Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Yudas 1 >> 

1Surat ini daripada Yuda, hamba Isa al-Masih dan saudara Yakobus, Untuk tatapan mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa serta dilindungi oleh Isa al-Masih:

2Semoga belas kasihan, damai sejahtera dan kasih melimpahimu.

Hukuman untuk guru palsu

3Saudara-saudara yang kukasihi, ketika aku cuba menulis kepadamu tentang penyelamatan yang telah kita terima bersama, hatiku tergerak hendak memberikan perangsang kepadamu supaya terus berjuang untuk iman yang telah dikurniakan Allah kepada orang salih-Nya cuma sekali untuk selama-lamanya.

4Beberapa orang telah menyusup masuk ke dalam golongan kamu tanpa disedari. Merekalah yang dari dahulu lagi telah disebutkan hukumannya di dalam Kitab Suci. Merekalah orang mungkar yang menyalahgunakan kasih kurnia Allah Tuhan kita untuk melakukan maksiat. Mereka tidak mengakui Isa al-Masih sebagai satu-satunya Raja dan Junjungan kita Yang Esa.

5Sungguhpun kamu sudah maklum segalanya, aku ingin mengingatkanmu bahawa Tuhan telah menyelamatkan umat Israel dari negeri Mesir dan kemudiannya memusnahkan mereka yang tidak percaya.

6Dan para malaikat yang telah melampaui batas kekuasaan yang dikurniakan Allah hinggakan tergamak meninggalkan tempat yang ditetapkan bagi mereka

7Begitu juga halnya dengan para penghuni kota Sodom, Gomora dan bandar-bandar di sekitarnya yang telah melakukan percabulan dan perbuatan sumbang. Mereka menjadi contoh orang yang mengalami seksaan hukuman api yang kekal.

8Demikian jugalah sekalian orang itu yang berangan-angan hinggakan mereka melakukan dosa terhadap tubuh badan sendiri. Mereka menghina kekuasaan Allah dan menista para makhluk yang adikudrati.

9Namun ketua malaikat, Mikail, tidak berani melafazkan sepatah pun kata nista ketika berbalah dengan Iblis tentang jenazah Musa. Mikail hanya berkata, ‘Tuhan murkai kamu!’

10Sebaliknya, orang itu mencaci hal-hal yang langsung tidak difahami oleh mereka. Ada beberapa perkara yang mereka ketahui, tetapi seperti haiwan yang tidak berakal, mereka hanya mengetahui secara naluri, maka kerana itulah mereka binasa.

11Malangnya mereka ini! Mereka telah menurut jejak langkah Kabil. Seperti Bileam, mereka telah melibatkan diri dengan perbuatan yang sesat, semata-mata untuk mengejar wang. Mereka telah memberontak seperti Korah, maka mereka dimusnahkan.

12Mereka ini mencemarkan majlis perjamuan kasihmu, kerana mereka seperti gembala yang mencari makanan bagi diri mereka sendiri tanpa segan silu. Mereka seperti awan yang ditiup angin, maka tidak membawa hujan. Mereka ibarat pokok yang tidak berbuah meskipun pada musim buah. Mereka umpama pohon yang telah dicabut dengan akar umbinya dan mengalami dua kali kematian.

13Mereka laksana ombak ganas di lautan yang membuihkan perbuatan aib. Mereka seperti bintang beredar yang telah ditentukan tempatnya dalam kegelapan yang hitam pekat untuk selama-lamanya.

14Henokh (juga disebut Idris), keturunan ketujuh daripada Adam, pernah bernubuat tentang mereka: ‘Lihatlah, Tuhan akan datang dengan ribuan malaikat-Nya yang suci.

15Dia akan menghakimi seluruh umat manusia. Dia akan menghukum orang derhaka kerana perbuatan durjana mereka dan caci nista mereka terhadap-Nya.’

16Orang sedemikian sentiasa bersungut dan menyalahkan orang lain. Mereka menurut hawa nafsu durjana. Mereka memuji diri sendiri dan mengampu orang tertentu untuk mendapat keuntungan.

Panggilan untuk bertahan

17Namun, saudara-saudaraku yang dikasihi, ingatlah kata-kata para rasul Junjungan kita Isa al-Masih.

18Mereka telah berkata kepadamu, ‘Pada akhir zaman nanti, orang akan tampil dan mengejek-ejekmu. Mereka itu orang yang menurut hawa nafsu yang mungkar.’

19Merekalah yang menjadikan jemaah porak-peranda. Mereka tidak dipimpin oleh Roh Suci tetapi dikuasai oleh hawa nafsu sendiri.

20Tetapi kamu, saudara-saudaraku, teruskanlah usaha membina hidup yang berasaskan iman yang paling murni. Berdoalah dengan bimbingan Roh Suci.

21Hiduplah di bawah naungan kasih Allah sementara menunggu belas kasihan Junjungan kita Isa al-Masih yang akan menganugerahimu hidup kekal.

22Amalkan sikap belas kasihan kepada orang yang kurang yakin.

23Berusahalah menyelamatkan orang daripada api. Namun, sambil berbelas kasihan sesama manusia, berhati-hatilah. Bahkan bencilah pakaian mereka yang dinodai oleh hawa nafsu duniawi.

Pemberkatan

24Allah yang berkuasa memeliharamu supaya kamu tidak tersandung, dan membawamu ke hadirat-Nya yang mulia dengan sukacita dan suci murni.

25Dialah Allah Yang Esa, Penyelamat kita melalui Isa al-Masih, Junjungan kita Yang Esa. Bagi Dialah kemuliaan, keagungan, kekuasaan dan kuasa sejak dahulu hingga sekarang dan untuk selama-lamanya. Amin.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yudas 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel