1Mazmur Daud. Aku akan memuji-Mu dengan seluruh hatiku, Ya TUHAN; di hadapan ‘tuhan-tuhan’ aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.
2Aku akan menyembah ke arah rumah ibadat suci-Mu dan memuji nama-Mu kerana kasih dan kesetiaan,kerana Engkau telah meninggikan firman-Mu dan nama-Mu di atas segala sesuatu.
3Pada hari aku berseru, Engkau telah menjawab aku; dan menjadikan aku berani dengan kekuatan dalam jiwaku.
4Semua raja di bumi akan memuji-Mu,Ya TUHAN, apabila mereka mendengar kata-kata daripada mulut-Mu.
5Ya, mereka akan menyanyi tentang cara-cara TUHAN, kerana sungguh besar kemuliaan TUHAN.
6Meski TUHAN Maha Tinggi, namun Dia mengambil berat tentang orang yang dihinakan, tetapi orang angkuh dikenal-Nya dari jauh.
7Meski aku berjalan di tengah kesusahan, Engkau akan memulihkan aku;Engkau akan menghulurkan tangan-Mu menentang kemarahan musuhku, dan tangan kanan-Mu akan menyelamatkan aku.
8TUHAN akan menyempurnakan hal ehwalku; kasih-Mu, Ya TUHAN, kekal selama-lamanya