Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 9 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu ‘Kematian Anak.’ Mazmur Daud. Aku akan memuji-Mu, Ya TUHAN, dengan sepenuh hatiku; aku akan menceritakan segala keajaiban yang Kaulakukan,

2Aku akan girang bergembira dalam-Mu; aku akan menyanyikan pujian untuk nama-Mu, Ya TUHAN Maha Tinggi.

3Apabila musuhku berpatah balik; mereka akan jatuh dan musnah di hadirat-Mu.

4Kerana Engkau telah menegakkan hak dan perjuanganku; Engkau bertakhta, dan menghakimi dengan adil.

5Engkau telah memurkai bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu dan membinasakan orang zalim; Engkau telah menghapuskan nama mereka selama-lamanya.

6Musuh telah musnah dalam kehancuran selama-lamanya, Engkau telah membinasakan kota-kota; sehingga luput dari kenangan.

7Namun TUHAN akan kekal selama-lamanya; Dia telah menyediakan takhta-Nya untuk penghakiman.

8Dia akan menghakimi dunia dengan adil; Dia akan menghakimi manusia dengan saksama.

9TUHAN juga akan melindungi orang yang ditindas, tempat bernaung dalam kesusahan.

10Dan mereka yang mengenal nama-Mu akan percaya kepada-Mu, kerana Engkau, Ya TUHAN, tidak mengabaikan sesiapa yang mencari-Mu.

11Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN yang bertakhta di Sion; isytiharkan perbuatan-Nya kepada semua bangsa.

12Dia mengingati mereka apabila Dia membalas kekejaman orang yang menumpahkan darah; Dia tidak melupakan rintihan mereka yang tidak berdaya.

13Kasihanilah aku, Ya TUHAN, timbangkan penderitaanku di tangan orang yang menganiayaku! Engkau yang mengangkatku daripada gerbang maut,

14supaya aku dapat memuji-Mu di gerbang Puteri Sion, aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkanku.

15Bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu telah jatuh ke dalam lubang yang digali mereka sendiri; kaki mereka terjerumus dalam jerat yang dipasang sendiri.

16TUHAN dikenali kerana keadilan-Nya; orang zalim terjerat dalam perangkap buatan sendiri.

17Orang zalim akan musnah selama-lamanya, begitu juga bangsa-bangsa yang melupakan Allah.

18Kerana orang sesak tidak akan terus dilupakan, harapan orang miskin tidak akan musnah selama-lamanya.

19Bangkitlah, Ya TUHAN, jangan biarkan manusia berleluasa; biarlah bangsa-bangsa dihakimi di hadirat-Mu.

20Timbulkan ketakutan di hati mereka, Ya TUHAN; supaya mereka sedar diri mereka hanyalah manusia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel