Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Kejadian 40 >> 

Yusuf Mentafsirkan Mimpi Orang Tahanan

1Beberapa lama kemudian dua orang pelayan raja Mesir, iaitu pengurus minuman dan pengurus roti, melakukan kesalahan terhadap raja.

2Oleh sebab itu, raja murka terhadap kedua-dua orang pelayan itu.

3Mereka dimasukkan ke dalam penjara di rumah ketua pengawal istana, di tempat Yusuf ditahan.

4Mereka tinggal lama di penjara itu, lalu ketua pengawal istana menugaskan Yusuf untuk melayani mereka.

5Pada suatu malam pengurus minuman dan pengurus roti itu masing-masing bermimpi. Erti mimpi mereka itu tidak sama.

6Apabila Yusuf datang kepada mereka keesokan paginya, mereka kelihatan muram.

7Oleh itu Yusuf bertanya, "Mengapa begitu muram hari ini?"

8Mereka menjawab, "Kami bermimpi semalam, dan tiada sesiapa pun yang mengetahui ertinya." Yusuf berkata, "Hanya Allah yang membolehkan orang mentafsirkan mimpi. Cuba ceritakan mimpi itu."

9Pengurus minuman itu berkata, "Dalam mimpi itu aku nampak pokok anggur di hadapanku.

10Pokok itu bercabang tiga. Sebaik saja cabang-cabangnya mula berdaun, segera bunga-bunganya berkembang, lalu buahnya masak.

11Pada waktu itu aku sedang memegang cawan minuman raja; oleh itu aku mengambil buah anggur itu dan memerah airnya ke dalam cawan raja, lalu aku menghidangkannya kepada raja."

12Yusuf berkata, "Inilah ertinya. Tiga cabang itu bererti tiga hari.

13Dalam tiga hari ini, tuan akan dibebaskan oleh raja, diampuni dan dikembalikan kepada pekerjaan yang dahulu. Tuan akan menghidangkan cawan minuman kepada raja seperti dahulu.

14Tetapi ingatlah akan saya apabila keadaan tuan sudah baik. Tolong sampaikan masalah saya kepada raja supaya saya dibebaskan dari penjara ini.

15Sebenarnya, dahulu saya diculik dari negeri orang Ibrani. Di sini, di Mesir pun, tidak pernah saya melakukan apa-apa kejahatan sampai harus dimasukkan ke dalam penjara."

16Setelah pengurus roti itu tahu bahawa erti mimpi pengurus minuman itu baik, maka dia berkata kepada Yusuf, "Aku juga bermimpi. Dalam mimpi itu aku menjunjung tiga buah bakul roti.

17Di dalam bakul yang paling atas terdapat bermacam-macam kuih untuk raja, tetapi burung-burung datang memakan kuih-muih itu."

18Yusuf menjawab, "Inilah erti mimpi itu. Tiga buah bakul itu bererti tiga hari.

19Dalam tiga hari ini, raja akan menyuruh orang memenggal kepala tuan lalu menggantungkan mayat tuan pada sebatang tiang, dan burung-burung akan makan daging tuan."

20Tiga hari kemudian, pada hari keputeraan raja, raja mengadakan jamuan besar bagi semua pegawainya. Raja memerintahkan supaya pengurus minuman dan pengurus roti dikeluarkan dari penjara, lalu dibawa ke hadapan semua pegawai istana.

21Raja mengembalikan pengurus minuman kepada pekerjaannya yang dahulu,

22tetapi pengurus roti dihukum mati. Semua hal itu berlaku tepat seperti yang dikatakan Yusuf.

23Namun pengurus minuman itu tidak ingat lagi akan Yusuf. Dia sama sekali lupa akan Yusuf.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kejadian 40 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel