Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Keluaran 39 >> 

Membuat Pakaian untuk Imam

1Dengan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, mereka membuat pakaian indah untuk para imam. Para imam memakai pakaian itu apabila mereka bertugas di Bilik Suci. Mereka membuat pakaian imam untuk Harun seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

2Mereka membuat efod daripada kain linen halus, kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, dan benang emas.

3Mereka menempa kepingan emas dan menjadikannya jaluran-jaluran tipis untuk dijalin bersama kain linen halus dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, yang dihias dengan sulaman.

4Selepas itu mereka membuat dua tali bahu pengikat efod, yang dijahitkan pada sisinya.

5Ikat pinggang yang ditenun halus daripada bahan yang sama, dijahitkan pada efod itu sehingga menjadi satu bahagian, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

6Mereka mencanai batu sardis lalu mengikatnya dengan bingkai emas. Dengan sangat mahir, mereka mengukir nama dua belas orang anak Yakub pada batu-batu permata itu.

7Kemudian batu-batu permata itu dipasang pada tali bahu efod untuk mewakili dua belas suku Israel, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

Membuat Penutup Dada

8Mereka membuat penutup dada dengan bahan-bahan itu juga, sama seperti yang digunakan untuk efod, dan sulamannya pun sama.

9Bentuknya empat persegi dan dilipat dua, 22 sentimeter panjang dan 22 sentimeter lebar.

10Mereka memasang empat baris batu permata pada penutup dada itu. Pada baris pertama dipasangkan batu delima, batu topaz, dan batu garnet;

11pada baris kedua dipasangkan batu zamrud, batu nilam, dan batu berlian;

12pada baris ketiga dipasangkan batu firus, batu akik, dan batu kecubung;

13pada baris keempat dipasangkan batu beril, batu sardis, dan batu jasper. Semua batu permata itu diikat dengan bingkai emas.

14Pada tiap-tiap batu permata itu diukirkan salah satu nama anak-anak Yakub untuk mewakili dua belas suku Israel.

15Mereka membuat rantai daripada emas tulen yang dipintal seperti tali untuk penutup dada itu.

16Mereka membuat dua bingkai emas dan dua gelang emas, lalu memasangkan dua gelang emas itu pada sudut sebelah atas penutup dada.

17Mereka mengikat dua utas rantai emas pada dua gelang emas,

18lalu mengikat hujung rantai emas yang satu lagi pada kedua-dua bingkai. Dengan demikian penutup dada itu dapat dihubungkan dengan bahagian depan tali bahu efod.

19Mereka membuat dua gelang emas dan memasangkannya pada penutup dada, di sudut bawah, di bahagian dalamnya yang kena efod.

20Mereka membuat dua gelang emas lagi, dan memasangkannya ke bahagian bawah di depan dua tali bahu efod, dekat dengan kelim, dan di sebelah atas ikat pinggang yang ditenun halus.

21Sesuai dengan perintah TUHAN kepada Musa, mereka mengikat gelang penutup dada itu pada gelang efod dengan tali biru, agar penutup dada itu terletak di atas ikat pinggang dan tidak terlepas.

Membuat Pakaian Lain untuk Para Imam

22Jubah yang dipakai di bawah efod, seluruhnya ditenun daripada kain bulu berwarna biru.

23Lubang lehernya diperkuat dengan pita tenunan supaya tidak mudah koyak.

24Di sekeliling kelepet sebelah bawah jubah itu, mereka membuat hiasan berupa buah delima daripada kain linen halus dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, di selang-seli dengan loceng daripada emas tulen, menurut perintah TUHAN kepada Musa.

25(39:24)

26(39:24)

27Mereka membuat baju labuh daripada kain linen halus untuk Harun dan anak-anaknya,

28dan juga serban, ikat kepala, celana pendek daripada kain linen,

29ikat pinggang daripada kain linen halus, dan kain bulu berwarna biru, ungu, dan merah, dihias dengan sulaman, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

30Mereka membuat suatu perhiasan daripada emas tulen, suatu tanda yang suci bahawa mereka sudah ditahbiskan. Pada perhiasan itu mereka mengukir perkataan ini: "Ditahbiskan untuk TUHAN."

31Mereka mengikatkan perhiasan itu pada serban dengan tali biru, seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

Pekerjaan Diselesaikan

32Segala pekerjaan membina Khemah TUHAN itu telah selesai. Orang Israel membuat segala-galanya seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

33Mereka membawa Khemah TUHAN kepada Musa dengan segala peralatannya, cangkuk, rangka, kayu lintang, tiang dengan alas tiang;

34penutup daripada kulit domba jantan yang dicelup merah; penutup daripada kulit halus; tirai;

35Tabut Perjanjian yang mengandungi dua buah batu tulis, dan juga kayu pengusungnya serta penutupnya;

36meja dan segala peralatannya, roti yang dipersembahkan kepada Allah;

37kaki pelita daripada emas tulen, pelitanya, semua peralatannya, dan minyak pelita;

38mazbah emas; minyak upacara; kemenyan yang harum; tirai pintu Khemah TUHAN;

39mazbah gangsa dengan kekisinya, kayu pengusungnya dan segala peralatannya; besen dan alasnya;

40tirai pagar, tiang pagar dan alas tiang; tirai untuk pintu pagar dan tali-talinya; pasak-pasak Khemah TUHAN; segala peralatan yang digunakan dalam Khemah TUHAN;

41dan pakaian indah untuk para imam, yang dipakai semasa mereka bertugas di Bilik Suci, dan pakaian khas untuk Imam Harun, dan anak-anaknya.

42Orang Israel telah menyelesaikan segala pekerjaan seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

43Musa memeriksa segala-galanya, dan melihat bahawa mereka telah membuat semuanya tepat seperti yang diperintahkan TUHAN. Oleh itu Musa memberkati mereka.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Keluaran 39 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel