Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 18 >> 

Kemenangan Raja Daud dalam Peperangan

1Beberapa waktu kemudian, Raja Daud menyerang dan mengalahkan orang Filistin, serta merebut kota Gat dan pekan-pekan di sekitarnya.

2Raja Daud juga mengalahkan orang Moab sehingga mereka takluk dan membayar ufti kepadanya.

3Kemudian Raja Daud mengalahkan Raja Hadadezer, pemerintah di Zoba dekat wilayah Hamat di negeri Siria. Pada masa itu Raja Hadadezer dalam perjalanan untuk menguasai wilayah dekat hulu Sungai Efrat.

4Raja Daud merampas 1,000 buah kereta kuda, dan menawan 7,000 orang tentera berkuda serta 20,000 orang tentera berjalan kaki. Baginda melumpuhkan semua kuda, kecuali beberapa ekor, yang cukup untuk menarik 100 buah kereta kuda.

5Apabila orang Siria dari Damsyik mengirim tentera untuk menolong Raja Hadadezer, Raja Daud menyerang tentera itu dan membunuh 22,000 orang.

6Kemudian Raja Daud mendirikan perkhemahan tentera di wilayah mereka, lalu mereka takluk dan membayar ufti kepada baginda. TUHAN memberikan kemenangan kepada Raja Daud di mana sahaja baginda berperang.

7Raja Daud merampas perisai-perisai emas yang digunakan oleh para pegawai Raja Hadadezer, lalu membawa semuanya ke Yerusalem.

8Selain itu Raja Daud juga menjarah banyak sekali gangsa dari Tibhat dan Kun, kota-kota yang dahulu dikuasai oleh Raja Hadadezer. (Pada kemudian hari, gangsa itu digunakan oleh Raja Salomo untuk membuat tangki, tiang-tiang, dan perkakas ibadat di Rumah TUHAN.)

9Raja Tou, pemerintah negeri Hamat, mendengar bahawa Raja Daud telah mengalahkan segenap tentera Raja Hadadezer.

10Oleh itu Raja Tou mengutus Yoram, puteranya untuk menyampaikan salam kepada Raja Daud dan mengucapkan tahniah atas kemenangannya terhadap Raja Hadadezer. Raja Tou sendiri telah banyak kali berperang melawan Raja Hadadezer. Yoram menghadap Raja Daud dengan membawa banyak hadiah daripada emas, perak, dan gangsa.

11Raja Daud mempersembahkan semua hadiah itu kepada TUHAN untuk digunakan dalam upacara ibadat. Demikian juga yang dilakukan oleh Raja Daud dengan barang-barang perak dan emas yang telah dijarahnya daripada bangsa-bangsa yang dikalahkan baginda, iaitu bangsa Edom, Moab, Amon, Filistin, dan Amalek.

12Abisai, (ibunya bernama Zeruya) mengalahkan dan membunuh 18,000 orang Edom di Lembah Asin,

13lalu mendirikan perkhemahan tentera di seluruh negeri Edom. Oleh itu orang Edom takluk kepada Raja Daud. TUHAN memberikan kemenangan kepada Raja Daud di mana sahaja baginda berperang.

14Raja Daud memerintah seluruh Israel dan memastikan supaya rakyatnya selalu diperlakukan dengan adil dan baik.

15Inilah pegawai-pegawai tinggi yang dilantik oleh Raja Daud: Panglima angkatan tentera: Yoab, abang Abisai; Setiausaha negara: Yosafat anak Ahilud; Imam-imam: Zadok anak Ahitub dan Ahimelekh anak Abyatar; Setiausaha istana: Sausa; Ketua pengawal peribadi raja: Benaya anak Yoyada Putera-putera Raja Daud memegang jawatan penting dalam pemerintahan baginda.

16(18:15)

17(18:15)


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel