Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Amsal 10 >> 

Kata-Kata Hikmat Raja Salomo

1Inilah kata-kata hikmat Raja Salomo: Anak yang bijaksana menjadi kebanggaan bapanya; anak yang bodoh menyedihkan ibunya.

2Kekayaan yang diperoleh dengan curang tidak membawa kebaikan, tetapi kejujuran menyelamatkan nyawa.

3TUHAN tidak akan membiarkan orang baik kelaparan, tetapi Dia menghalang orang jahat mencapai hasrat mereka.

4Orang malas akan jatuh miskin, tetapi orang rajin akan menjadi kaya.

5Orang bijak mengumpulkan hasil pada musim menuai; orang yang tidur pada waktu itu mendatangkan malu.

6Orang baik akan menerima berkat. Orang jahat menyembunyikan kekejaman di balik kata-kata mereka.

7Orang baik akan sentiasa dikenang, sedangkan orang jahat akan segera dilupakan.

8Orang bijak suka menerima nasihat. Orang yang merepek akan binasa.

9Orang jujur akan hidup aman, tetapi orang yang menipu akhirnya akan ketahuan.

10Orang yang menyembunyikan kebenaran menimbulkan kesusahan, tetapi orang yang menegur ajar dengan terus-terang mendatangkan kesejahteraan.

11Kata-kata orang baik mendatangkan hidup bahagia, tetapi di balik kata-kata orang jahat tersembunyi kekejaman.

12Kebencian menimbulkan pertengkaran, tetapi kasih mengampunkan segala kesalahan.

13Orang cerdik mengucapkan kata-kata bijak, tetapi orang bodoh perlu dihukum.

14Orang bijak mengumpulkan ilmu, tetapi orang bodoh menimbulkan kekacauan dengan repekan mereka.

15Kekayaan melindungi orang kaya, tetapi kemiskinan membinasakan orang miskin.

16Perbuatan baik mendatangkan hidup bahagia, tetapi dosa hanya mengakibatkan lebih banyak dosa.

17Orang yang menerima teguran akan hidup sejahtera, tetapi orang yang tidak mahu mengakui kesalahannya berada dalam bahaya.

18Orang yang menyembunyikan kebenciannya ialah pendusta. Orang yang mengumpat ialah orang bebal.

19Semakin banyak bercakap, semakin besar kemungkinan berdosa. Orang bijak berhati-hati dengan kata-kata mereka.

20Perkataan orang baik bagaikan perak murni, tetapi buah fikiran orang jahat tidak bererti.

21Perkataan orang baik merupakan berkat bagi banyak orang, tetapi orang bodoh mati kerana kebodohan mereka.

22Berkat TUHAN sahajalah yang menjadikan orang kaya. Kerja keras tidak akan menambah kekayaan.

23Orang bodoh menyukai perbuatan salah; orang bijak menyukai hikmat.

24Orang baik mendapat keinginan mereka, tetapi orang jahat mendapat apa yang paling ditakuti mereka.

25Orang jahat lenyap apabila ribut melanda, tetapi orang jujur tetap selamat.

26Jangan suruh orang malas kerana mereka menyusahkan sahaja seperti gigi ngilu kena cuka atau mata pedih kena asap.

27Orang yang takut dan hormat kepada TUHAN akan hidup lama; orang jahat akan mati sebelum saatnya.

28Harapan orang baik menjadikan mereka bahagia, tetapi harapan orang jahat kosong belaka.

29TUHAN melindungi orang jujur, tetapi Dia membinasakan orang jahat.

30Orang baik akan tetap hidup selamat, tetapi orang jahat akan kehilangan tanah pusaka.

31Orang jujur akan berucap dengan bijak, tetapi mulut pendusta akan dibungkamkan.

32Kata-kata orang baik menyenangkan hati, tetapi kata-kata orang jahat sentiasa menyakitkan hati.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amsal 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel