Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 116 >> 

1Aku kasih akan TUHAN, kerana Dia telah mendengar suaraku; dan permohonanku.

2Kerana Dia telah menundukkan telinga-Nya ke arahku, maka aku akan menyeru-Nya seumur hidupku.

3Azab maut telah mengelililingiku, dan seksa kubur telah mencengkamku; aku menanggung kesusahan dan kedukaan.

4Lalu aku menyeru nama TUHAN: ‘Ya TUHAN, aku merayu kepada-Mu, selamatkanlah jiwaku!’

5TUHAN penuh kasih kurnia serta benar; ya, Allah Tuhan kita penuh belas kasih.

6TUHAN memelihara orang yang tulus; ketika aku ditindas, Dia menyelamatkan aku.

7Bertenanglah kembali, wahai jiwaku, kerana TUHAN baik kepadamu.

8Engkau telah melepaskan jiwaku daripada maut, mataku daripada air mata, dan kakiku daripada tergelincir,

9aku akan melangkah di hadapan TUHAN di alam orang yang hidup.

10Aku percaya; maka aku berkata, ‘Aku ditimpa keazaban teruk.’

11Dalam kedukaanku, aku berkata, ‘Semua manusia pendusta.’

12Apakah yang akan kupersembahkan kepada TUHAN untuk segala kebaikan-Nya kepadaku?

13Aku akan mengangkat cawan penyelamatan dan menyeru nama TUHAN.

14Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN di hadapan seluruh umat-Nya.

15Sungguh tinggi nilainya di mata TUHAN kematian orang warak-Nya.

16Ya TUHAN, sesungguhnya aku hamba-Mu; aku hamba-Mu seperti ibuku dahulu; Engkau telah membukakan ikatanku.

17Aku akan mempersembahkan kepada-Mu korban kesyukuran dan akan menyeru nama TUHAN.

18Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN di hadapan seluruh umat-Nya,

19di balai-balai rumah TUHAN


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 116 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel