Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Amsal 28 >> 

1Orang jahat lari walaupun tiada sesiapa yang mengejar mereka, tetapi orang jujur berani seperti singa.

2Apabila bangsa memberontak, pemerintahnya bertukar-tukar; apabila pemimpin pandai dan bijak, pemerintahannya kuat dan kukuh.

3Penguasa yang menindas orang miskin bagaikan hujan lebat yang memusnahkan tuaian.

4Sesiapa yang mengabaikan hukum, memihak orang jahat; sesiapa yang mentaati hukum, memusuhi orang jahat.

5Orang jahat tidak memahami keadilan; orang yang menyembah TUHAN, sungguh-sungguh memahaminya.

6Lebih baik miskin dan jujur daripada kaya dan curang.

7Orang muda yang mentaati hukum adalah bijak. Orang yang bersahabat dengan pemboros memalukan bapanya.

8Sesiapa yang menjadi kaya dengan mengenakan kadar bunga wang yang tinggi serta memperdaya orang lain, hartanya akan menjadi milik orang yang berbelas kasihan kepada orang miskin.

9Jika kamu tidak mentaati hukum, doa kamu pun akan menjijikkan.

10Sesiapa yang menyesatkan orang jujur, akan dijerat oleh perbuatan jahatnya sendiri. Orang yang tidak bersalah akan diberkati sehingga bahagia.

11Orang kaya sentiasa menganggap diri mereka bijak, tetapi orang miskin yang bijak tahu sifat sebenar orang kaya itu.

12Apabila orang baik menjadi penguasa, semua orang bersukacita, tetapi jika orang jahat memerintah, semua orang bersembunyi.

13Sesiapa menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Sesiapa mengakui dan meninggalkan dosanya, akan dikasihani Allah.

14Berbahagialah orang yang mentaati TUHAN, tetapi orang yang keras kepala akan dimusnahkan.

15Penguasa jahat yang menindas orang miskin bagaikan singa yang mengaum atau beruang yang menyerang.

16Penguasa yang bodoh itu kejam, tetapi penguasa yang membenci kecurangan akan memerintah lama.

17Seorang pembunuh akan merasa dikejar-kejar sampai ke ajalnya. Jangan cuba menolong dia.

18Orang yang jujur akan selamat, tetapi orang yang menipu akan binasa dengan tiba-tiba.

19Petani yang bekerja keras akan mendapat banyak makanan, tetapi orang yang membuang masa akan sentiasa miskin.

20Orang jujur akan hidup bahagia, tetapi orang yang hendak cepat kaya, tidak akan terlepas daripada hukuman.

21Bersikap berat sebelah adalah perbuatan yang salah, tetapi ada hakim berbuat demikian untuk menerima rasuah walaupun sedikit.

22Orang yang kikir ingin cepat kaya. Dia tidak sedar bahawa kemiskinan segera menimpa dia.

23Orang yang memberikan tegur ajar akhirnya lebih dihargai daripada orang yang memberikan pujian.

24Sesiapa yang mencuri daripada ibu bapanya dan menyangka perbuatan itu bukan dosa sama juga dengan pencuri.

25Sifat tamak mendatangkan kesusahan. Sesiapa yang bergantung kepada TUHAN akan berbahagia.

26Orang yang mengikut pendapat sendiri adalah bodoh. Orang yang mengikut ajaran orang yang bijak akan selamat.

27Sesiapa yang memberi kepada orang miskin tidak akan kekurangan. Sesiapa yang menutup mata terhadap orang miskin akan kena kutuk.

28Apabila orang jahat menjadi penguasa, rakyat bersembunyi; tetapi apabila orang jahat binasa, orang adil akan memerintah lagi di merata tempat.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amsal 28 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel