1Mengapakah bangsa-bangsa berpakat dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?
2Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian dan para pemerintah bermuafakatuntuk melawan TUHAN dan melawan Dia yang diurapi-Nya,
3Mereka berkata, ‘Mari kita putuskan rantai pengikat mereka, dan buangkan belenggu mereka.’
4Dia yang bertakhta di syurga tertawa; TUHAN mencemuh mereka.
5Kemudian menegur mereka dalam kemarahan-Nya dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya, sambil berfirman,
6‘Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku.’
7Aku akan mengisytiharkan firman TUHAN:Dia berkata kepadaku, ‘Engkau Putera-Ku; Pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.
8Mintalah daripada-Ku, Aku akan menjadikan segala bangsa warisan-Mu, dan setiap pelosok bumi milik-Mu.
9Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi; dan menghancurkan mereka seperti tembikar.’
10Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah; berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.
11Layanlah TUHAN dengan rasa takut dan bersukacitalah dengan gementar.
12Ciumlah Putera itu, jangan sampai Dia marah lalu kamu dibinasakan di jalan,kerana kemurkaan-Nya mudah bermarak. Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.