Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 12 >> 

Pengikut Daud daripada Suku Benyamin

1Ketika Daud melarikan diri daripada Raja Saul, Daud lari ke Ziklag. Semasa Daud di tempat itu, banyak askar yang setia dan berpengalaman datang bergabung dengan dia.

2Mereka sama suku dengan Raja Saul, iaitu suku Benyamin. Askar-askar itu pandai memanah dan menghumban batu, baik dengan tangan kanan mahupun dengan tangan kiri.

3Mereka dipimpin oleh Ahiezer dan Yoas, anak-anak Semaa dari Gibea. Inilah askar-askar itu: Yeziel dan Pelet, anak-anak Azmawet Berakha dan Yehu dari Anatot Yismaya dari Gibeon, seorang askar terkenal yang menjadi salah seorang pemimpin "Kumpulan Tiga Puluh" Yeremia, Yehaziel, Yohanan, dan Yozabad dari Gedera Eluzai, Yerimot, Bealya, Semarya, dan Sefaca dari Haruf Elkana, Yisia, Azareel, Yoezer, dan Yasobam daripada puak Korah Yoela dan Zebaja, anak-anak Yeroham dari Gedor.

4(12:3)

5(12:3)

6(12:3)

7(12:3)

Pengikut Daud daripada Suku Gad

8Pada masa Daud berada di kubu di padang gurun, banyak askar terkenal dan berpengalaman daripada suku Gad datang bergabung dengan dia. Mereka mahir menggunakan perisai dan tombak; mereka kelihatan berani seperti singa dan gerak mereka tangkas seperti rusa.

9Inilah nama-nama mereka menurut urutan pangkat: Ezer, Obaja, Eliab, Mismana, Yeremia, Atai, Eliel, Yohanan, Elzabad, Yeremia, dan Makhbanai.

10(12:9)

11(12:9)

12(12:9)

13(12:9)

14Beberapa orang antara orang Gad itu adalah pegawai tinggi yang mengetuai pasukan seribu orang; beberapa orang lain adalah pegawai rendah yang mengetuai pasukan seratus orang.

15Pada bulan pertama, ketika Sungai Yordan sedang banjir, askar-askar itu menyeberangi sungai lalu mengusir penduduk lembah, baik lembah di sebelah timur mahupun lembah di sebelah barat sungai itu.

Pengikut Daud daripada Suku Benyamin dan Yehuda

16Pada suatu masa, sekelompok orang daripada suku Benyamin dan suku Yehuda pergi ke kubu tempat Daud tinggal.

17Daud menemui mereka dan berkata, "Jika kamu datang sebagai sahabat untuk menolong saya, sila bergabung dengan kami. Kami menyambut kamu dengan senang hati. Tetapi jika kamu hendak mengkhianati saya dan menyerahkan saya kepada musuh, walaupun saya tidak pernah berbuat jahat kepada kamu, Allah yang disembah nenek moyang kita akan mengetahuinya dan Dia akan menghukum kamu."

18Salah seorang daripada mereka, iaitu Amasai, yang kemudian menjadi pemimpin pasukan yang disebut "Kumpulan Tiga Puluh", dikuasai oleh Roh Allah. Lalu Amasai berkata, "Daud anak Isai, kami pengikut tuan! Semoga tuan dan mereka yang menolong tuan berjaya! Allah memihak tuan!" Daud menyambut mereka dan melantik mereka menjadi pegawai tenteranya.

Pengikut Daud daripada Suku Manasye

19Beberapa orang askar daripada suku Manasye bergabung dengan Daud ketika Daud bersama-sama orang Filistin pergi berperang dengan Raja Saul. Sebenarnya, Daud tidak menolong orang Filistin, kerana raja-raja orang Filistin takut Daud akan mengkhianati mereka dan memihak kepada Raja Saul, tuannya dahulu.

20Inilah askar-askar daripada suku Manasye yang bergabung dengan Daud ketika Daud dalam perjalanan pulang ke Ziklag: Adnah, Yozabad, Yediael, Mikhael, Yozabad, Elihu, dan Ziletai. Mereka masing-masing mengetuai pasukan seribu orang.

21Mereka askar yang gagah berani dan membantu Daud melawan perompak. Pada kemudian hari, mereka menjadi pegawai tentera dalam angkatan perang Israel.

22Hampir tiap-tiap hari ada orang baru yang bergabung dengan Daud, sehingga tidak lama kemudian pasukan Daud menjadi sangat besar.

Senarai Askar Daud

23Pada masa Daud berada di Hebron, banyak askar yang terlatih bergabung dengan dia. Mereka membantu dia menjadi raja bagi menggantikan Raja Saul, sebagaimana yang dijanjikan TUHAN. Jumlah mereka adalah seperti berikut: Daripada suku Yehuda: 6,800 orang, lengkap dengan perisai dan tombak. Daripada suku Simeon: 7,100 orang yang terlatih. Daripada suku Lewi: 4,600 orang. Para pengikut Yoyada, seorang keturunan Harun: 3,700 orang. Sanak saudara Zadok, seorang askar muda yang berani: 22 orang terkemuka. Daripada suku Benyamin (suku Raja Saul): 3,000 orang (kebanyakan orang daripada suku Benyamin tetap setia kepada Raja Saul). Daripada suku Efraim: 20,800 orang yang terkenal dalam puak mereka sendiri. Daripada suku Manasye Barat: 18,000 orang dipilih untuk menjadikan Daud raja. Daripada suku Isakhar: 200 orang pemimpin, bersama dengan anak buah mereka; para pemimpin ini pandai menentukan apa yang harus dilakukan oleh rakyat Israel pada masa yang tepat. Daripada suku Zebulon: 50,000 orang yang setia dan dapat dipercaya, serta mahir menggunakan segala jenis senjata, dan yang bersedia untuk bertempur. Daripada suku Naftali: 1,000 orang pemimpin bersama-sama 37,000 orang yang lengkap dengan perisai dan tombak. Daripada suku Dan: 28,600 orang yang terlatih. Daripada suku Asyer: 40,000 orang yang sedia untuk bertempur. Daripada suku-suku di sebelah timur Yordan, iaitu suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur: 120,000 orang yang mahir menggunakan segala jenis senjata.

24(12:23)

25(12:23)

26(12:23)

27(12:23)

28(12:23)

29(12:23)

30(12:23)

31(12:23)

32(12:23)

33(12:23)

34(12:23)

35(12:23)

36(12:23)

37(12:23)

38Semua askar itu, yang siap untuk berperang, pergi ke Hebron. Mereka bertekad untuk melantik Daud menjadi raja seluruh Israel. Semua orang Israel yang lain pun sehati untuk melakukan hal itu.

39Mereka tinggal di sana bersama-sama Daud selama tiga hari. Mereka berpesta dan menikmati makanan dan minuman yang disediakan untuk mereka oleh orang Israel yang lain.

40Daripada suku Isakhar, Zebulon, dan Naftali, yang jauh di utara pun ada orang datang membawa keldai, unta, baghal, dan lembu yang dimuati bahan makanan: tepung, buah ara, kismis, wain, dan minyak zaitun. Mereka juga membawa lembu dan domba untuk disembelih dan dimakan. Semua itu menyatakan kegembiraan rakyat di seluruh negeri.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel