1Untuk pemimpin muzik. Mazmur rayuan Daud. Segeralah, Ya Allah, selamatkan aku; Ya TUHAN, segeralah tolong aku.
2Biar mereka dimalukan dan dikelirukan, mereka yang ingin meragut nyawaku;biar mereka berundur dan menanggung aib mereka yang hendak memusnahkan aku.
3Biar mereka berundur kerana malu, mereka yang mengejekku, ‘Aha! Aha!’
4Biar semua yang mencari-Mu bergembira dan bersukacita kerana-Mu;dan biar mereka yang cinta akan penyelamatan-Mu berkata sentiasa, ‘Allah Maha Tinggi!’
5Aku miskin dan sesak; segeralah datang, ya TUHANku.Engkaulah penolong dan penyelamatku; janganlah berlengah-lengah, Ya TUHAN.