Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Amsal 13 >> 

1Anak yang bijak menerima tegur ajar bapa, tetapi orang yang sombong tidak mahu menerima tegur ajar.

2Kata-kata orang baik mendatangkan balasan yang baik, tetapi orang yang penuh dengan muslihat suka akan keganasan.

3Orang yang berhati-hati dengan kata-katanya, melindungi diri sendiri. Orang yang bercakap sembarangan, membinasakan dirinya.

4Orang malas yang banyak keinginan, tidak akan mencapainya. Orang rajin akan mendapat apa sahaja yang diingini mereka.

5Orang jujur membenci dusta, tetapi kata-kata orang jahat memalukan dan membawa aib.

6Kejujuran melindungi orang yang tidak bersalah, tetapi kejahatan mencelakakan orang yang berdosa.

7Ada orang berpura-pura kaya, padahal tidak memiliki apa-apa. Ada pula orang berpura-pura miskin, padahal kaya raya.

8Orang kaya terpaksa menebus nyawa dengan kekayaan, tetapi orang miskin bebas daripada ancaman.

9Orang salih bagaikan pelita yang terang, tetapi orang jahat bagaikan pelita yang hampir padam.

10Kesombongan hanya membawa kesusahan; lebih bijak meminta nasihat.

11Kekayaan yang diperoleh dengan mudah, cepat habis, tetapi harta yang dikumpulkan sedikit demi sedikit akan semakin bertambah.

12Apabila harapan hancur, hati pun hancur; apabila hasrat tercapai, hati gembira.

13Orang yang menolak firman Allah akan mencelakakan diri, sebaliknya orang yang taat kepada perintah Allah akan mendapat pahala.

14Ajaran orang bijak bagaikan sumber kehidupan; apabila ada ancaman, ajaran itu menyelamatkan nyawa.

15Orang bijak mendapat kehormatan, tetapi orang yang tidak dapat dipercayai menuju kebinasaan.

16Orang bijak sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak, tetapi orang bodoh mengiklankan kebodohan mereka.

17Utusan yang tidak bertanggungjawab mendatangkan kesusahan, tetapi utusan yang dapat dipercayai mendatangkan kesejahteraan.

18Orang yang tidak mahu diajar akan menjadi miskin dan hina, tetapi orang yang mengendahkan nasihat akan dihormati.

19Alangkah baiknya mendapat apa yang diinginkan! Orang bodoh tidak mahu berpaling daripada kejahatan.

20Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak; orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.

21Kesusahan mengekori orang berdosa, tetapi orang baik menerima kebaikan.

22Orang baik akan mewariskan hartanya kepada anak cucu, sedangkan harta orang berdosa diwarisi oleh orang yang lurus hati.

23Tanah kosong dapat menghasilkan banyak makanan untuk orang miskin, tetapi orang yang tidak adil menghalang tanah itu daripada diusahakan.

24Orang yang tidak memukul anaknya, tidak mengasihi anak itu. Orang yang mengasihi anaknya akan mendisiplinkan anak itu.

25Orang baik sentiasa cukup makanan, tetapi orang jahat sentiasa kelaparan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amsal 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel