Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Samuel 6 >> 

Tabut Perjanjian Dibawa ke Yerusalem

1Sekali lagi Raja Daud mengumpulkan askar-askar yang terbaik di Israel, sebanyak tiga puluh ribu orang.

2Baginda memimpin mereka ke Baale di Yehuda, untuk mengambil Tabut Perjanjian yang disebut dengan nama TUHAN Yang Maha Kuasa, yang bertakhta di atas kerub.

3Mereka mengambil Tabut Perjanjian itu dari rumah Abinadab di atas bukit, lalu meletakkannya di atas sebuah kereta lembu yang baru. Kereta lembu itu diiringi oleh anak-anak Abinadab, Uza, dan Ahio. Uza berjalan disamping kereta lembu itu,

4dan Ahio berjalan di hadapannya.

5Raja Daud dan semua orang Israel berjalan di hadapan Tabut Perjanjian sambil menari dan menyanyi dengan segenap tenaga mereka untuk menghormati TUHAN. Mereka bermain kecapi, gambus, rebana, kelentung, dan ceracap.

6Apabila mereka sampai di tempat mengirik gandum kepunyaan Nakhon, lembu-lembu itu tergelincir, lalu Uza menghulurkan tangan dan memegang Tabut Perjanjian.

7Pada saat itu juga TUHAN Allah murka dengan Uza dan membunuh dia, kerana perbuatannya itu merupakan penghinaan kepada TUHAN. Uza mati di sebelah Tabut Perjanjian.

8Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Peres-Uza. Raja Daud murka kerana TUHAN telah membinasakan Uza.

9Tetapi Raja Daud takut juga akan TUHAN. Raja Daud bertitah, "Sekarang bagaimanakah beta dapat membawa Tabut Perjanjian itu?"

10Oleh itu baginda tidak mahu lagi membawa Tabut Perjanjian ke Yerusalem. Sebaliknya baginda membawa Tabut Perjanjian itu ke rumah Obed-Edom, orang yang berasal dari Gat.

11Tabut Perjanjian berada di sana selama tiga bulan, dan TUHAN memberkati Obed-Edom serta keluarganya.

12Raja Daud mendengar bahawa TUHAN telah memberkati keluarga Obed-Edom dan segala yang ada padanya, kerana Tabut Perjanjian. Maka Raja Daud pergi ke rumah Obed-Edom dan mengambil Tabut Perjanjian itu. Baginda memindahkan Tabut Perjanjian ke Yerusalem dengan perayaan besar.

13Setelah orang yang mengangkat Tabut Perjanjian melangkah maju enam langkah, Raja Daud menyuruh mereka berhenti. Lalu baginda mempersembahkan korban kepada TUHAN, iaitu seekor lembu jantan dan seekor anak lembu yang digemukkan.

14Raja Daud menari-nari dengan penuh semangat untuk menghormati TUHAN. Pada waktu itu baginda hanya memakai kain linen pendek yang diikat pada pinggangnya.

15Demikianlah Raja Daud dan segenap rakyat Israel membawa Tabut Perjanjian ke Yerusalem sambil bersorak-sorai dengan diiringi tiupan trompet.

16Ketika Tabut Perjanjian dibawa masuk ke dalam kota, Mikhal puteri Raja Saul, menjenguk dari jendela lalu nampak Raja Daud menari-nari dan melompat-lompat untuk menghormati TUHAN. Mikhal berasa muak melihat Raja Daud.

17Kemudian mereka meletakkan Tabut Perjanjian di tempatnya di dalam khemah yang sudah didirikan oleh Raja Daud untuk Tabut Perjanjian. Raja Daud mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk memohon berkat TUHAN.

18Setelah Raja Daud mempersembahkan korban, baginda memberkati rakyat Israel dengan nama TUHAN Yang Maha Kuasa,

19dan membahagi-bahagikan makanan kepada mereka semua. Baginda memberikan seketul roti, sepotong daging panggang, dan kismis kepada setiap lelaki dan perempuan di Israel. Selepas itu mereka pulang ke rumah masing-masing.

20Selepas itu, apabila Raja Daud pulang untuk memberikan salam kepada keluarganya, Mikhal menemui baginda. Mikhal berkata, "Pada hari ini raja Israel telah sungguh-sungguh membuat dirinya terhormat! Raja telah bertelanjang seperti orang dungu yang tidak tahu malu di hadapan hamba-hamba perempuan milik para pegawai istana!"

21Raja Daud menjawab, "Aku menari untuk menghormati TUHAN. Dia telah menolak bapamu serta keluargamu, lalu memilih aku sebagai pemimpin umat-Nya Israel. Aku akan terus menari dan bersedia dihina lebih daripada tadi untuk menghormati TUHAN. Engkau memandang rendah kepadaku, tetapi hamba-hamba perempuan itu menghormati aku!"

22(6:21)

23Mikhal, puteri Raja Saul, tidak mempunyai anak seumur hidupnya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Samuel 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel