Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Samuel 21 >> 

Daud Melarikan Diri daripada Raja Saul

1Kemudian Daud pergi kepada Imam Ahimelekh di Nob. Dengan gentar Ahimelekh keluar menemui Daud, dan bertanya kepadanya, "Mengapa kamu ke mari seorang diri?"

2Daud menjawab, "Saya diserahi tugas oleh raja dan dilarang memberitahu sesiapa pun tentang tugas itu. Oleh itu saya menyuruh anak buah saya menunggu di suatu tempat.

3Saya ingin bertanya, apa makanan yang ada pada tuan sekarang? Tolong beri saya lima ketul roti atau apa saja yang ada."

4Imam itu menjawab, "Saya tidak mempunyai roti biasa, hanya roti persembahan yang ada. Kamu boleh mengambilnya, asal saja anak buahmu tidak melakukan persetubuhan baru-baru ini."

5"Tentu tidak!" jawab Daud. "Anak buah saya sentiasa tahir, walaupun semasa menjalankan tugas biasa; apalagi kali ini apabila kami menjalankan tugas istimewa!"

6Kemudian imam itu memberikan roti persembahan kepada Daud, kerana roti yang ada padanya hanya roti persembahan yang sudah dipersembahkan kepada Allah. Roti itu sudah diambil dari tempat persembahan untuk digantikan dengan roti yang baru.

7(Kebetulan, Doeg orang Edom, ketua gembala ternakan Raja Saul, berada di situ pada hari itu untuk memenuhi kewajipan agama.)

8Daud bertanya kepada Ahimelekh, "Adakah imam menyimpan tombak atau pedang yang dapat saya guna? Perintah raja sangat mendadak sehingga saya berangkat dengan sangat tergesa-gesa dan tidak sempat lagi mengambil pedang atau senjata yang lain."

9Ahimelekh menjawab, "Saya menyimpan pedang Goliat, orang Filistin yang kamu bunuh di Lembah Ela. Pedang itu ada di belakang efod, dibungkus dengan kain. Jika kamu mahu pedang itu, ambillah, kerana hanya itulah senjata yang ada di sini." Daud berkata, "Pedang itulah yang terbaik di seluruh negeri; berikanlah pedang itu kepada saya!"

10Pada hari itu juga, Daud melarikan diri daripada Raja Saul, lalu pergi kepada Raja Akhis di kota Gat.

11Para pegawai Raja Akhis berkata kepada baginda, "Bukankah dia ini Daud, raja di negerinya? Dialah yang dimaksudkan kaum wanita yang pada waktu itu menari-nari sambil bernyanyi begini, ‘Raja Saul membunuh beribu-ribu orang musuh, tetapi Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang musuh.’"

12Kata-kata itu mengganggu fikiran Daud, dan dia menjadi sangat takut kepada Raja Akhis.

13Oleh itu, di hadapan mereka Daud berpura-pura gila. Apabila mereka mencuba menahannya, dia seolah-olah kurang waras; dia menggores-gores pintu kota dan membiarkan air liurnya meleleh ke janggut.

14Kemudian Raja Akhis bertitah kepada para pegawainya, "Tidakkah kamu nampak bahawa orang itu gila? Mengapa kamu membawa dia ke mari?

15Masih kurangkah orang gila di sekeliling beta, sehingga kamu membawa seorang gila lagi ke istana beta?"


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Samuel 21 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel