Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 25 >> 

Pemuzik di Rumah TUHAN

1Untuk memimpin upacara-upacara ibadat, Raja Daud dan para pemimpin orang Lewi memilih puak-puak daripada suku Lewi yang berikut: Asaf, Heman, dan Yedutun. Mereka ditugaskan untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah dengan diiringi kecapi, gambus, dan simbal. Untuk memimpin ibadat dengan upacaranya, dipilih kumpulan-kumpulan yang berikut:

2Empat orang anak lelaki Asaf: Zakur, Yusuf, Netanya, dan Asarela. Pemimpin mereka ialah Asaf, yang menyampaikan perkhabaran daripada Allah, apabila disuruh oleh raja.

3Enam orang anak lelaki Yedutun: Gedalya, Zeri, Yesaya, Simei, Hasabya, dan Matica. Di bawah pimpinan bapa mereka, mereka menyampaikan perkhabaran daripada Allah dengan diiringi kecapi. Mereka menyanyikan lagu pujian dan lagu kesyukuran kepada TUHAN.

4Empat belas orang anak lelaki Heman: Bukia, Matanya, Uziel, Sebuel, Yerimot, Hananya, Hanani, Eliata, Gidalti, Romamti-Ezer, Yosbekasa, Maloti, Hotir, dan Mahaziot.

5Heman ialah nabi peribadi raja. TUHAN mengurniakan empat belas orang anak lelaki itu dan tiga orang anak perempuan kepada Heman kerana TUHAN telah berjanji untuk memberikan kedudukan terhormat kepadanya.

6Semua anak lelaki Heman itu memainkan simbal, kecapi, dan gambus di bawah pimpinan bapa mereka untuk mengiringi upacara ibadat di dalam Rumah TUHAN. Asaf, Yedutun, dan Heman mendapat tugas menurut petunjuk daripada raja.

7Kesemua 24 orang lelaki itu dan sanak saudara mereka ialah ahli muzik yang terlatih. Mereka semua berjumlah 288 orang.

8Untuk menentukan giliran bertugas, mereka semua membuang undi, baik yang muda mahupun yang tua, baik yang berpengalaman mahupun yang baru belajar.

9Kesemua 288 orang itu dibahagikan kepada 24 kumpulan menurut keluarga masing-masing. Tiap-tiap kumpulan terdiri daripada 12 orang di bawah pimpinan seorang pemimpin. Inilah susunan nama mereka menurut giliran bertugas: 1. Yusuf daripada keluarga Asaf ~~ 13. Subael; 2. Gedalya ~~ 14. Matica; 3. Zakur ~~ 15. Yeremot; 4. Yizri ~~ 16. Hananya; 5. Netanya ~~ 17. Yosbekasa; 6. Bukia ~~ 18. Hanani; 7. Yesarela ~~ 19. Maloti; 8. Yesaya ~~ 20. Eliata; 9. Matanya ~~ 21. Hotir; 10. Simei ~~ 22. Gidalti; 11. Azareel ~~ 23. Mahaziot; 12. Hasabya ~~ 24. Romamti-Ezer.

10(25:9)

11(25:9)

12(25:9)

13(25:9)

14(25:9)

15(25:9)

16(25:9)

17(25:9)

18(25:9)

19(25:9)

20(25:9)

21(25:9)

22(25:9)

23(25:9)

24(25:9)

25(25:9)

26(25:9)

27(25:9)

28(25:9)

29(25:9)

30(25:9)

31(25:9)


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 25 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel