Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 14 >> 

Hal-Hal yang Dilakukan Raja Daud di Yerusalem

1Raja Hiram dari Tirus mengutus duta-dutanya kepada Raja Daud, dan mengirim juga kayu sedar, tukang kayu, serta tukang batu untuk membina istana.

2Oleh itu Raja Daud sedar bahawa TUHAN telah mengukuhkan kedudukan baginda sebagai raja Israel dan menguatkan kerajaan baginda untuk kepentingan umat TUHAN.

3Di Yerusalem, Raja Daud mengambil beberapa orang isteri lagi, lalu mendapat lebih banyak putera dan puteri.

4Inilah putera-puteranya yang dilahirkan di Yerusalem: Syamua, Sobab, Natan, Salomo,

5Yibhar, Elisua, Elpelet,

6Nogah, Nefeg, Yafia,

7Elisama, Beelyada, dan Elifelet.

Kemenangan atas Orang Filistin

8Apabila orang Filistin mendengar bahawa Raja Daud telah menjadi raja seluruh Israel, mereka datang untuk menangkap baginda. Oleh itu Raja Daud pergi berperang melawan mereka.

9Orang Filistin tiba di Lembah Refaim dan mula merompak.

10Mendengar hal itu, Raja Daud bertanya kepada Allah, "Haruskah aku menyerang orang Filistin? Adakah Engkau memberi aku kemenangan?" TUHAN menjawab, "Seranglah! Aku akan memberi engkau kemenangan!"

11Oleh itu Raja Daud menyerang orang Filistin di Baal-Perasim dan mengalahkan mereka. Raja Daud bertitah, "Umpama banjir besar, Allah telah menembusi pertahanan musuh dengan perantaraan beta." Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Baal-Perasim.

12Apabila tentera Filistin lari, mereka meninggalkan patung-patung berhala mereka. Raja Daud memberikan perintah untuk membakar patung-patung itu.

13Tidak lama kemudian, orang Filistin kembali semula ke Lembah Refaim dan merompak lagi.

14Sekali lagi Raja Daud meminta petunjuk daripada Allah, dan Allah menjawab, "Jangan serang mereka dari sini, tetapi berjalanlah berkeliling dan seranglah mereka dari seberang, dekat pokok-pokok kertau.

15Apabila engkau mendengar bunyi derap di atas pokok-pokok itu, lancarkanlah serangan, kerana Aku akan berjalan mendahului kamu untuk mengalahkan tentera Filistin."

16Raja Daud menurut perintah Allah kepadanya. Raja Daud dan pasukannya memukul mundur orang Filistin, bermula dari Gibeon sampai ke Gezer.

17Oleh itu nama Raja Daud termasyhur ke merata tempat, dan TUHAN menyebabkan semua bangsa takut kepada Raja Daud.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel