Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Kejadian 36 >> 

Keturunan Esau

1Inilah keturunan Esau yang disebut juga Edom.

2Esau berkahwin dengan tiga orang wanita Kanaan: Ada, anak Elon orang Het; Oholibama anak Ana, cucu Zibeon orang Hewi;

3Basmat anak Ismael, adik Nebayot.

4Ada melahirkan Elifas, Basmat melahirkan Rehuel,

5dan Oholibama melahirkan Yeus, Yaelam, dan Korah. Semua anak lelaki Esau itu dilahirkan di negeri Kanaan.

6Kemudian Esau meninggalkan Yakub dan pergi ke negeri lain bersama dengan semua isterinya, anak lelakinya, anak perempuannya, serta semua orang dalam rumahnya. Dia juga membawa semua ternakan dan harta benda yang sudah diperolehinya di Kanaan.

7Esau berpisah daripada Yakub kerana harta mereka terlalu banyak, sehingga mereka tidak dapat tinggal bersama-sama. Lagipun negeri yang didiami mereka itu tidak cukup luas untuk ternakan mereka yang sangat banyak.

8Oleh itu Esau yang juga dinamakan Edom, menetap di kawasan pergunungan Seir.

9Inilah keturunan Esau, nenek moyang orang Edom.

10Isteri Esau yang bernama Ada melahirkan seorang anak lelaki, bernama Elifas. Elifas mempunyai lima orang anak lelaki: Teman, Omar, Zefo, Gaetam, dan Kenas. Elifas mempunyai seorang gundik bernama Timna. Dia melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Amalek. Isteri Esau yang bernama Basmat melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Rehuel. Rehuel mempunyai empat orang anak lelaki: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza.

11(36:10)

12(36:10)

13(36:10)

14Isteri Esau yang bernama Oholibama, iaitu anak Ana dan cucu Zibeon, melahirkan tiga orang anak lelaki: Yeus, Yaelam, dan Korah.

15Inilah ketua-ketua suku keturunan Esau: Elifas, anak sulung Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Teman, Omar, Zefo, Kenas, Korah, Gaetam, dan Amalek.

16Mereka semua keturunan Ada, isteri Esau.

17Rehuel, anak Esau, ialah nenek moyang suku-suku yang berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza. Mereka semua keturunan Basmat, isteri Esau.

18Suku-suku berikut ialah keturunan Esau daripada isterinya yang bernama Oholibama anak Ana: Yeus, Yaelam, dan Korah.

19Semua suku itu keturunan Esau.

Keturunan Seir

20Penduduk asli tanah Edom terdiri daripada suku-suku keturunan Seir, orang Hori. Suku-suku itu ialah Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan.

21(36:20)

22Lotan ialah nenek moyang puak Hori dan Heman. (Lotan mempunyai saudara perempuan bernama Timna).

23Syobal ialah nenek moyang puak Alwan, Manahat, Ebal, Syefo, dan Onam.

24Zibeon mempunyai dua orang anak lelaki, Aya dan Ana. (Ana inilah yang menjumpai sumber-sumber air panas di padang gurun, ketika dia menggembalakan keldai bapanya.)

25Ana ialah bapa Disyon. Disyon ialah nenek moyang puak Hemdan, Esyban, Yitran, dan Keran. Ana juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Oholibama.

26(36:25)

27Ezer ialah nenek moyang puak Bilhan, Zaawan, dan Akan.

28Disyan ialah nenek moyang puak Us dan Aran.

29Inilah beberapa suku Hori di negeri Edom: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan.

30(36:29)

Raja-Raja Edom

31Sebelum ada raja yang memerintah di Israel, raja-raja yang berikut memerintah di tanah Edom secara berturut-turut: Raja Bela anak Beor dari Dinhaba. Raja Yobab anak Zerah dari Bozra. Raja Husyam dari daerah Teman. Raja Hadad anak Bedad dari Awit (bagindalah yang mengalahkan orang Midian dalam peperangan di negeri Moab). Raja Samla dari Masreka. Raja Saul dari Rehobot di pinggir sungai. Raja Baal-Hanan anak Akhbor. Raja Hadar dari Pahu (isterinya bernama Mehetabel, anak Matred dan cucu Mezahab).

32(36:31)

33(36:31)

34(36:31)

35(36:31)

36(36:31)

37(36:31)

38(36:31)

39(36:31)

40Esau ialah nenek moyang suku-suku Edom yang berikut: Timna, Alwa, Yetet, Oholibama, Ela, Pinon, Kenas, Teman, Mibzar, Magdiel, dan Iram. Daerah tempat tinggal setiap suku itu dinamakan dengan nama suku masing-masing.

41(36:40)

42(36:40)

43(36:40)


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kejadian 36 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel