Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Hakim-hakim 10 >> 

Tola

1Selepas Abimelekh meninggal, Tola anak Pua, menjadi pemimpin untuk membebaskan Israel. Tola ialah cucu Dodo daripada suku Isakhar. Tola tinggal di Samir, di perbukitan Efraim.

2Dia memimpin umat Israel selama dua puluh tiga tahun. Kemudian dia meninggal dan dikebumikan di Samir.

Yair

3Selepas Tola, bangsa Israel dipimpin oleh Yair. Dia memimpin Israel selama dua puluh dua tahun. Yair berasal dari Gilead.

4Tola mempunyai tiga puluh orang anak lelaki yang menunggang tiga puluh ekor keldai. Anak-anaknya itu mempunyai tiga puluh buah pekan di wilayah Gilead. Pekan-pekan itu masih disebut pekan-pekan Yair hingga sekarang.

5Kemudian Yair meninggal dan dikebumikan di Kamon.

Yefta

6Sekali lagi umat Israel berdosa terhadap TUHAN. Mereka menyembah Baal dan Asytoret serta dewa-dewa bangsa Siria, Sidon, Moab, Amon, dan Filistin. Mereka meninggalkan TUHAN dan tidak lagi menyembah Dia.

7Oleh itu TUHAN murka terhadap umat Israel. Dia membiarkan orang Filistin dan orang Amon mengalahkan mereka.

8Selama lapan belas tahun mereka menindas dan menganiaya orang Israel yang tinggal di Gilead, iaitu di wilayah orang Amori di sebelah timur Sungai Yordan.

9Orang Amon juga menyeberang Sungai Yordan untuk memerangi suku Yehuda, Benyamin, dan Efraim sehingga umat Israel sangat menderita.

10Kemudian umat Israel berseru kepada TUHAN. Mereka berkata, "Kami telah berdosa terhadap-Mu, ya Allah, kerana kami meninggalkan Engkau lalu menyembah dewa-dewa Baal."

11TUHAN menjawab umat Israel, "Orang Mesir, Amori, Amon, Filistin,

12Sidon, Amalek, dan Maon telah menindas kamu pada masa yang lalu, dan kamu telah berseru kepada-Ku. Tidakkah Aku menyelamatkan kamu daripada kuasa mereka?

13Tetapi meskipun begitu, kamu masih juga meninggalkan Aku dan menyembah dewa-dewa. Sekarang Aku tidak mahu menyelamatkan kamu lagi.

14Pergilah minta tolong kepada dewa-dewa yang telah kamu pilih itu. Biarlah dewa-dewa itu menyelamatkan kamu apabila kamu dalam kesusahan."

15Tetapi umat Israel berkata kepada TUHAN, "Kami telah berdosa. Lakukanlah apa saja kepada kami, asal Engkau menolong kami hari ini."

16Kemudian mereka membuang semua patung berhala, lalu menyembah TUHAN. Maka Dia pun terharu melihat kesusahan yang dialami oleh umat Israel.

17Pada masa itu tentera Amon sedang bersedia untuk berperang dan sedang berkhemah di Gilead. Umat Israel berkumpul lalu berkhemah di Mizpa, di Gilead.

18Di sana rakyat dan para pemimpin suku Israel berkata kepada satu sama lain, "Orang yang berani memimpin tentera untuk melawan orang Amon akan menjadi pemerintah semua penduduk Gilead."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Hakim-hakim 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran