Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 107 >> 

Zabur Jilid 5

1Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya; kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya.

2Biarlah mereka yang ditebus oleh TUHAN berkata demikian

3dan dikumpulkan-Nya dari negeri-negeri, dari timur dan dari barat, dari utara dan dari selatan.

4Mereka telah merayau di gurun dalam kehampaan, mereka tidak dapat mencari kota untuk didiami.

5Lapar dan dahaga, jiwa mereka tidak bermaya.

6Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka, dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka.

7Lalu Dia memandu mereka di jalan yang betul supaya mereka dapat pergi ke sebuah kota dan tinggal di situ.

8Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia,

9kerana Dia memuaskan jiwa yang penuh kerinduan, dan mengenyangkan jiwa yang lapar dengan kebaikan.

10Mereka yang duduk dalam kegelapan dan bayangan maut, dibelenggu dengan derita serta rantai besi,

11kerana mereka telah memberontak terhadap firman Allah dan menghina bimbingan Yang Maha Tinggi.

12Oleh itu Dia menundukkan hati mereka dengan kerja teruk; mereka jatuh tersungkur, dan tiada siapa yang menolong.

13Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka, dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka.

14Dia membawa mereka keluar daripada kegelapan dan bayangan maut dan menghancurkan rantai pengikat mereka.

15Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia,

16kerana Dia telah memecahkan pintu-pintu pagar gangsa dan memotong palang-palang besi sehingga patah dua.

17Orang yang bodoh, kerana keingkaran mereka dan kerana dosa mereka, telah ditimpa kesakitan.

18Jiwa mereka membenci segala jenis makanan maka mereka hampir ke pintu maut.

19Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka, dan Dia menyelamatkan mereka daripada segala keazaban mereka.

20Dia menghantar firman-Nya dan menyembuhkan mereka; serta melepaskan mereka daripada kemusnahan.

21Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia.

22Biarlah mereka mempersembahkan korban-korban kesyukuran dan mengisytiharkan hasil-hasil kerja-Nya sambil bergembira.

23Mereka yang turun ke laut menaiki kapal; yang berurusan di lautan luas.

24Mereka melihat hasil-hasil kerja TUHAN, dan keajaiban-Nya di lautan dalam.

25Kerana Dia memerintahkan angin ribut bertiup dan meninggikan gelombang-gelombang laut.

26Mereka naik ke arah langit mereka turun ke laut dalam; jiwa mereka lebur dalam kesusahan.

27Mereka terumbang-ambing dan terhuyung-hayang seperti orang mabuk; dan kehilangan akal.

28Kemudian mereka berseru kepada TUHAN dalam kesusahan mereka, dan Dia membawa mereka keluar daripada segala keazaban mereka.

29Dia menenangkan ribut; maka laut tidak bergelora lagi.

30Maka mereka bersukacita kerana telah tenang, lalu Dia memandu mereka ke tempat berteduh yang diingini mereka.

31Biarlah manusia bersyukur kepada TUHAN kerana kasih setia-Nya dan kerana hasil-hasil kerja-Nya yang menakjubkan untuk anak-anak manusia.

32Biarlah mereka meninggikan-Nya juga dalam perhimpunan orang dan memuji-Nya di kalangan para penatua.

33Dia menukar sungai menjadi gurun, dan mata air menjadi tanah kering,

34tanah yang subur menjadi tandus, kerana kezaliman mereka yang tinggal di situ.

35Dia menukar gurun menjadi kolam-kolam air dan tanah kering menjadi mata air;

36di sana Dia menempatkan orang yang kelaparan, supaya mereka membina kota sebagai tempat tinggal.

37Dan menyemai benih di ladang dan menanam anggur di kebun untuk mendapat hasil yang mewah;

38Dia juga memberkati mereka, lalu mereka beranak-pinak dengan ramainya, dan Dia tidak membiarkan lembu ternakan mereka berkurangan.

39Apabila mereka dijadikan kecil dan lemah dengan penindasan, derita serta kesedihan;

40Dia mencurahkan kehinaan ke atas orang bangsawan dan membuat mereka merayau di gurun serta sesat di situ.

41Sebaliknya Dia mengangkat tinggi orang sesak jauh daripada derita dan menjadikan keluarga mereka seperti kawanan domba.

42Orang yang tulus melihatnya dan bersukacita, serta seluruh kejahatan membisu.

43Sesiapa yang bijaksana akan memerhatikan semua ini dan akan mengerti kasih TUHAN.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 107 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2017
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran