan angkasa seperti tirai
3Dia mengasaskan lantai ruang-ruang atas-Nya di perairan.Dia menjadikan awan pedati-Nya Dia berjalan di atas sayap angin.
4Dia menjadikan para malaikat-Nya sebagai roh, para hamba-Nya nyala api.
5Engkau yang meletakkan asas bumi; supaya tidak berganjak selama-lamanya.
6Engkau meliputinya dengan lautan dalam seperti dengan pakaian; perairan itu berdiri di atas gunung.
7Apabila Kaumurkai, ia lari, mendengar suara guruh-Mu, ia segera pergi;
8perairan itu telah naik ke atas pergunungan, ia turun ke pelembahan, ke tempat yang Kauasaskan baginya.
9Engkau telah menentukan sempadan yang tidak boleh dilaluinya; supaya ia tidak kembali meliputi bumi.
10Dia menghantar mata air ke pelembahan; yang mengalir di antara bukit-bukau.
11Mata air memberikan minuman kepada setiap binatang di padang; keldai-keldai liar menghilangkan dahaganya.
12Di sisinya burung-burung angkasa membuat sarang; dan menyanyi di cabang-cabang pokok.
13Dia mengairi bukit-bukau dari ruang-ruang atas-Nya; bumi berpuas dengan buah hasil kerja-Nya.
14Dia membuat rumput tumbuh untuk lembu ternakan, dan pelbagai tanaman bagi kegunaan manusia
15air anggur yang menyukakan hati manusia, minyak untuk menyerikan mukanya, dan roti yang meneguhkan hati manusia.
16Pokok-pokok TUHAN segar dan subur, pohon-pohon sedar di Lebanon yang ditanam-Nya.
17Di situ burung-burung membuat sarangnya; burung bangau tinggal di pokok ru.
18Bukit-bukit tinggi untuk kambing liar; curaman-curaman tempat landak bernaung.
19Dia menentukan bulan untuk menandakan musim, matahari tahu bila waktu untuknya terbenam.
20Engkau mencipta kegelapan, maka menjadi malam, masa untuk binatang-binatang hutan merayau.
21Singa-singa muda mengaum mencari mangsa dan memohon makannya daripada Allah.
22Apabila matahari terbit; mereka berhimpun lalu baring di gua mereka.
23Manusia keluar ke tempat kerjanya, dan memerah tenaga hingga lewat petang.
24Ya TUHAN, sungguh beraneka hasil kerja-Mu! Dengan bijaksana Engkau telah mencipta segala-galanya; bumi penuh dengan milik-Mu.
25Laut yang besar dan luas, yang tidak terkira banyak isi di dalamnya
26Di situ kapal-kapal belayar, dan lewiatan yang telah Kaujadikan untuk bermain di sana.
27Semuanya menantikan-Mu bahawa Engkau akan memberi mereka makanan pada waktu yang ditentukan.
28Apa yang Kauberikan, mereka kumpulkan;Engkau membuka genggaman tangan-Mu, penuh dengan segala yang baik.
29Engkau menyembunyikan wajah-Mu, mereka menanggung kesusahan;Engkau mengambil nafas mereka, lalu mereka mati dan kembali menjadi debu.
30Engkau menghantar Roh-Mu, lalu mereka dicipta, dan engkau membaharui muka bumi.
31Semoga kemuliaan TUHAN kekal selama-lamanya; semoga TUHAN bergembira dengan hasil kerja-Nya
32Dia memandang bumi, lalu bumi gementar, Dia menyentuh bukit, lalu bukit berasap.
33Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang hayatku; aku akan menyanyikan pujian untuk Allah Tuhanku selagi aku hidup.
34Semoga renunganku baik di sisi-Nya, aku akan bersukacita kerana TUHAN.
35Semoga orang berdosa dihapuskan dari bumi dan orang zalim tiada lagi.Pujilah TUHAN, wahai jiwaku.Pujilah TUHAN!