Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 6 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan alat-alat muzik bertali. Dengan kecapi bertali lapan. Mazmur Daud. Ya TUHAN, janganlah menempelak aku dalam kemarahan-Mu atau menghukum aku dalam kemurkaan-Mu.

2Kasihanilah aku, Ya TUHAN, kerana aku longlai; Ya TUHAN, sembuhkanlah aku, kerana tulang-tulangku terseksa.

3Jiwaku gundah-gulana. Berapa lama, Ya TUHAN, berapa lama?

4Berpalinglah semula kepadaku, Ya TUHAN, dan lepaskan aku; selamatkan aku kerana kasih setia-Mu.

5Tiada siapa mengingati-Mu setelah dia mati. Siapa yang memuji-Mu dari kubur?

6Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata.

7Mataku menjadi lemah kerana kesedihan; dan semakin kelam kerana musuhku.

8Nyahlah dari sisiku, hai kamu yang berbuat jahat, kerana TUHAN telah mendengar ratapanku.

9TUHAN telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan; TUHAN menerima doaku.

10Semua musuhku akan malu dan kecewa; mereka akan berpatah balik dalam keaiban yang tiba-tiba.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel