Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 5 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan seruling. Mazmur Daud. Dengarlah kata-kataku, Ya TUHAN, pertimbangkan keluhanku.

2Dengarlah jeritanku meminta tolong, wahai Rajaku dan Allah Tuhanku, kerana kepada-Mu aku berdoa.

3Pada waktu pagi, Ya TUHAN, Kaudengar suaraku; pada waktu pagi kulafazkan permohonanku ke hadirat-Mu lalu menanti dengan harapan.

4Engkau bukanlah Allah yang suka akan kejahatan; dengan-Mu orang zalim tidak dapat tinggal.

5Orang angkuh tidak dapat berdiri di hadirat-Mu; Engkau benci akan semua yang berbuat jahat.

6Engkau membinasakan orang yang berdusta; orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya dibenci oleh TUHAN.

7Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu, akan masuk ke rumah-Mu;dengan sepenuh hormat aku akan tunduk ke arah rumah ibadat-Mu yang suci.

8Pimpinlah aku, Ya TUHAN, dalam kebenaran-Mu kerana musuh-musuhku

9Tiada sepatah kata pun daripada mulut mereka dapat dipercayai; hati mereka dipenuhi pembinasaan.Kerongkong mereka seperti kubur terbuka; lidah mereka menuturkan tipu daya.

10Isytiharkan mereka bersalah, Ya Allah! Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka.Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak, kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu.

11Tetapi biarlah semua orang yang bernaung kepada-Mu bersukacita; biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan.Berilah mereka perlindungan-Mu, supaya orang yang mengasihi nama-Mu dapat bersukacita dalam-Mu.

12Kerana, Ya TUHAN, tentulah Engkau memberkati orang yang benar; Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu seperti dengan perisai.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel