Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 31 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. Kepada-Mu, Ya TUHAN, kuletakkan kepercayaanku; jangan biarkan aku menanggung malu; selamatkanlah aku dalam kebenaran-Mu.

2Condongkan telinga-Mu kepadaku, selamatkanlah aku dengan segera;jadilah batu pejal tempat aku berlindung, kubu pertahanan untuk keselamatanku.

3Kerana Engkaulah batu pejal dan kubuku; oleh itu, demi Nama-Mu, bimbing dan pandulah aku.

4Lepaskan aku daripada jerat yang mereka pasang untukku dalam rahsia, kerana Engkaulah kekuatanku.

5Ke dalam tangan-Mu kuserahkan rohku; Engkau telah menebusku, Ya Allah, Tuhan kebenaran.

6Aku membenci penyembah berhala yang tidak berguna; aku percaya kepada TUHAN.

7Aku akan gembira dan bersukacita dengan kasih-Mu, kerana Engkau melihat penderitaanku Engkau tahu segala kesusahan yang menimpaku.

8Engkau tidak menyerahkan aku ke dalam cengkaman musuh Engkau telah menjejakkan kakiku di tempat yang lapang.

9Kasihanilah aku, Ya TUHAN, kerana aku dalam kesusahan; mataku kian musnah oleh kesedihan, ya, seluruh jiwa ragaku.

10Kerana hidupku habis dengan berduka dan usiaku dengan mengeluh;kekuatanku hilang akibat dosaku, dan tulang-tulangku semakin rapuh.

11Aku dicemuh oleh segala musuhku, tetapi lebih-lebih lagi oleh jiran tetanggaku;aku dipandang jijik oleh kenalanku

12Aku dilupakan seperti orang yang sudah mati, luput dari ingatan; aku seperti sebuah bekas yang pecah.

13Aku mendengar ramai orang memfitnahku; ketakutan mengepungku;mereka sedang berpakat menentangku mereka merancang untuk meragut nyawaku.

14Namun aku tetap percaya kepada-Mu, Ya TUHAN; aku berkata, ‘Engkaulah Allah Tuhanku.’

15Usiaku berada dalam tangan-Mu; selamatkanlah aku daripada segala musuhku dan daripada mereka yang menganiayaiku.

16Limpahkan cahaya wajah-Mu ke atas hamba-Mu; selamatkan aku demi kasih setia-Mu.

17Jangan biarkan aku malu, Ya TUHAN, kerana aku telah berseru kepada-Mu;biarlah orang zalim ditimpa malu biarlah mereka membisu dalam kubur.

18Biar lidah mereka yang berdusta dikelukan, lidah yang menuturkan kata-kata biadab dengan sombong dan menghina terhadap orang yang benar.

19Betapa limpahnya kebaikan-Mu, yang telah Kausediakan untuk mereka yang takut kepada-Mu,yang telah Kausiapkan untuk mereka yang percaya kepada-Mu mereka yang berlindung dalam-Mu.

20Engkau akan menyembunyikan mereka dalam naungan hadirat-Mu daripada pakatan jahat manusia;Engkau akan menyembunyikan mereka di tempat selamat daripada serangan lidah manusia.

21Segala puji bagi TUHAN, kerana Dia telah menunjukkan aku kebaikan-Nya yang menakjubkan ketika aku di kota yang dikepung.

22Kerana aku telah berkata dengan tidak sabar, ‘Aku telah disingkirkan dari pandangan-Mu!’Namun Kau dengar suaraku merayu apabila aku berseru kepada-Mu.

23Kasihilah TUHAN, wahai umat-Nya yang warak!Kerana TUHAN memeliharakan orang yang setia, dan membalas sepenuhnya orang yang angkuh.

24Tabahkan dirimu, teguhkan hatimu, semua kamu yang berharap kepada TUHAN.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 31 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel